Jumaat, 10 Ogos 2012
BERSEDIA TURUN KE DATARAN MERDEKA 30 OGOS JAM 10 MALAM
KOMENTAR TUKAR TIUB
akhirnya terbarai juga
sambutan hari 31 ogos
kali ini kita turun dengan cara kita
kita rayakan dengan cara kita
kita bebaskan diri kita
dari hegemoni gerombolan
pada 31 ogos 1957
british telah meningalkan
pentabiran tanah melayu ke[ada
united malays national organisation
dari semenjak itu malapetaka sampai
kali ini kita bangun dan merampas
kembali hak kita
untuk menolak hari malapetaka
dan merayakan janji bersih
JANJI BERSIH : BN FOBIA KUNING DI KULA LUMPUR - keadilan daily
KUALA LUMPUR 10 Ogos: Kerajaan Barisan Nasional (BN) didapati terlalu fobia dengan warna kuning sejak ia membanjiri seluruh pelusuk Kuala Lumpur (KL) pada Himpunan Bersih 28 April lalu.
Ketakutan itu sangat menyerlah apabila Ketua Polis Negara (KPN), Ismail Omar melarang pemakaian baju kuning di himpunan Janji Bersih pada sambutan ambang merdeka pada 30 Ogos nanti.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin meminta agar polis tidak perlu terlalu fobia dengan warna kuning kerana mahkamah telahpun mengisytiharkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sah mengikut undang-undang.
“Mahkamah dah putuskan yang tindakan Kementerian Dalam Negeri mengharamkan baju kuning dan Bersih adalah salah, jadi tak perlulah polis dan kerajaan takut sangat dengan warna itu,” kata Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard.
Beliau turut menempelak Ismail kerana mendakwa, NGO yang terlibat dalam penganjuran Janji Bersih itu mempolitikkan sambutan kemerdekaan.
“Perkara ini patut ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dari awal telah mempolitikkan Hari Kebangsaan dengan memilih tema ‘Janji Ditepati’ yang jelas merupakan slogan BN dan menjadikannya sebagai kempen parti mereka,” katanya ketika dihubungi.
KIBARKAN SANG SAKA TANAH MELAYU
Mengulas lanjut, Chegu Bard berkata, ‘Janji Bersih’ bukanlah program yang diatur untuk menggantikan sambutan ‘countdown’ pada malam itu.
“Kita tak buat program lain, malah kita menjemput semua rakyat datang sama-sama meraikan kemerdekaan, mengira detik dalam semangat supaya kerajaan menunaikan 8 tuntutan Bersih,” jelasnya.
“Perlu diingatkan, menuntut pilihan raya yang adil dan bersih bukanlah politik kepartian, tetapi ia untuk kebaikan negara bagi mengangkat martabat demokrasi di Malaysia,” kata beliau lagi.
Semalam, sidang media diadakan bagi memberitahu tujuan program itu yang diketuai Sasterawan Negara yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0, A Samad Said di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor.
26 NGO termasuk SAMM, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) turut menyokong penuh acara yang akan bermula pada jam 10 malam itu.
“Justeru, saya bagi pihak SAMM tetap mengajak seluruh rakyat hadir pada malam itu, sama-sama bergembira meraikan kemerdekaan bersama semangat mahu 8 tuntutan ditunaikan,” kata Chegu Bard lagi.
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Rasanya selagi tak ditunaikan 8 tuntutan itu, selagi itulah kuning akan sentiasa menghantui KL...
Fobia??..g mmpus la ngn be end,kite terus mnghantui ...smpi mereka berambus
Catat Ulasan