Jumaat, 28 Disember 2012

SEMAKIN RAMAI NGO YANG AKAN TURUN PADA 12 JANUARI




Antara NGO NGO yang
akan mewarnai pesta besar besaran ini adalah

1. ERA PASCA - Projek Melawan Di Sana Sini, 
2. R - Royalti Minyak Kelantan, 
3. ANAK - Selamatkan FELDA, 
4. GMI - Bebaskan Tahanan Politik ISA, 
5. TANAH - Jangan Rembat Tanah Orang Kampung, 
6. SAMM - Solidariti Anak Muda Malaysia, 
7. SMM - Solidariti Mahasiswa Malaysia, 
8. DEMA - Mahasiswa Demokratik, 
9. Universiti Bangsar Utama - Pusat Menghasut, 
10. Radio Bangsar Utama - Radio Rasmi Himpunan, 
11. Mufakat - Selamatkan Kampung Dan Kota Warisan, 
12. Dewan Himpunan China - Selamatkan Jalan Sultan, 
13. Himpunan Hijau Timur- Tutup LYNAS, 
14. Himpuan Biru Cair Selatan - Jangan Rembat Tanah Pengerang, 
15. Himpuan hijau tengah - Tutup Kilang Sinide Bukit Koman, 
16. BERSIH - Pilihan Raya Bersih Dan Adil
17. ANTI PPSMI - Nobatkan Bahasa Ibunda 
18. RAMM - REVOLUSI ANAK MUDA MALAYSIA.
19. Jerit – Jeritan Rakyat Tertindas
20. Empower – Merperkasa warga
21. Warga Aman – Komuniti India


Himpunan 1 Juta Rakyat di stadium sahut seruan PM
Harakahdaily,27 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Angkatan WargaAMAN Malaysia (WargaAMAN) merasa kecewa apabila pihak penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) masih tidak mendapat sebarang respons daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung permohonan menggunakan Stadium Merdeka pada 12 Januari depan.

Setiausaha Agungnya, S.Barathidasan berpendapat pihak DBKL dan polis tidak mempunyai masalah untuk memberi kelulusan kerana pihak penganjur hanya menyahut saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu rakyat berhimpun di stadium jika ingin menyatakan sebarang tuntutan terhadap kerajaan.

“Secara terang-terang ini membuktikan keikhlasan serta sikap murni pihak penganjur yang sedia bekerjasama dan menghormati saranan Perdana Menteri untuk berkumpul di Stadium Merdeka,” ujarnya dalam satu kenyataan.



--------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Stakat 20 NGO aje belum cukup nak kumpul 1 juta bro.

Unknown berkata...

Tt mana nak dpt tshirt baru utk 12jan