Rabu, 25 Julai 2012
SELAGI SISTEM EKONOMI KAPITALIS WUJUD - SELAGI ITU PERANG AKAN BERTERUSAN
AKHIRNYA KE SINI JUGA
Ada satu pekara yang wajib diluruskan dahulu untuk memahami kesemua apa yang telah saya tulis tentang politik dunia dan khususnya tentang politik Timur Tengah. Pekara ialah cara kita membaca agar dapat memahami makna yang tersirat dari berita yang dibaca. Dan bagaimana untuk menghubung kaitkan semua berita-berita ini ke dalam satu peta untuk kita dapat memahami keadaan keseluruhan duduk pekara.
Adalah satu kesilapan besar jika membaca satu-satu berita itu secara terpencil - bersendirian. Misalnya, hanya membaca berita tentang Libya atau hanya membaca berita tentang Iran atau Iraq. Jika kita membaca secara terpencil dan terpisah-pisah maka kita akan gagal untuk memahami keseluruhan gambaran politik yang sedang berlaku.
Berita tentang kematian Gadaffy di Libya berkait dengan berita pemberian dana oleh Raja Saudi kepada rakyatnya, juga berkait rapat dengan berita pertemuan penjanjian baru antara Nato dengan Turki, juga berkait rapat dengan pertemuan putera Raja Saudi dengan Menteri Pertahanan Malaysia, juga berkait dengan berita tunjuk perasaan di Manama, juga berkait rapat dengan serangan bom oleh kapal terbang drones di Wazirtan, dan berkait rapat dengan tindakan Najib menjualkan tanah Felda kepada pemodal asing.
ANAK MUDA BANGUN MELAWAN
Semua berita-berita ini ada hubung kait. Keupayaan fikrah kita ialah untuk menghubung kaitkan semua berita ini ke dalam sebuah peta untuk kita berupaya melihat apa sebenarnya sedang berlaku. Berita-berita ini adalah menifestasi dari satu induk berita yang lebih besar.
Untuk memahami apa yang tersirat dalam berita-berita ini kita wajib mengetahui apa dia politik dunia hari ini. Apa jenis politik yang dominan dalam dunia hari ini. Tanpa memahami politik dunia kita akan gagal untuk memahami apa yang sedang belaku dalam politik Malaysia.
Sesudah tamatnya Perang Dingin politik dunia yang dominan ialah politik kuasa imperialis Amerika. Dengan sistem ekonomi kapitalis, Amerika telah meluaskan empirenya ke seluruh dunia. Mengikut laporan Pentagon tahun 2003 : Amerika pada hari ini memiliki 702 pengkalan tentera di 140 buah buah negara. Dalam negara Amerika sendiri terdapat 6,000 pengkalan tentera. Inilah empire yang terbesar sekali dalam sejarah dunia – berpuluh kali ganda besarnya dari Empire Iskandar Zulkarnain, dari Empire Napoleon, dari Empire Kublai Khan atau dari Empire Melaka.
Ekonomi dan politik dunia telah ikat mengikat. Tidak ada lagi wilayah dalam dunia ini yang terpencil. Dengan teknoloji yang wujud dan ilmu pengetahuan yang ada kita boleh menganggap dunia ini semakin mengecil. Pergerakan manusia dan penyebaran maklumat bagitu pantas sekali, justeru secara nisbah persepsi kita telah mengecilkan dunia ini.
Justeru ibu kepada politik dunia hari ini ialah politik Empire Amerika. Hegemoni politik dunia hari ini lahir dari kuasa imperial Amerika. Kuasa imperial Amerika ini ialah kuasa bala tentera Amerika yang berselirat di sekeliling dunia. Kuasa ketenteraan ini bertujuan untuk memastikan kaum pemodal multinasional akan mendapat keuntungan maksima melalui pelaburan dan pemasaran. Empire Amerika akan memastikan melalui bala tenteranya yang sistem ekonomi kapitalis ini akan terus dipertahankan.
