Jumaat, 7 September 2012

SEMUA AKAN DI UBAH - SEJARAH AKAN DI TULIS SEKALI LAGI




INI BENDERA KITA





KOMENTAR TUKAR TIUB

menukar kerajaan
menukar nama negara
menukar ibu kota negara
bukan satu yang baru

jangan jadi bangang
jangan jadi jumud
jangan bengong

jalur tembelang
tidak ada sangkut paut
dengan tanah melayu
tidak ada dengan alam melayu

sang saka bermotifkan bumi melayu
jalur tembelang di ciplak dari
bendera syarikat east india kompeni
di ciplak dari bendera amerika

masanya telah sampai untuk orang ramai sedar
selama ini united malays national organisation
telah menipu fakta sejarah

kini semuanya terbarai
dengan adanya internet
segala kelentong
segala lebong
pecah berderai

NOTA:
sesiapa pernah pergi ke kota london
pasti akan bertemu dengan london underground
ini adalah sistem lrt kota london

bila berlaku kerosakan atau gangguan maka
kita akan selalu terdengar pengumuman ini:


all change please....... kah kah kah






KERAJAAN BARU BOLEH TUKAR BENDERA, KATA PERSATUAN SEJARAH - minsider

Bendera negara boleh ditukar jika kerajaan mahukan, kata pengerusi eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia (MHS), Tan Sri Omar Hashim hari ini.

“Kerajaan baru biasanya akan menukar bendera seperti yang kita saksikan di Libya dan Iraq.

“Jadi, jika berlakunya pertukaran kerajaan, mereka boleh menukar bendera,” kata Omar.

Beliau menambah, walaupun bendera Malaysia pada hari ini dipilih kekal sebagai simbol kerajaan, ia sepatutnya dihormati dan menjadi satu-satunya bendera ketika sambutan Hari Kebangsaan.

Pengerusi persatuan itu memberi respon ketika ditanya oleh pemberita berkenaan kemunculan semula bendera kontraversi 'Sang Saka Malaya' sewaktu sambutan ambang Merdeka di Dataran Merdeka minggu lalu.

Acara tersebut dianjurkan oleh gabungan NGO yang diberi nama Gabungan Janji, diketuai oleh sasterawan negara, Datuk A Samad Said.



“Bendera Sang Saka merah putih, adalah bendera yang mewakili kesultanan Melayu.

“Kita boleh saksikan ini pada kurun ke 13 dan 14.

“Ini adalah fakta sejarah,” kata Omar.

Omar menambah tidak ada masalah untuk menjadikan Sang Saka untuk tujuan kajian, sambil menyebut ini dilakukan oleh Farish Noor yang mengkaji tentang ini secara meluas.

“Tidak ada masalah untuk mempamerkan bendera untuk tujuan pendidikan dan kajian, tetapi ia tidak seharusnya digunakan untuk tujuan politik,” kata Omar.

Omar juga menambah, jalur merah dan putih jelas dilihat dalam bendera kesultanan Melayu lama seperti kesultanan Majapahit.

Individu yang bertanggungjawab mengibarkan bendera alternatif ketika himpunan Gabungan Janji pada malam sambutan ambang Kemerdekaan telah membuat pengakuan dan merasakan bendera alternatif yang di bawa pihaknya layak dikibarkan atas nilai sejarah yang terdapat pada bendera berkenaan.

Melalui blog www.singaselatan.blogspot.com miliknya, individu berkenaan mengakui dia dan rakannya bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera tersebut, namun menafikan daripada mewakili mana-mana parti politik kerajaan mahupun pembangkang.

“Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini,” jelasnya melalui entri di blognya itu.





PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:

radiobangsarutama@gmail.com




4 ulasan:

kampong lad berkata...

“Bendera Sang Saka merah putih, adalah bendera yang mewakili kesultanan Melayu.

“Kita boleh saksikan ini pada kurun ke 13 dan 14.

soalan: kesultanan yg dok ada (kecuali kedah) la ni bila pulak bermula?

zamza berkata...

Salam TT,

betul la TT..nama negara pon boleh tukar..ini kan pulak bendera..

Myanmar selamaba jer tukar nama drpd Burma...xder masalah pon..kah kah kah...

pegi mampos la dgn umngokbn tu...bendera kita tukar..umngokbn kita tanam rapat2...

Tanpa Nama berkata...

All change please...hmmm....slogan baru pakatan untuk pru13

Tanpa Nama berkata...

Salute anak muda yg cerah sejarah!