Ahad, 22 Julai 2012

HARI KE DUA KITA BERPUASA




DI MANA NAK BERBUKA PETANG INI?






PETANG SEMALAM


berbuka buah manggis dalam kereta
dalam perjalanan ke sri muda

yang dicari ialah sebuah restoran china
terjumpa secara tak sengaja
minggu lalu dalam perjalan
ke program merdeka rakyat
singgah di pekan sri muda

yang dicari sebuah retoran
yang menjual, assam pedas
tapi hanya untuk makan tengah hari

lalu berligar dan teserempak dengan yang ini
yang di pesan ialah:
talapia masak assam
tau fu cara siam
dan bayam dengan bawang puteh
enak dan enak sekali






SEKALI LAGI MASAKAN SAMA
petang kelamrin
diulangi lagi

masakan campuran melayu/china/siam
ini genre masakan yang pop sekarang ini
tidak telalu china
tidak terlalu melayu
tidak terlalu siam
tapi dapat dirasakan


NOTA:
talapia
atau ikan nil
adalah pemberian alam
ikan ini amat senang dipilihara

asal dari afrika
dari sungai nil
dari tasek di kenya

talapia adalah
ikan air tawar
yang paling demokratik
senang hidup
dan tidak mengada-ngada
nak pergi shopping ke dubai


NOTA:
awas kalau warnanya bukan hitam
ertinya ini ikan modified
telah diubah suai
mungkin akan mengakibat
hilang kejantanan
hilang keinginan seksual
jika memakan makanan
yang telah dimodified


7 ulasan:

ikan besar berkata...

apa la TT nih, tnegahahri dah cite pasal makan..dah terliur eden ni haa..

apa pun, bulan baik nih aku harap sangat umno-bn terlingkup dalam pru 13 nanti..peace

Zon2u berkata...

Selamat berbuka puasa pose TT..teruskan perjuangan anda..

Zon2u berkata...

Selamat berbuko pose...teruskan perjuangan anda

Tanpa Nama berkata...

video MOU Umno dengan Parti Komunis China

http://www.youtube.com/watch?v=t0o6qq7K7mk

apa yg dipelajari oleh Parti Komunis China daripada Umno?
apa yg dipelajari oleh Umno daripada Parti Komunis China?
siapa dari Umnoi yg telah dihantar ke China?

gabot berkata...

apsal bile bulan pose tt cite pasal makan dan berbuka je?cite lah kat mane terawikh ape cite tazkirah masjid tu mungkin ade pencerahan pulak

Malaysian Psycho berkata...

takde post malam ni. TT gi carik makan katne pulak ye tadi

Tanpa Nama berkata...

Teruskan perjuangan tt...peace