Kuasa imperial Amerika yang ingin mempertahan sistem ekonomi kapitalis telah dan sedang melahirkan gerakan politik diseluruh dunia hari ini. Sistema ekonomi kapitalis yang berkiblatkan keuntungan maksima sedang melahirkan krisis yang maha hebat diserata dunia. Sistem kapitalis ini sedang dilawan oleh rakyat dunia dalam pelbagi bentuk. Ada yang mengangkat senjata melawan sistem kapitalis, ada buruh yang bangun melawan dengan mogok, ada yang melancarkan ‘occupy’ dan ramai warga Eropah Barat sedang turun bertempur dijalan raya untuk menentang sistem kapitalis.
Penentangan terhadp sistem ekonomi kapitalis ialah kerana sistem ini bertujuan untuk memusatkan keuntungan dan kekayaan dunia ini kepada satu kumpulan kecil. Kumpulan kecil ini akhirnya memiliki kuasa ekonomi dan kuasa politik. Dari laporan dan statistik resmi kerajaan Amerika kita mengetahui bahawa hari ini 10% warga Amerika memiliki 75% harta kekayaan manakala 25% lagi dibahagikan kepada 90% warga Amerika. Mereka yang 10% ini jugalah yang memiliki harta kekayaan dunia ini.
Justeru, kumpulan yang kecil inilah yang sedang mendominasi dunia. Kumpulan ini memiliki kuasa untuk menaik dan menurunkan Presiden di Rumah Puteh. Kumpulan ini ialah kaum pemodal tuan-tuan empunya industri persenjataan. Tuan empunya perniagaan industri senjata inilah yang sedang merancang dan mengarahkan gaya, lenggok dan wacana politik dunia hari ini. Tidak ada mana-mana negara dalam dunia ini yang akan dapat membebaskan diri dari pengaruh dan campur tangan industri senjata ini.
Dengan ini kita sedar bahawa Gadaffy dibunuh kerana keperluan kaum pemodal industri senjata ini. Kita juga wajib sedar bahawa sekatan ekonomi keatas Iran juga adalah sebahagian dari strateji industri senjata. Industri senjata memerlukan perang. Tanpa perang kilang senjata ini akan ditutup. Jika tidak ada perang maka kapal terbang pengebom, kapal selam, kereta kebal, drones, roket berpandu , bom , peluru – tidak akan dibuat. Kilang senjata akan ditutup.
SELURUH SENJATA KE DADA ZIONIS
Mustahil ini akan berlaku. Sistem ekonomi kapitalis memerlukan perang untuk terus berkembang. Dengan adanya perang senjata akan dapat dimusnahkan dan yang baru akan dibuat.
Justeru Israel berperang dengan Arab adalah baik. Saudi membeli senjata dan memberikan pada gerila untuk membunuh rakyat Syria adalah baik. Saudi menyerang Iran adalah baik. Semua bentuk perang dan kacau bilau akan membawa keuntungan kepada industri senjata. Meniaga menjual senjata adalah perniagaan yang paling menguntungkan dalam dunia ini selain dari menjual agama. Kedua-dua perniagaan ini berasaskan ketakutan dan keselamatan. Arab ditakut-takut kan dengan senjata Israel. Maka negara-negara Arab akan berlumba-lumba membeli senjata dari tuan punya kilang senjata.
Sabentar! Disini ingin membuka satu wacana yang mungkin dilihat jauh panggang dari api. Wacana yang ingin saya timbulkan disini ialah peranan industri perang dalam politik Malaysia. Ini bukan tentang Najib mendapat komisen kapal selam. Atau tentang berbilion ringgit yang akan dibelanjakan oleh Malaysia untuk terus menerus membeli senjata. Walau pun Malaysia semenjak wujud tidak pernah masuk perang.
BANGUN LAWAN IMPERIALIS AMERIKA
Wacana yang ingin saya beritahu pembaca ialah tentang 22,500 ekar tanah yang akan diambil alih dari 18 buah kampong dengan jumlah penduduk seramai 30,000 orang di Pengerang. Pada pembacaan saya Pengerang sedang dijadikan wilayah geo-politik oleh industri senjata imperial Amerika.
Mustahil? Apakah saya membuat lawak seram? Atau saya telah hilang akal? Jawabnya tidak. Tanah seluas ini akan dijadikan wilayah terbesar di Asia untuk menyimpan dan menapis minyak. Simpanan minyak ini bertujuan untuk bekalan bala tentera Amerika.
