Selasa, 14 Ogos 2012
SELAMAT BERBUKA PUASA
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA
TAK SAMPAI SATU MINGGU
macam kelmarin aku mengetik
mengucapkan selamat berbuka puasa
macam kelmarin aku mengetik
mengucapkan selamat bersahur
bagitulah hidup ini
pejalanan yang tak henti henti
detik yang telah pergi
tidak akan dapat ditangkap kembali
seribu ingatan
sejuta harapan
detik itu telah berlalu
lalu aku ingin bertanya
seperti yang telah
aku lakukan berkali kali
lalu aku ingin bertanya
sesudah ini hendak kemana
kenapa agaknya aku sampai disini
soalan hakiki
yang tak mungkin aku temui jawapan
soalan yang akan menimbulkan soalan
jawapan yang mememilik jawapan
jawapan yang memiliki soalan
maka disinilah aku
maka hadapan cermin ini lah aku
maka kau bacalah apa yang aku tulis
linkaran fikrah aku
yang menjalar jauh
dari ramadan je shawal
ke musim runtuk ke musim sejuk
musim hujan ke musim panas
jika sekiranya kita tak pernah bertanya
jika sekiranya kita tak menyoal
jika sekiranya kita hanya mengikut detik dan arus
jika sekiranya kita hanya bernafas
apakah indahnya hidup ini?
PETANG INI AKU UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA
aku mengucapkan lebih awal
aku mengucapkan 6 hari sebelum raya
aku mengucapkan keriangan untuk semua
aku mengucapkan kegumbiraan untuk seluruh umat di dunia
aku mengucapkan setiakawan sepanjang masa
aku mengucapkan kesejahteraan umat manusia
aku mengucapkan semua akan makan tapai!
PUYU MASAK GULAI LOMAK TEMPOYAK
PETANG INI AKU MASAK
petang ini aku masak
iakan puyu dengan temnpoyak
aku tak pakai kelapa
aku pakai susu
puyu ini aku beli ahad dahulu
ketika aku merakamkan klip
puyu ini besar daru puyu yang
pernah aku panncing
petang ini juga aku merebus jagong
kali ini aku tidak terlupa
memasukan garam ketika merebus
buah buah telah habis
aku tidak ke pasar
kerana esok
aku akan pergi ke pasar
yang paling spesial
tunggu laporan aku!
REBUS JAGONG LA PETANG INI
PETANG INI REDUP BERBAHANG
tidak bagitu panas
tidak bagitu terik
ketika aku mengetik ini
semua senyap
yang akau dengar hanya putaran kipas
murai entah kemana?
salakan ajing entah ke mana?
kokok ayam hutan entah kemana?
kenapa semuanya senyap
mungkin dunia memberi tanda hormat
kepada kita semua agar kita
berjanji pada diri sendiri
untuk menjadi manusia yang baik
SELAMAT HARI RAYA LEBIH AWAL
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 ulasan:
penuh bermakna tulisan tt hari ni.
ada banyak yang tersirat dalam yang tersurat.
terima kasih kerana menceriakan hari-hari saya dengan tulisan tt saban hari.
selamat hari raya
TT, kau betul-betul menyertai amalan puasa ini memandangkan setiap hari membicara momen persiapan nak berbuka dari bertawaf gerai pasar malam mencari bahan yang paling best untuk berbuka puasa. Tidakkah kau merenung berapa ramadan yang kau atau seangkatan dengan kau akan menemui ramadan akan datang? Apakah kau sudah dapat menikmati hasil daripada puasa selain daripada merasa perut tak sedap pada ketika waktu sarapan pagi atau waktu sarapan tenghari yang waktu itu tidak boleh makan? Mungkin kau dapat kesan rohaniahnya yang tak boleh diungkapkan bagi meyakinkan golongan yang logikal dan rasional. Atau kita berpuasa ni kerana kita dah terikat dengan tradisi sejak kecil lagi kita dan mula berpuasa bersama keluarga.
Hairan pada bulan puasa ini orang Islam di timur tengah berperang, berbunuh-bunuhan, banyak negara kafir dan Islam dilanda malapetaka yang mana ramai tewas termasuk yang yang tak berdosa dan kanak-kanak. Tidakkah kau rasa keliru yang pada musim bulan baik, mulia ini kuasa ghaib bagaikan menduga kita habis-habisan?
Assalammualaikum wbt
Bila ada janji tak setepat waktu sholat tiba
Bila ada serangkai kata dusta
Bila ada prasangka tak seindah serangkaian do’a
Bila aku teman,sahabat atau keluarga yang tak sebaik suara adzan bergemah
Bila ada kata lara yang masih membekas dihati
Bila hati tak sebening embun pagi
Bila wajah tak secerah mentari
Bila ada tingkah laku tak sebaik bacaan qur’an
Bersikan jiwa dan
Sucikan hati
Di hari yang fitri ini
Tak ada kata yang baik dan bijaksana selain
Memohon dan memaafkan atas segala salah dan silap
Taqabbalallahu minna wa minkum…taqobal ya karim…
Selamat hari raya isham .., kau blk jelebu ke nnti ..
Selamat hari raya...kalu tt ke trengganu,jgn lupa brbuka puasa di tepi pantai..pntai kmasek,pntai rhu muda..best bangat..inform gu..
Mr lj
belajar ilmu tuhan bro,kalau komunis tiada tuhan,kalau belajar ilmu mati ada bro tak ada tuhan,ada tuhan tak ada bro dan sey...pilh lah mana satu...sesat ye manusia hanya dihujung halaman bos eh.org yang berani sesat la akan jumpa jalan ke mencester...
Siapa yg sesat? Yg sesat ialah kebanyakan pengomen yg menulis / mengkritik dlm blog ni! Sesat dlm mentafsir mesej yg tersurat dlm sesuatu penulisan disebabkan olh daya pemikiran yg cetek, tdk kreatif, kurang menggunakan daya fikir dsbnya. Tdk perlu 4 degree & 1 phd utk memahami intipati penulisan TT, yg diperlukan cuma sebijik otak & akal...
Bang Tukar tiub mana nak cari t-shirtnya 30 ogos ni..baru best nak pakai raya
mas TT...perjalanan kehidupan yang berliku...ranjau sepanjang jalan...terus dan teruskan perjuangan tuan...tiada noktah...saya mulai perjalanan di JURONG outer port limit...meredah laut china selatan....lautan india...lautan pasifik....lautan atlantik...laut mediterranean...sesungguhnya indah belaka dunia ciptaan tuhan...SELAMAT HARI RAYA untuk mas TT dan TIM TUKARTIUB....
Catat Ulasan