Rabu, 9 Januari 2013

DEEPAK BUAT PENGAKUAN - ROSMAH NAK CABUT LARI


DUA EKOR 
ANGKUH DAN SOMBONG 
PASTIKAN MEREKA
DI HERET KE MAHKAMAH
 
 NOTA:
amat jelas semakin ramai
pegawai kerajaan membocorkan maklumat

kali ini deepak bukan sahaja
membocorkan maklumat
malah bil bil membeli intan berlian
di hong kong pun telah disampaikan
kepada rafizi

semua ini adalah tanda tanda
bahawa rejim united malays national organisation
akan berakhir tidak lama lagi

tanda tanda semakin jelas
pegawai tinggi kerajaan mula membocorkan maklumat
bekas pegawai tingi tentera mula bersama pakatan rakyat
bekas pegawai tertinggi polis kini mula bercakap

rosmah dan najib tidak ada pilihan
saperti marcos dan imelda
mereka bukan sahaja dikepong oleh rakyat
malah dikhianati oleh  orang yang rapat

adik angkat rosmah kini
membocorkan satu demi satu maklumat

Rafizi melampau, bakal diambil tindakan - Zahid
KUALA LUMPUR 8 Jan. - Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli ekoran dakwaan penyelewengan dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi pembelian sebuah anak syarikat Bousted Holdings Bhd. dan tanah.

Menterinya,  Ahmad Zahid Hamidi berkata, Rafizi telah melampau termasuk mengheret nama beliau dalam penyelewengan dana LTAT.

Tegasnya, tindakan undang-undang itu akan diambil dalam waktu terdekat. - UTUSAN MELOYA

ANGKUH DAN SOMBONG

AWAN MEGAH SDN BHD SEPATUTNYA DIGUGURKAN DARI PROJEK PUSPAHANAS APABILA BON TANAH LUPUT PADA 3 FEBRUARI 2011

Tinjauan ke tapak pembinaan Puspahanas di Presint 1, Putrajaya menunjukkan bahawa hanya 2 daripada 12 bangunan utama sedang dibina. Menurut maklumat yang diperolehi dari kakitangan sub-kontraktor di tapak pembinaan, kerja-kerja pembinaan hanya bermula dalam bulan Ogos 2011.

Ini bertepatan dengan maklumat yang diberikan oleh Awan Megah Sdn Bhd sendiri bahawa ia hanya mula melakukan kerja-kerja penyediaan tapak setakat September 2010, seperti terkandung di dalam suratnya kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor bertarikh 24 September 2010 yang disertakan bersama.

Anggaran kos yang dibelanjakan setakat penyediaan tapak hanyalah RM10 juta, iaitu jauh lebih rendah dari bayaran yang bakal dibuat oleh Bakti Wira Sdn Bhd (anak syarikat Boustead Holdings Berhad) iaitu RM130 juta.

Oleh kerana pembinaan Puspahanas lewat dimulakan oleh Awan Megah Sdn Bhd walaupun perjanjian dimeterai dalam tahun 2005, maka tidak hairanlah projek ini tidak dapat disiapkan mengikut jadual seperti yang didaftarkan dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) iaitu:

Tarikh mula projek : 25 September 2008
Tarikh projek siap : 24 Januari 2011

Sebab itulah, Kementerian Pertahanan mensyaratkan penyediaan bon tanah bernilai RM72.5 juta sebagai jaminan projek ini akan siap dalam tempoh masa yang ditetapkan. Seperti mana amalan biasa di dalam projek pembinaan, sekiranya Awan Megah Sdn Bhd gagal menyiapkan projek Puspahanas di dalam tempoh yang ditetapkan, Kementerian Pertahanan berhak menunaikan bon tanah untuk mendapatkan jumlah RM72.5 juta sebagai ganti rugi.

Oleh yang demikian, Kementerian Pertahanan sepatutnya bertindak tegas dengan menggugurkan Awan Megah Sdn Bhd apabila ia gagal menyiapkan projek Puspahanas dalam tempoh yang ditetapkan iaitu menjelang Januari 2011.

Lebih membimbangkan adalah apabila bon tanah tersebut luput secara automatik pada 3 Februari 2011 seperti mana kandungan bon tanah yang disertakan bersama. Dengan luputnya bon tanah ini pada 3 Februari 2011, Kementerian Pertahanan perlu menjawab perkara-perkara berikut:

1.      Adakah Awan Megah Sdn Bhd menyediakan bon tanah yang baru bagi menggantikan bon tanah asal yang telah luput pada 3 Februari 2011?
2.      Kenapakah Kementerian Pertahanan tidak menggunakan haknya untuk menunaikan bon tanah dan mendapatkan RM72.5 juta dari Awan Megah Sdn Bhd akibat kegagalan menyiapkan projek, apabila wang RM72.5 juta itu boleh digunakan untuk menampung kos pembinaan Puspahanas?
3.      Kenapakah Kementerian Pertahanan tidak menggugurkan Awan Megah Sdn Bhd dari projek ini apabila sudah terbukti ia tidak mempunyai kemampuan dan kepakaran untuk melaksanakannya sehingga mengakibatkan kelewatan sedemikian rupa?

Perkara-perkara ini menguatkan lagi syak wasangka bahawa keputusan membayar RM160 juta kepada Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd bukanlah berasaskan pertimbangan komersil tetapi bermotif politik untuk menutup mulut Deepak Jaikishen dan Raja Ropiaah Raja Abdullah.

Satu laporan SPRM terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak sedang dibuat oleh Sdr Fariz Musa berhubung perkara ini pada jam 11 pagi di SPRM Shah Alam.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
9 JANUARI 2013


------

2 ulasan:

insafdoh67 berkata...

Koho kecut belaka puok ni dengor stadium blh guna. Boleh doh koho bukus harta rompak nok wat lari lps ni wei.... Mane mau lari penyamun semua... Kita pakat hukum puok ni... Kasi mampus sama Ubn totok... Kih.kih.kih.. #kl112 jom pakat turun. Lesen doh dapat...

DIDI KOTA BELUD yang sebenar berkata...

kau sudah melampau rafizi...!..nah saman undang undang....!...is is is is...zahid zahid...weel zahid..you fired......itu diloque rosmah kat meke meke ni...hehehehe.....rafizi mendapat gelaran terbaru,ternow dan terkool....RAFIZI ACOUNTANT YANG MELAMPAU....hehehehehehehehe...syabas betey......garu lagi garu lagi rafizi.......wei tt...yang nunjuk nunjuk kat atas tu yang mana satu hansem......??...hehehehe...dua dua macam babi aku tengok ...kakakakakakaka