Mustahil? Ini fitnah. Ini tohmah dan khabar angin yang tidak bertanggung jawab? Untuk memahami apa yang saya nyatakan diatas kita diwajibkan memiliki keupayaan untuk membaca dan mengkaitkan semua berita-berita yang baru dilaporkan beberapa bulan yang lalu. Berita-berita ini kita jadikan peta agar kita dapat melihat gambar yang lebih besar.
Pada 30 May NST telah melaporkan dengan bangganya Najib Razak telah didatangi oleh Senator John McCain dan Senator Joseph Lieberman. Apa yang dibincangkan tidak diketahui. Tetapi dunia tahu bahawa Lieberman ialah seorang pimimpin gerakan Zionis. Sebagai saorang senator Lieberman sentiasa siap mempertahan kepentingan Israel. NST memberitahu bahawa dua orang senator ini dalam perjalan ke Persidangan Pucak Keselamatan Asia di Singapura.
NYANYIKAN LAGU INTERNATIONALE
Sebelum persidangan berlangsung Hillary Clinton telah pernah menulis dalam majalah Foreign Affairs – majalah garis politik, dasar dan idealoji imperial Amerika. Hillary mengatakan bahawa bala tentera Amerika – darat, laut dan udara – akan berpindah ke Pasik. Hillary juga meminta negara-negara di Asia Tenggara jangan risau tentang berkembangan ini.
Setiausaha Pertahanan Amerika Leon Panetta turut sama dalam persidangan di Singapura ini. Ini satu persidangan yang amat penting untuk warga Asia. Kerana ini saya ingin memaklumkan kepada para pembaca bahawa telah ada perjanjian senjata antara Amerika/Singapura semenjak tahun 1990. Lapangan Terbang Paya Lebar boleh digunakan oleh Amerika. Pada tahun 1999 satu lagi perjanjian telah membolehkan Amerika menggunakan Pengkalan Tentera Laut Changi untuk kapal perang Amerika berlabuh. Tentera Amerika akan melatih tentera Singapura bermula pada tahun 2013.
Kuasa imperial Amerika sekali lagi telah dibenarkan oleh Siam dan Filipina untuk membuka pengkalan tentera dalam negara mereka. Pada hemat saya semua ini adalah persediaan Amerika untuk mengepong China. Dalam pembacaan imperialis Amerika China adalah negara yang berpotensi untuk menandingi dan melawan Amerika. China memiliki ekonomi kedua tebesar dalam dunia. Tidak lama akan dapat menundukkan kekuatan ekonomi Amerika.
Justeeru, dalam geo-poltik politik hari ini tanah di Pengerang - yang terbuka ke Laut China Selatan - cukup stratejik untuk menjadi wilayah pembekal minyak untuk bala tentera Amerika. Persoalan hari ini bukan lagi apa yang saya tulis ini saheh atau tidak. Persoalannya ialah apakah dasar Pakatan Rakyat dalam hal ini? (TT)
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon : 03-22-72-40-45
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
17 ulasan:
Mungkinkah Amerika ini pewaris Syrikat Hindia Timur yang suatu masa dahulu menguasai perdagangan?(Bedasarkan bendera mereka?)
Secara politiknya mereka mengikat dan menjajah seluruh dunia..
Mereka adalah syarikat (kaum pemodal/kapitalis) yang memperdagangan dunia.. memerah hasil bumi di mana sahaja..
tuan tt
tepat dan cerah sekali,kalau orang melayu boleh baca dan faham nescaya maday tak dan jadi melayu
cbc
tahniah
mane buku bacaan asas komunisme utk kita kenal apa itu imperialisme? taik palat tau tapi ampu freeloader sbg tunggak kapitalisme sbb yg penting kesinambungan ketuanan ulat taeeikk.
baca la utusan meloya dan khutbah bongsai: di situ citer ampoo bapak kapitalis dan para cukong buat reta.
tt, u r way out to tell us now. it,s about crying over spilled milk sbb melayu sudah lama bungkus dilipat oleh eee dan saudagar agama. lu ingat makcik felda tau ke tanah mereka dicagar pd lanun asing? janji masyuuuk bro....
jika la pr menang pulis akan cari tt dulu sampai lubang jubo saifool kah kah kah sobab geng felda sodar pulak dio org kono tipu kek dasar kapitalis najib-amerika kah kah kah tukang hasut eh tuan tt!!
