Selasa, 5 Jun 2012
PARTI SOSIALIS MALAYSIA
ARUS PERJUANGAN
RESOLUSI KONGRES PSM KE 14 YANG DIADAKAN DI DEWAN PERHIMPUNAN CINA SELANGOR PADA 2 DAN 3 HB. JUN 2012
1. PSM sokong gerakan rakyat yang menentang sistem kapitalis global termasuk gerakan Occupy di seluruh dunia, gerakan indignado di Sepanyol, perjuangan rakyat di Greece dan sebagainya
2. Hentikan semua dasar ekonomi neo-liberalisma dan pengswastaan yang membebankan rakyat
3. Kerajaan harus tunaikan semua tuntutan BERSIH untuk menjamin pilihanraya yang bersih dan adil. PSM juga menuntut agar pilihanraya kerajaan tempatan dikembalikan. .
4. Hentikan semua projek yang memudaratkan kesihatan rakyat dan alam sekitar seperti kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, perlombongan emas guna Sianide di Bukit Koman, loji pemprosesan petroleum di Pengerong, insinarator di Cameron Highlands, Projek bekalan air mentah dari Pahang ke Selangor, pembangunan di lereng bukit dan sebagainya.
5. Mansuhkan PTPTN dan Kerajaan harus laksanakan pendidikan percuma sehingga peringkat universiti.
6. Kerajaan harus menghentikan pembaziran wang rakyat dalam pembangunan yang tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat jelata. Mansuhkan TNB dan IPP serta kembalikan kepada LLN diurus sepenuhnya oleh kerajaan
7. Laksanakan Akta Gaji Minima RM1500 dengan segera untuk semua warga pekerja di negara ini.
8. Hentikan pemangsaan terhadap kesatuan sekerja. Pengiktirafan secara otomatik untuk penubuhan kesatuan sekerja harus diberikan dan hapuskan Sistem Kontrak Pekerja.
9. Kerajaan harus melindungi Kebebasan beragama dan tidak menjalankan kepolisan akhlak ke atas orang ramai.Hentikan segala bentuk diskriminasi berasaskan gender. Hormati hak tanpa mengira gender termasuk hak golongan LGBT
10. PSM menuntut Kebebasan berhimpun di tempat awam harus dipertahankan. PSM juga menyarankan mengadakan referendum sebagai satu mekanisme mendengar pendapat rakyat jelata dalam merangka dasar-dasar negara
11. PSM membantah tindakan polis menggunakan kekerasan ketika BERSIH 3.0 dan mendesak semua pihak menghormati kebebasan media dan kebebasan asasi yang lain.
12. Kerajaan harus meneliti mutu rawatan di kebanyakan hospital yang amat merosot dan menjejaskan rakyat biasa dan mengambil tindakan segera memulihkannya antaranya:
i Satu biro untuk menyiasat kecuaian yang berlaku di hospital harus dibentuk
ii. Kemasukan bilangan doktor harus dikaji dan jika perlu dikawal untuk mengelakan daripada menjejaskan kualiti latihan dan kemahiran mereka kerana kini tidak cukup doctor pakar untuk melatih.
iii. Kerajaan harus memberikan dialisis percuma kepada semua pesakit buah pinggang.
iv. Kerajaan harus menyediakan kemudahan pengangkutan awam kepada pesakit yang pergi hospital sekiranya hospital tersebut berada jauh daripada perhentian bas.
Dikeluarkan Oleh
S.ARUTCHELVAN
SETIAUSAHA AGUNG
lagu lagu sosialis dan komunis di rabu:
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
LGBT?
setuju except no 9...LGBT
No.9 aku xsokong... Xde akal rasanya kalau yg sokong..
NO 9 .....
UNTUK HISHAMMUDIN HUSSEIN.....
KAH...KAH....KAH....
LBGT patut hormati fitrah manusia semulajadi..no need to be a freakin counter culture about sex
Catat Ulasan