PERHIMPUNAN “SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT”
8 MEI 2013 DITERUSKAN SEPERTI BIASA
Saya sedia maklum kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Negara mengenai Perhimpunan “Suara Rakyat Suara Keramat” yang bakal diadakan malam ini (8 Mei 2013) di Stadium Kelana Jaya bermula 830 malam.
Sebagai menyambut gesaan Tan Sri Ismail Omar, KEADILAN melalui YB Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia telah memaklumkan secara rasmi kepada pihak balai berkenaan. Ini bertepatan dengan amalan biasa sebelum ini memandangkan perhimpunan diadakan di tempat persendirian yang telah dipersetujui dengan pengurusan dan pemilik stadium. Ia juga mengikut semangat Akta Perhimpunan Aman yang digunapakai sebelum ini yang tidak memerlukan permit untuk perhimpunan, hanyalah sekadar memaklumkan pihak polis.
Saya percaya dengan keikhlasan dan kebijaksanaan pasukan polis di bawah pimpinan Tan Sri Ismail Omar yang menghargai hak rakyat untuk berhimpun, seperti mana yang telah ditunjukkan dalam perhimpunan-perhimpunan sebelum ini.
Oleh itu, saya menggesa seberapa ramai rakyat Malaysia yang menuntut pilihanraya adil dan menolak penipuan PRU13 untuk turun dengan memakai baju hitam pada malam ini di Stadium Kelana Jaya bermula 830 malam.
Saya juga mengecam sepenuhnya anasir penghasut yang cuba menakut-nakutkan rakyat terutamanya golongan bukan Melayu kononnya perhimpunan itu adalah satu alasan agar satu pergolakan kaum bermula. Beberapa pesanan ringkas merujuk kepada peristiwa 13 Mei yang kononnya dikaitkan dengan perhimpunan malam ini sedang berlegar, yang jelas berniat jahat.
Oleh itu, saya akan membuat satu laporan polis di Balai Polis Tropicana pada jam 3 petang ini agar pihak berkuasa menyiasat secepat mungkin pihak yang cuba menimbulkan huru hara dan ketakutan dengan memainkan sentimen perkauman melalui edaran pesanan ringkas tersebut.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
----------
7 ulasan:
Apa masalahnya dengan polis jika kami berhimpun dalam stadium???
Mohon sebarluaskan kenyataan rasmi ini kepada semua blog pakatan rakyat
Malam ini...demokrasi yang mati ini kita merenungkannya dengan penuh jiwa hamba.....jiwa kebebasan yang hakiki...bukan sebagai rakyat malaysia...sebagai manusia didunia.......ini bukan OMBAK RINDU....INI OMBAK DEMOKRASI..........SALUTE TO PAKATAN RAKYAT....WE WILL COME.
kesian nuar... tak sabar sabar nak jadi PM.... terlalu gelogoh.... macam izzah dapat aiskrim... macam jijah cari jam omega... kelam kabut...
puas hati aku kau kalah nuar... padan muka kau... kalau bole biar najib menang dengan dua tiga undi je... hahahaha... tidur lena aku lima tahun ni...
TQ KPN kerja sama yg diberikan.
Minta Kerjasama KPN agar menyiasat isu panas tentang kebangkitan oleh puak-puak yg tak bertanggung jawab tentang PERKAUMAN yang panas diperkatakan,jangan kira menteri,datuk,yb,mantan ke tangkap semua ni kerana pengkianat negara,bangsa dan negara.
Kata cina kepada melayu.......wa tak gaduh sama lu...wa pun tak kawan sama lu.....kata melayu pada cina pulak.....kita tak bergaduh tapi kita tak berkawan....deyyyy.....malaysian....ini open marketlah...siapa halang lu dua orang mau kawan......brake the aislah....kill the sistemlah...alamak...itupun mau ajarkah...pui
Dapat kuasa jgn bias..
Madey tu bapa racist..
Tahan dulu..
Siasat dulu..
Saper yg racist..
Ni main tuduh sesedap rasa jer..
Ikan bilis terus cekup..
Jaw terus bebas..
Kata telus mulus..
Iklus nk mampus..
Org bantah..
Org tk puas hati..
Perbaiki ler..
Jangan melawan arus..
Ni bukan arus kecik
ni arus tsunami..
Sendiri cakap..takkan
sendiri tak faham..
Catat Ulasan