Singapore walau tiada setitik minyak menjadi pemain petrochemical ke 3 terbesar di dunia .Mereka juga mempunyai industri penapisan,penyimpanan dan pemprosesan minyak untuk industry perkapalan.Mengapa tak mempertikaikan motif mereka ,mengapa apabila Malaysia ingin melaksanakan sesuatu industry selalu mendapat bantahan.
http://uk.reuters.com/article/2007/06/12/singapore-economy-oil-idUKSIN19966120070612
Empayar Melaka ? pernahkah wujud empayar Melaka, setahu eden Kesultanan Melaka adalah sebuah negeri kecil yang jadi barua kepada Empayar Dinasti Ming pada kurun ke-15 masihi. Sorry kalau lari dari topik. Kenapa eden timbulkan hal ni sebab siapa pun jadi kerajaan kat Malaysia BN atau PR kedua-duanya akan jadi barua Kesatuan Negeri-negeri Amerika (united states of america). Dari zaman Tunku Abdul Rahman hingga ke zaman Najib, Malaysia senantiasa menyebelahi Amerika secara langsung atau tak langsung. Kito orang Melayu berjiwo kocik dari dulu kito jadi barua kuasa bosar, tak ponah kito ni jadi kuaso bosar. Kalau tulisan TT ini betul apa kito boleh buek, agaknyo melayu ni ditakdir jadi barua, memulo jadi barua siam lopah tu cino kendian belando dan british la ni amerika
:
.
Public service announcement
----------------------------
Salam bro,
Minta laluan sikit -naki bagitau sikit psa
-mohon maaf pasal digression ini kerna jiran
kat rumah tertekan dek kerana kehilangan 2
anak kucing kesayangannya.
Pada hari jUmaat lalu, sekitar jam 1200~12.15
beliau seorang warga emas berbaring keletihan.
kucing kucing kesayangannya berlegar di ata pagar batu
dan anaknya yang oku berada di luar bersama kucing kucing itu.
Sepasang hamba Allah-jantan dan pompuan
berbangsa India menghampiri pagar rumah dan menegur
si budak oku lalu berkata-'panggil mak kamu' bebeapa kali.
Namun si budak oku tak respon langsung dan mungkin tersenyum lebar.
Setelah menunggu 15 minit mereka mengambil aje 2 ekor kucing itu
dan beredar dengan kereta kenari warna biru dan beredar dari
tempat itu.
Tuan punya kucing dok menangis sejak kehilangan kucing
kesayangannya. Semua episod pengambilan kucing
dirakam cctv jiran sebelah jalan yang memainkan tape episod
itu. Tuan punya memintalah pada yang mengambil
untuk hantarkan kucing kucing itu kerumahnya. Dia paham
mungkin senyum lebar si anak oku telah membuat si
pengambil ingat dia dah dapat permissi dari si anak itu.
Walaupun gua ada gambar kedua dua pengambil kucing itu
gua tidak publishnya kerna gua ingat ada salam faham
antara si pengambil dan si anak oku. Gua fikir baik aje.
Pemilik kucing berharap dapat balik kucingnya asap.
Tolong sebarkan
khong khek khuat
.
.
.harap radio bfm bolih buat psa di radio juga!
suka atau tidak suka, dunia sudah tahu, zaman Malaysia sebagai negara2 berkecuali telah lama berakhir.
kerajaan Malaysia hari ini adalah sekutu rapat amerika. kita juga akan buat projek loji nuklear. barulah sisa drpd lynas dapat diselesaikan. ini kerana sisa thorium itu akan dijadikan bahan utk loji nuklear.
kita tlh byk menandatangani perjanjian ketenteraan dgn a.s.
sebab itulah pelabuhan kita juga adalah pelabuhan utk kapal2 perang a.s.
mana lebih baik, menjadi sekutu amerika, atau sekutu china?
rakyat Malaysia bukan berani sgtpun.
