Ahad, 15 September 2013

16 SEPTEMBER HARI MALAPETAKA UNTUK SABAH DAN SARAWAK


KOMENTAR TUKAR TIUB
jelas kesedaran telah sampai
31 ogos ialah hari malapetaka
untuk warga tanah melayu
16 september ialah hari malapetaka
untuk warga sabah dan sarawak

suara melawan dari sabah
suara melawan dari sarawak
semakin lantang dapat didengar
DAYAK BANGUN MELAWAN

 HARI PENJAJAHAN

KOTA KINABALU :  Jeffrey yang juga Presiden Parti Reformasi Negeri (STAR) Sabah, dalam kenyataannya beberapa hari lepas mencadangkan agar Hari Malaysia itu ditukar kepada Hari Pendudukan atau Hari Penjajahan seperti disiarkan akhbar-akhbar utama Sabah dan juga media internet.

Sindu berkata, Umno sendiri pun tahu apa yang sedang berlaku di Sabah, bahawa ada sesuatu yang berlaku di sini tetapi mereka ini memilih untuk melihat sahaja dan membiarkan perkara-perkara buruk ini berlaku.

“Mereka seperti Salleh dan Abdul Rahim patut melakukan sesuatu dan tidak hanya jadi jurucakap Umno Malaya,” kata Sindu kepada FMT.

Jeffrey mendakwa Malaya telah mengambil alih Sabah daripada British dan kini Malaya menjajah semula Sabah di bawah nama Kerajaan Persekutuan Malaysia.

“Di manakah janji-janji “kebebasan mutlak, kemakmuran dan keselamatan?” soal Jeffrey yang juga terkenal memperjuangkan kedaulatan Sabah sebagai sebuah negara, kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor.

Beliau mendakwa Malaya ingin terus mengawal sumber minyak, gas, cukai dan sengaja mengubah demografi Sabah melalui pelbagai cara seperti Projek IC, Ops Durian Buruk, pengundi hantu dan memiskinkan rakyat Sabah dan menimbulkan suasana tidak selamat kepada penduduk tempatan.

Pemimpin kontroversial itu mendakwa sekarang Sabah hanya sebuah negeri “orang suruhan” Putrajaya.

“Sudah 50 tahun pembentukan Malaysia, namun tidak ada kemerdekaan dan kebebasan untuk bercakap. Sebaliknya, Sabah telah dijajah oleh Malaya dari segi politik, ekonomi dan sosial,” dakwanya lagi.


Beliau juga dilaporkan berkata jika Sabah dan Sarawak memilih untuk keluar daripada Malaysia mungkin kewangan dua wilayah Borneo itu jauh lebih baik, dengan hasil negeri melebihi RM40 bilion berbanding kepada RM3.7 bilion ketika ini.

SABAH UNTUK SABAHAN
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Baru sekarang sedar Sabah dijajah Putrajaya? Mengapa masih undi parti gerombolan? dah kena kencing pun lagi mau komplain?Lain kalilah lu pegi mampossslah..kah..kah..kah..