Jumaat, 18 Januari 2013

JELAS TERANG TAK PERLU SOROK SOROK - KALAU TIPU KE JALAN RAYA



MENGGALANG  BARISAN BERSATU
untuk 
DEMOKRASI BARU

Turun ke jalan raya lagi jika SPR terus tipu – Hishamuddin Rais


KUALA LUMPUR 18 JAN: Rakyat akan sekali lagi turun ke jalan raya jika penipuan yang didalangi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berterusan, kata Hishamuddin Rais.
Aktivis sosial itu menyifatkan kehadiran 500,000 rakyat ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu hanya amaran kepada SPR dan Umno.
“Kali ini bukan hanya sejuta, janji kita akan turun kembali ke jalan raya. Ini janji, kita akan keluar ke jalan raya!” katanya pada forum Pasca HKR, malam tadi.
Hishamuddin berkata, berita tentang pemberian kad pengenalan di Sabah yang kini menjadi topik hangat menunjukkan wujud petanda penipuan oleh SPR bakal berulang.
“Sekarang dah boleh nampak penipuan itu. Dengan berita yang kita dengar dari Sabah mengatakan bagaimana pengundi disusun untuk mengundi Umno BN,” katanya.
Beliau berkata, sokongan rakyat melangkaui agama dan kaum terhadap HKR tempoh hari melambangkan keberanian rakyat melawan penindasan sejak 55 tahun.
“Kalau zaman reformasi, kita lihat hanya satu bangsa saja yang turun ke jalan raya tetapi melalui Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0, semua rakyat sudah berani keluar melawan,” katanya.
“Dan, tamparan paling hebat kepada Umno ialah laungan kemerdekaan 7 kali yang diketuai (Datuk Seri) Anwar Ibrahim disambut dengan penuh semangat,” katanya.
“Saya begitu yakin akan berlaku perubahan, ombak untuk berubah telah sampai!” katanya disambut tepukan hadirin.

KALAU PRU13 MAIN TIPU
RAKYAT WAJIB 
KE JALAN RAYA


-------


7 ulasan:

superunity berkata...

turun ke jalan raya adalah wajib dan bukannya pilihan jika SPR masih lagi buat pekak badak..

Tanpa Nama berkata...

UMNO gerenti menang sbb mereka ada pengundi hantu dari dhakka bernama al-Ghilan melainkan di setiap pusat undi TT melaungkan azan dan tabur garam himalaya mari tapi TT mesti botak tinggal jangguuut sejemput je kah kah kah

yg pasti dulu cabut lari madey al-ifrit kah kah

Al-ghilan telah mengrekrut qareen-qareen drp kamu 'without any technical error'!! tak caya? tanya sheikh harun din al deepak ibni Ji..

mat sembab dah tempah pun baju melayu made in amerika kah kah

ps: IF U ALL HAD KNOWN THE UNSEEN U'D NOT HAVE STAYED IN THE HUMILIATING TORMENT OF BEING CHEATED (Hadis puts it BEING ENSLAVED)

Tanpa Nama berkata...

KEPALANYA sudah mengaku dan tanpa rasa bersalah..eh eh eh eh...salahkan alhrm tengkulah pulak...tengku bagi 1 juta kewargnegaran...siapa tu satu juta.....cina dan indialah...mana boleh aku kalah aku kena buat lagi terbaik...nah kau 2.4 juta PATI di sabah...alahai..mengaku jadi pati dah makahai ni...hahahahahah....makahai makahai......PENGKI (PENGKHIANAT) NI DAH MEROYAN DAH...TEMPIAS NAK GULINGKAN NAJIB LER TU.....MAINLAH ISU KAUM TU MAKAHAI..KOT KOT KAMI TERPEDAYA...PUII...HAK TUI PUNYA ANAK MAMU....PAKIMAK.

Tanpa Nama berkata...

Poyoooooo la tt...... Duduk sebelah mat batik....

Tanpa Nama berkata...

semoga new democracy berjaya di peroleh seluruh rakyat malaysia!

insafdoh67 berkata...

Turun jangan tak turun... Cis... Jangan main gila spr... Mampus mu kalau tipu pru13... Ayuh Anak muda... Kita bangkit lawan. ... Jangan tido lg... Bangun berjuang untuk Rakyat.... SammG3.... Lawan sampai tumbang... Kih.kih.kih....

Tanpa Nama berkata...

Turun ke jalanraya sebelum PRU13, bukan selepasnya ... SPR masakini masih flip flop dgn isu ni, bila lagi ... ayuh !!!