tak abis2 spekulasi dgn fitnah. lepas tu kecut cabut lari akh kah kah akh kah kah kah kah kah kah
dengarkan ucapan presiden soekarno bahawa projek malaysia adalah rancangan imperialis:
1.sebagai pengkalan neo imperialis/ inggeris utk mengepung indonesia
2.menjatuhkan soekarno
3.to overvote the chinese sebagai mainan politik divide n rule
http://www.youtube.com/watch?v=9-RuawIVKWY
tahun 1965-soekarno jatuh-dan satu juta org rakyat indonesia dibunuh beramai-ramai, atas alasan mereka kominis. maka setelah itu naiklah rejim diktator tentera orba soeharto yg menjahanamkan indonesia selama 32 tahun.
tak peduli la sume tu...yg penting pukimak wahabi dah kantoi perangai mcm mane....mne org melayu yg ckp syiah sesat???ade mak bapak kau yg sunni tu pg lwn israel???pengikut syiah yg bertaruh nyawa utk lwn israel...kesimpulan dia wahabi mmg pukimak haram jadah..
kau pon cibai gak TT takut nk siar comment aku...kau pon cium bontot wahabi ke?????lancau pnya abdul wahab
Kapitalis hendak buka tempat pembakaran mayat di sg Chua bersebelahan Bandar Baru Bangi!!!!
Dengar khabar telah mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Kajang pada tahun 2008. Tak salah aku zaman tu dah zaman PR.
Korang tau ke bahawa kawasan yu bersebelahan dengan rumah - tak sampai 5 meter dari pagar rumah penduduk. majoriti manusia yang duduk sini ialah orang Melayu/ orang Islam. Pelik bagaimana MPKJ boleh luluskan bangunan bakar mayat itu di kawasan penempatan penduduk??? Mungkin sebab MB Selangor tak duduk di Bandar Baru Bangi.
Kesan sampingan yang akan timbul ialah harga tanah dan harga rumah di sini akan jatuh merudum. Aspek keselesaan seperti bau dari pembakaran juga akan timbul. Kesan paling teruk adalah dari segi psikologi penduduk. Anak2 kecil akan hidup dalam ketakutan dek wujudnya bangunan tersebut.
Untuk MB selangor, sila ambil tindakan. Sila turun ke bandar baru bangi sebab tempat tu berhampiran dengan SS 7 dan Taman Mawar. Tengok dan bawa tali tape untuk ukur jarak tanah yang dicadangkan itu dengan rumah penduduk. Ukur juga jarak tanah itu dengan sebuah pusat beli belah Giant. Tak sampai 5 meter wooiiii!!
Buatlah kalau nak buat. Tapi bagi aku dan penduduk di bandar baru bangi, lebih baik BN menang daripada bangunan bakar mayat itu wujud di situ.
Buatlah... buatlah bangunan bakar mayat tu sebab AKU LEBIH RELA PR TERGOLEK DOG DARIPADA BANGUNAN ITU BERDIRI DI SITU!!
BANGANG PUNYA MPKJ
apakah dasar PR dalam hal ini? tentu Pro-Amerika lah. Needless to say. DSAI kan kawan baik dengan Paul Wolfowitz.
kau ni Hisham, kalau Pakatan tak jadi barua Amerika confirm kena tujah..baik Barisan atau Pakatan, dasarnya tetap sama..dua2 cari makan Sham
Mudin Rais Pengecut Cabut Lari berkata...
tak abis2 spekulasi dgn fitnah. lepas tu kecut cabut lari akh kah kah akh kah kah kah kah kah kah
25 Julai 2012 6:37 PTG <<<--- KAH2 KAH KAH... LAMO TAK NAMPAK? KAH2 KAH KAHH.. LAMO TAK NAMPAK JANG? KAH2 KAH KAH.. EKAU POIE MANO?? KAH2 KAH KAH.. BUKTI MANA BUKTI?? KAH2 KAH KAHH.. BUKTI MANA BUKTI??? KAH2.. BUKTI BUKTI!!! KAH2 KAH KAHH
BUKTI MANA BUKTI!! KAH2 KAH KAHHHH
Kalau BN menang pun tpt pembakaran tu akan tetap di buat gak...Sehari dua boleh ler melalak, sumbat sikit mulut JKK, sure senyap lopeh nie...Ingat sikit ker duit cukang tu melabur...kalau berani Lu tuntut ler bukit yg banyak depa buat jirat tu...Sekarang zaman money talk bro...
ganyang kapigtalisma!
Hidup Internationale!
Catat Ulasan