Majlis Syura Ulama PAS hari ini menafikan ada membuat perbincangan bagi menolak Ketua Umum PKR,  Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat  menang plihan raya umum ke-13 ini.
  
Pengerusinya,  Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah yang cuba dilemparkan terhadap PAS bagi melaga-lagakan parti tersebut dengan rakan sekutunya dalam Pakatan.

"(Dakwaan ini) mengarutlah. Saya pengerusi Majlis Syura. Tak ada apa yang dibincangkan," katanya yang juga Mursyidul Am Pas sewaktu ditemui selepas mengunjungi rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Taman Limau Manis di Kota Bharu hari ini.