Kuala Lumpur: Proses tapisan senarai calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) perlu diperluaskan termasuk mengambil kira soal salah laku moral dan tidak sekadar menyentuh isu rasuah saja. 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi , berkata ia termasuk kes dalam siasatan pihak berkuasa, kes jenayah dan muflis. 
Katanya, tapisan menyeluruh terhadap isu rasuah dan salah laku akan memastikan kredibiliti politik serta amalan demokrasi negara menjadi lebih telus dan dihormati. 


Kita dulu banyak pengalaman apabila ada YB (Yang Berhormat) dihadapkan ke mahkamah selepas pilihan raya umum, termasuk daripada pakatan (pembangkang), katanya kepada BH.