Selasa, 26 Jun 2012

PROGRAM MELAWAN DISANA SINI




MALAM INI DI DEWAN CHINA





FORUM ANCAMAN SENYAP SOSMA
26 JUN 2012 (SELASA)
8.30 Malam
AUDITORIUM TINGKAT 1, KLSCAH


Semua dijemput hadir

Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah Khas) yang telah diluluskan oleh Dewan Negara mengundang kerisauan banyak pihak. Pelbagai persoalan timbul terutamanya daripada kumpulan pejuang hak asasi yang menganggap akta baru ini sebagai satu lagi pencabulan terhadap hak asasi manusia. Disebalik perspektif itu, terdapat juga pihak yang mempertahankan Undang-undang baru ini sebagai suatu perkara yang perlu memandangkan ISA telah dimansuhkan. Kumpulan Pro SOSMA ini juga berpandangan bahawa jika dibandingkan dengan ISA, SOSMA adalah lebih baik dan sesuai dengan pembangunan semasa rakyat Malaysia.

Persoalan seperti Apakah SOSMA sama seperti ISA, mengapa perlu ada SOSMA, bagaimana SOSMA berfungsi dan Apakah SOSMA berisiko untuk disalah guna, merupakan soalan popular yang berlegar dalam persepsi masyarakat. Oleh itu forum ini diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada masyarakat awam dan juga aktivis gerakan sivil mengenai latar belakang SOSMA dan implikasinya terhadap sistem sosial masyarakat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Syukri di talian 03 - 7784 3525 atau emelkan ke righttotrial@suaram.net



SATU LAGI DI DEWAN CHINA




JEMPUTAN KE FORUM "ARTIS BERPOLITIK: SEKADAR GLAMOR ATAU KERANA PRINSIP?"

Susulan fenomena selebriti dan artis tanah air yang kini dilihat giat menyertai kegiatan politik, Akademi Pak Sako mengambil inisiatif memanjangkan wacana berkaitan perkembangan ini dan akan menganjurkan forum khas yang bertemakan "Artis Berpolitik: Sekadar Glamor Atau Kerana Prinsip?". Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 28 Jun 2012
Masa : 8.30 malam – 10.30 malam
Tempat : Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur – Selangor (KLSCAH)

Ahli panel :

Hasmi Hashim
(Juara AJL26, penulis lirik lagu Awan Nano dan aktivis KEADILAN)

Zed Zaidi
(Pelakon, Presiden SENIMAN dan anggota UMNO)

Hairie Othman
(Pelakon utama filem 'Leftenan Adnan', aktivis PAS)

Sehubungan dengan itu, pihak kami menjemput dan mengalu-alukan kehadiran saudara/saudari ke majlis ini serta memohon kerjasama saudara/saudari untuk memajukan jemputan ini seluasnya.


JUMAAT KULIM KEDAH







2 ulasan:

nora berkata...

Tak sangka Hairie Othman aktivis PAS.. Awan Nano tu memang ada rupa KEADILAN

gengjahat berkata...

bro tanah zoo negara nak kene jual...baca sini..http://www.sinarharian.com.my/nasional/zoo-negara-pindah-ke-janda-baik-1.60691

agak2 sapa punya keje ni...tanah kat situ mahal...