Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 20 Jun 2012

RAJA BERSIONG RUPA RUPANYA NYA ADA ANAK





RAJA YANG TAK ADA RAKYAT





KONTRAK RM30.8 JUTA UNTUK SYARIKAT ANAK RAJA NONG CHIK MENIMBULKAN PERSOALAN

Beberapa blog telah mendedahkan bagaimana syarikat milik anak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin telah dianugerahkan projek kerajaan bernilai RM30.8 juta secara rundingan terus oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Pendedahan ini sendiri tidak dinafikan Raja Nong Chik apabila berhadapan dengan media baru-baru ini.

Projek bagi membekalkan kelengkapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar Johor ini telah diberikan kepada Istijuara Sdn Bhd yang dimiliki oleh anak Raja Nong Chik, Raja Farhana binti Raja Nong Chik yang berusia 26 tahun.

Beberapa persoalan yang timbul:

a) Mengapakah projek ini diberi secara rundingan terus? Adakah Istijuara Sdn Bhd mempunyai rekod yang baik untuk projek-projek yang sama sebelum ini? Adakah Istijuara Sdn Bhd mempunyai prestasi kewangan yang baik?

b) Apakah peranan Raja Farhana, anak Raja Nong Chik di dalam projek ini? Adakah beliau menjadi wakil kepada kepentingan Raja Nong Chik di dalam Istijuara?

c) Adakah Istijuara menerima sebarang projek kerajaan yang lain?

KEADILAN menyeru agar Jabatan Audit Negara memeriksa kontrak ini untuk memastikan tidak wujud sebarang salahguna kuasa di dalam penganugerahan kontrak ini. Ketua Audit Negara juga wajar mengesahkan keadaan peralatan yang dibekalkan oleh Istijuara kepada IKBN Bandar Penawar.

Jawapan Raja Nong Chik bahawa kontrak ini dianugerahkan sebelum beliau menjadi menteri tidak menjawab persoalan mengapa kontrak dimeterai pada tahun 2010 ketika beliau sudahpun menjadi menteri.

Pada masa yang sama, Raja Nong Chik boleh menjadi contoh kepada anggota kabinet yang lain dengan tampil ke hadapan bagi mengisytiharkan asetnya. Dengan ini beliau dapat memulihkan kewibawaan imej pimpinan UMNO yang mendapat projek-projek kerajaan secara terus selama ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT


HUJUNG MINGGU INI



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cube tengok anak dara nong shit ni.. mesti bersiong rupe bapak dia..
hahahahha