Jumaat, 8 Jun 2012

RANCANGAN PENIPUAN PRU13 DI BOMGKAR LAGI



JANGAN MENIPU UNDI DI PRU13





BERSIH 2.0: KESILAPAN DALAM DAFTAR PEMILIH WAJIB DIBERSIHKAN SEGERA!


Walau pun telah menerima tekanan dari orang ramai, lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih lagi gagal mengemaskinikan nama pengundi dan mendaftarkan nama pemilih baru.

BERSIH 2.0 telah didatangi oleh seorang yang bernama Phang Kuok Sing. Dia telah mendapati namanya didaftarkan sebagai pengundi di Tangkak Johor, walau pun alamat di kad pengenalan barunya ialah Kelantan. BERSIH 2.0 juga telah juga didatangi oleh beberapa orang lain yang menghadapi kesilapan yang sama. Mereka telah membuat aduan kepada SPR. Kesilapan yang berkali-kali ini tidak boleh dimaafkan kerana ianya akan menafikan hak pengundi untuk mengundi dikawasan mereka.

Satu lagi contoh kesilapan nama tempat kawasan mengundi ialah kes Yoong Fue Ting. Pada bulan Mei 2011, Yoong Fue Ting telah meminta untuk dipindahkan namanya dari kawasan mengundi Mambau ke Paya Jeras. Tetapi namanya telah salah daftar ke ADUN Taman Melati dan kawasan Parlimen Wangsa Maju. Ini berlaku walau pun dengan jelas alamat beliau ialah di Taman Wangsa Permai. Suami beliau telah membuat aduan ke pejabat SPR Selangor hingga ke Putrajaya.

Suami beliau telah memberitahu BERSIH 2.0 bagaimana dia telah menghubungi Pengarah IT SPR, Haji Kamarudin Keling, yang memberi sebab kesilapan ialah kerana Yoong telah menulis Wangsa Maju sebagai tempat kerja. “ Isteri saya tidak tahu dimana Wangsa Maju dan dia tidak pernah bekerja disana,” kata suami Yoong. Dia menambah lagi,” Kalau pun isteri saya bekerja di Wangsa Maju, tidak ada sebab mengapa tempat mengundi mesti ditempat dia bekerja.” Satelah mengisi borang pembetulan tempat mengundi sebanyak dua kali dalam masa satu tahun barulah ianya dibetulkan pada bulan Jun tahun lalu.

Satu lagi contoh terjadi kepada Liau Kok Fah, ahli Jawatan Kuasa Pemandu BERSIH 2.0 sendiri. Liau telah diisytiharkan ‘mati’ oleh SPR. Pekara ini telah ditimbulkan ketika pertemuan SPR dengan BERSIH 2.0 pada tahun 2010 dahulu. Tetapi hingga ke hari ini Liau masih lagi ‘diresmikan mati’. Nama beliau tidak dapat ditemui dalam daftar pemilih.

Justeru, BERSIH 2.0 menyeru semua bakal pengundi akan memereksa nama mereka di http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/daftarbi.aspx untuk memastikan mereka telah didaftarkan ditempat membuang undi yang betul. Adalah amat penting setiap pengundi diberi peluang hak mengundi pada PRU13 yang akan datang.

Terbukti saheh bahawa lembaga SPR telah gagal untuk menunaikan Tuntutan Pertama BERSIH 2.0 – Membersihkan daftar pemilih. Pekara ini telah ditimbulkan oleh Dr.Ong Kian Ming, Pengarah Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP), dimana terdapat 3.1 juta nama pengundi yang bukan penduduk yang wajib dibersihkan.

Angka 3.1 juta pengundi di Semenanjung Malaysia ini adalah angka dimana alamat dalam kad pengenalan tidak sama dengan alamat tempat mereka membuang undi. Nama-nama ini telah dikenalpasti oleh Jabatan Pendaftaran Negara sebagai “Projek SPR’. Pada tahun 2002 , data telah ditemui dalam projek ini memiliki 37 peratus kesilapan dalam jumlah 8.3 juta pengundi di Semenanjung Malaysia.

Kajian terbaru oleh Merdeka Center telah memperkukuhkan hujah bahawa lembaga SPR ini tidak lagi diyakini oleh orang ramai. BERSIH 2.0 telah memberi masa yang panjang dan telah bekerjasama dengan SPR dan Jawatankuasa Khas Parlimen untuk Pembaikkan Pilihanraya, tetapi hasilnya tidak membawa apa-apa kebaikkan malah ianya bertambah buruk.

BERSIH 2.0 sekali lagi mengingatkan pentabiran Najib Razak untuk memecat dengan serta merta lembaga SPR yang ada hari ini dan menubuhkan lembaga SPR yang baru. Ahli lembaga SPR yang baru ini wajib terdiri dari individu yang berwibawa dan diyakini. Mereka boleh dipileh dari kalangan profesional, tenaga akademik atau dari badan NGO. Ini untuk memastikan PRU13 ini nanti akan adil dan bersih. Bersih 2.0 sekali lagi menuntut daftar pemilih dibersihkan dengan serta merta.


Keluar Mengundi, Lawan Penipuan!
Salam BERSIH!



layarilah sekarang:








1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana ada ADUN Taman Melati, Wangsa Maju kan Parlimen dalam KL?