Rabu, 25 Julai 2012

SELAMAT BERBUKA PUASA HARI KE LIMA




PASAR CHOW KIT YANG AMAT TERKENAL





PASAR CHOW KIT

petang ni aku pergi ke pasar chow kit
udang sotong lala
terong bendir dan
tomato hanya 2rm sekilo
tak lupa beli belacan
yang tidak berjenama

satu masa dulu
aku seorang belacan kolektor
dah pencen dg hobi ini

BUAH DAN BUAH BUAH
ini tempat terbaik membeli buah
kawasan ini agak kotor
tapi inilah wilayah
dimana boleh membeli
dengan harga yang murah
3 kilo manga 9rm
3 kilo manggis 10 rm
18 biji apple 10rm
2 biji buah naga 6rm

PASAR BUAH CHOW KIT



BERBUKA PETANG INI
untuk mengingati perjuangan
anak muda arab
untuk mengingati
perjuangan bouazizi
aku beli kurma dari tunisia

aku juga mendapat sekotak kueh melayu
hadiah kawan yang anaknya meniaga kueh melayu


HANYA MELIHAT GAMBAR - AKAN DICARI






PALING SPESIAL
ialah gulai itik
ini masakan acheh
telah hampir 4 tahun
aku megikuti masakan itik ini
aku tidak makan ayam
tapi aku suka itik
itik yang dipanggang
itik yang disula
itik yang di rendang
itik oh itik

ini masakan oleh ali
tuan empunya kedai itik
aku telah lama kenal ali
ini kerana aku telah pernah
kenalkan ali kepada pembaca tapai
dalam off the edge


BURUNG YANG BERNAMA ITIK






KENAPA ITIK
itik ini adalah burung
yang tidak mungkin
dapat dibodohkan macam ayam
itik bebas berlari dan bermandi
tak mungkin itik duduk dalam sangkar

malah di peranchis
di china untuk mengemokan itik
dilakukan dengan ganas sekali
mulut itik dibuka
dan dipam dengan makanan

di malaysia itik masih lagi
lari berkeliaran

NOTA:
sesiapa tahu makanan spesial
untuk bulan puasa ini sila hantar
ke radio bangsar utama
mari kita berkongsi
mari kita bertukar rasa
mari kita sama sama
merayakan pesta kehidupan


hantar : radiobangsarutama@gmail.com


6 ulasan:

mek berkata...

selamat berbuka hari ke lima tt
aku pun ada kurma tunisia juga :)

Malaysian Psycho berkata...

aku pun selalu gak ke kedai ali lepas baca tulisan kau dulu. agak lama gak mencari sebab kau tak jelaskan kat mana lokasi kah kah kah. memang sodap. gulai kambing dia pun sodap. sayang la majalah Off The Edge da arwah

ejenoren berkata...

bro tt,lepas berbuka pekena plak dgn sup ikan keli salai ataupun ikan belukang salai masak lemak,perrrgh mantop...

khairul berkata...

terbaek bro TT..
hari-hari masak hehe

patihkarma_wijaya@yahoo.com berkata...

Kahwin la bro.nanti ado oghang rumah x susah nak kehulu hilir carik juadah buko.sian plak sey tengok asyik mKan kek kodai yo.kah.kah.kah.kah.ado anak daro kek senaling yg sey buleh jodohkan dgn bro.nie serius nie.kah.kah.kah

Tanpa Nama berkata...

abang TT.. kawen saja ngan marina tu.. apalah sangat.. suami pun dah meninggal.. buleh jugak dia buat makan2.. masakan cina pun apa salahnya.. gua sampai sekarang masih tegar makan masakan kedai cina.. memang gua tak menyesal kawen cina.. bini gua pulak asik2 nak masak masakan melayu.. hampeh sungguh..

pasal mee goreng ngan koteow, jangan lawan la.. singgah la sama pasar2 pagi cina.. cuba koteow goreng depa.. kat pasar pagi cina, hanya gua ngan anak beranak jer yang gi makan situ.. hoowow.. macam rusa masuk kampung jer..

apapun koteow goreng cina memang paling klassik..mungkin pasal inilah berat badan gua maintain 54-58kg walaupun gua muda 10 tahun dr TT..

hidup masakan cina!! takut babx? tak ramai dah cina makan babx 24 jam la ni.. makin pupus.. sudah 30 tahun lebih dah gua ngan masakan cina ni.. lu tak nak buat buku tapai baru ka bang?