DIA LAHIR DI JALAN CHOO CHENG KAY
neneknya sarat mengandung
lalu aku berikan tempat
untuk bersalin
ibunya lahir ditepi bilik hotel aku 6 tahun dahulu
ketika itu aku menginap di kepala batas
lalu aku bawa pulang ibunya ke kuala lumpur
lima tahun dulu dia lahir
mukanya macam siti nurhaliza
maka aku namakan dia siti
manja
kecil dan tidak cerewet
suka tidur di wilayah yang tinggi
ini kerana neneknya suka tidur diatas pokok
hari sabtu yang lalu
tanpa disedari siti telah
meninggalkan rumah kami
kini telah lima hari siti menghilang
telah berkali kali aku mengeledah
mencari dan mencari
kesedihan ini aku rakamkan
kesedihan ini aku tuliskan
agar beban sedih ini berkurangan
ingatan ingatan aku terhadap siti
mencurah datang
aku penuh kerisauan apakah
si siti ini mendapat makan
apakah si siti ini tidor ditempat yang panas
semua ingatan ini
menitiskan air mata
------
16 ulasan:
Huh! nak lepas tensen ker...
Mungkin si siti tu dah kena semelih & goreng sambal oleh mat myanmar...
Org tua dulu2 cakap, kucing yg manja dgn tuan dia, kalau dia rasa waktu dia dah nak sampai, sikucing akan bawa diri tinggalkan rumah, kononnya sebab dia taknak tuan dia sedih tengok sendiri dia mati depan tuan dia.
Ada kawan pada kawan aku cakap, kucing jiran dia hilang dari rumah, kucing tu sangat lawa manis putih gebu serta manja, tapi hilang bukan sebab nak mati, sebaliknya hilang kena curi, maklumlah baka baik harga 3-4ribu!
Apapun tt, harap ketemu kembali kucing kesayanganmu
sedih nya...
bersabar ye tt.
semoga dapat bertemu kembali dengan siti :(
Muka Siti ini jauh lebih cantik daripada muka penyanyi yang merampas suami orang dan memecah belahkan rumah tangga orang lain.
Sayang sekali cik Siti- cik Siti yang cantik di Malaysia lebih suka berkahwin dengan :
(1) anak Rajah Gopal bin Free Loaders
(2) Datuk yang selalu dapat kontrak dari UMNO
(3) lelaki Nigeria, Pakistan, Bangladesh
daripada berkahwin dengan lelaki yang budiman, berani, luas pengalaman dan berilmu macam Encik Hishamuddin Rais.
Saya harap pada tanggal 14 Februari kali ini, Encik Hishamuddin dapat jumpa teman hidup yang jauh lebih cantik dari perampas suami orang itu.
AMARAN RAKYAT:TAK JUMPA SITI,RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU
Seru auranya, sebut namanya. InsyaAllah dia pulang.
isham gua pun suka kucing.....
gua dah donlod gamba lu punya siti..
nanti gua kasi fotostet kasi posmen edar di area gua..
skrg gua nak tolong member2 promot blog baru pr sempoi baik punya...
klik alamat ni:
http://astanakandis.blogspot.com/2013/01/syurga-dunia-palsu.html
Kalau ditempat anda ada orang Vietnam,Myanmar dan Nepal jagalah haiwan peliharaan anda seperti kucing dan anjing. Mereka ni memang bangsat depan kita pun dia boleh nak ambik buat lauk pernah jadi sekali kat aku masa aku duduk kat Nilai tahun 2005 masa tu vietnam bersepah, sekali dia orang nak curi kucing aku depan aku apa lagi aku dan kawan-kawan aku pun ganyang sampai separuh mampus mamat-mamat vietnam tu dan sejak hari tu takde seekor vietnam pun berani lalu depan rumah aku walaupun jalan depan rumah aku tu short cut nak pergi kedai.
wah..politik baru ni..politik kucing ke ni..jgn2 bik mama dah ambil jd anak angkat...
kucing lu menghilangkan diri kerana lu belom keluarkan senarai COOL & POYO 2012....kahkahkah
Aku baru 'kehilangan' KECIK kerana fip dan feLv. Aku dapat rasa.
sudah la bro..
anggaplah dia sudah tiada.
carilah pengganti.
Macam aku kenal renungan mata siti ni tau.....cubo ekou cari kek rumah papan dekat sekolah tamil kat brickfield tu......ah ahhh...dekat dengan gereja yang tempat budak budak berlatih karate tu....macam dia pernah lalulah masa aku lintas situ......tak tahulah....aku ni pun rabun malam......
Aku jugak pernah kehilangan Smokey ku akibat kecuaian Bibik ku ...puas aku n bibik carik dan iklankan...yg paling aku risau Smokey tu anti social,dia tak mau dgn org kecuali aku...lepas 5 hari jiran yg tinggal setaman dgn aku telefon (melalui poster yg aku edarkn dan pacakkn di sekitar kawasan)..dia.. Cuba dpegang tpi dia lari samapi mencerkau jiran tu...
Setiap hari aku baca nama Allah "al muid'(yg mengembalikan) 75X setiap lps solat n aku jumpa Smokey tersepit dantara pintu kayu dan gril besi d belakng rumah jiran S'pura lepas 10 hari dia hilang. Memang miracle! Kau cuba lah TT..insyallah jumpa Siti.
Kalau dah 5 tahun lebih umurnya Siti,redhakan saja pemergian Siti.
Tandanya Siti sayang sangat sama TT makanya Siti pergi tak munkin kembali.
Kalau Siti sesat pasti dia jumpa jalan pulang. Bila Siti hilang tanda TT dalam kenangan. Siti bawa kabar gembira untuk tuannya yang sudi menumpahkan sayang.
Sekurang2nya ada saham dari Siti untuk tuannya.
Jangan aniaya sahabat nabi.32214
Salam Bro..
aku tumpang sedih atas kehilangan Siti..memang tiada penganti nya..
Semoga siti selamat selalu..dia pun rindu kat ko Bro..
Catat Ulasan