ANAK LELAKI ISKANDAR KUTTY
PUNCA SANDIWARA
LAHAD DATU
PENGESAHAN AGBIMUDIN KIRAM KAKITANGAN KERAJAAN TIMBULKAN PERSOALAN BERAPA RAMAI PEMEGANG KAD PENGENALAN BIRU TERLIBAT
Pengesahan oleh jurucakap kumpulan yang menggelarkan diri mereka Kesultanan Sulu yang dibuat di Manila bahawa Agbimudin Kiram pernah menjadi pegawai kerajaan di negeri Sabah terus menimbulkan persoalan mengenai latar belakang sebenar konflik pencerobohan di Lahad Datu.
Pengesahan itu mengiyakan kerisauan banyak pihak bahawa kumpulan bersenjata di Lahad Datu turut melibatkan rakyat Malaysia berasal dari Filipina yang memegang kad pengenalan biru. Perkara ini mendedahkan kemungkinan ancaman keselamatan yang timbul akibat dari tindakan pihak tertentu yang dituduh berkait dengan Mahathir Mohamad memberikan kerakyatan tanpa melalui proses yang sah.
Pendirian KEADILAN adalah jelas bahawa perkara ini memerlukan siasatan segera untuk menentukan perkara-perkara berikut:
1. Apakah Agbimudin Kiram adalah rakyat Malaysia yang telah diberikan kad pengenalan biru?
2. Berapa ramai dari kalangan penceroboh bersenjata yang mempunyai kad pengenalan biru?
3. Berapa ramai dari kalangan mereka yang mempunyai kad pengenalan biru mendapat kad pengenalan biru di bawah Projek IC?
Ini adalah soalan-soalan asas yang wajib dijawab oleh Najib Razak, memandangkan beliau seharusnya berterus terang mengenai latar belakang konflik ini dengan rakyat.
Pengesahan mengenai kedudukan Agbimudin Kiram itu juga membayangkan banyak perkara yang masih belum dibongkarkan oleh Suruhanjaya Diraja Mengenai Kerakyatan yang terhenti seketika.
Oleh itu, saya mencadangkan supaya pertimbangan diambil untuk memulakan serta merta prosiding Suruhanjaya Diraja Mengenai Kerakyatan yang tergendala bagi memastikan semua aspek berhubung pemberian kad pengenalan di Sabah tanpa melalui proses yang sah diteliti dan dibongkar sepenuhnya.
Sementara itu, KEADILAN masih lagi menunggu jawapan dari Najib Razak dan Mahathir Mohamad bagi menjawab ketiga-tiga soalan yang dilontarkan.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
21 MAC 2013
SEMUA DI JEMPUT HADIR
MALAM INI
DI KELAB SULAIMAN
KAMPONG BARU
--------
4 ulasan:
Disabah bukan perlukan rci....disabah perlukan revolusi kerakyatan......kerana semua badan kerajaan negeri dan persekutuan di kuasai oleh anak anak bekas pendatang tanpa izin...mulakan dangan jabatan imegresen .......aku confirm 100 %....kerana ramai dari mereka ada yang aku pernah membesar bersama...so aku tahu.
Broo...gua ada pendapat poyol akan isu IC blue nie...teori gua yang mengatakan Lahad Datu adalah sandiwara yg sama Sauk dulu...kedua2 suspek "penganas" dari Sulu/AlMaunah ada IC blue....dalam erti kata lain org MALAYSIA berlaka...dua2 pelakon dari Malaysia or MADE in MALAYSIA..
patutlah najib masih belum bubar kabinet,
rupa2nya dlm diam dlm takde telor tu, sinajib ni bijak licik gak,
tapi mesti kepala pemikir sinajib ni sebenarnya laki dia kak imah...
sebenarnya depa dok tangguh2 pru13 selagi depa belum dapat cekup telor mamakhateer,
sebab mamakhateer pengacau nombor 1, jauh lebih bahaya dan berkesan daripada pakatan termasuk anwar,
selagi depa tak dapat neutralize mamakhateer, selagi tu najib kecut telor nak panggil pru...
jadi mmg ada asas utk berpikir, peristiwa sulu ni mmg dirancang sebagai sandiwara yg akan mencekup telor mamakhateer...
ugut2 kat anwar dll (termasuk tian chua) tu hanya pengalihan pandangan je, sementara kak imah terenot2 pergi berdiri tersergam membusut depan simamak yg dah tua kerepot dah lembik fizikal tu...
dan terbukti ops sulu berjaya mencekup simamak yg dah terkepung tak terdaya nak lari, betul2 kt telor hitam dia!
buktinya, kelmarin si mamak dengan penuh kemaluan terpaksa mencemar duli melutut depan kak imah - jadi kuli batak kak imah lancarkan buku autobiografi dia! tak cukup setakat tu, si mamak terpaksa pulak buat kenyataan cadang buku kak imah diletak di sekolah2!
kahkahkahkah kemaluan hitam si mamak dalam genggam si gemok!
-average joe-
klakka-la.blogspot
Komen DIDI KOTA BELUD adalah merupakan amaran kepada semua rakyat Malaysia,bukan sahaja diSabah,yang utama diSemenanjung.Projek 6P Hishammudin Hussein yang melibatkan lebih dari 4.5 juta PATI akan memudaratkan Malaysia.Apa yang sedang berlaku diSabah hari ini,akan berlaku diSemenanjung dalam tempuh 10-15 tahun lagi.Tak percaya,tunggulah.
Catat Ulasan