Ahad, 15 September 2013

REAL POLITIK IALAH PERSEPSI



KOMENTAR TUKAR TIUB
hanya satu pertanyaan
apakah masih ada sosok yang gagal
memahami
 apa yang telah
apa yang sedang
apa yang akan
berlaku di mesir

dalam dunia pasca moden
semua naratif di persoal
bukan semua yang islam
berminat dengan parti islam
ini hakikat
ini realpolitik

di mesir penganut islam ini hampir 90%
malah bahasa  mereka adalah bahasa quran
majoriti  masih tidak berminat dengan islam
ini hakikat

di malaysia ini
realpolitik ialah pengalangan 
satu barisan bersatu

kita tidak ada jalan lain
wajib bertolak ansur
wajib berbincang
wajib berpakat
dalam satu persaudaran 
dalam satu ikatan  yang jujur
dalam satu setiakawan yang luas
dengan niat dan cita-cita
untuk menegakkan keadilan
dan mengahapuskan kezaliman
kezaliman manusia atas manusia
kezaliman yang kaya terhadap yang miskin

wajib dihayati bahawa politik
ada persepsi orang ramai

orang ramai melihat
apakah masa depan mereka terjamin
apakah pemimpin itu berkebolehan
apakah parti itu dasarnya masuk akal
apakah parti ini bertapak di bumi nyata

hakikatnya 
tidak ada satu kumpulan
yang berkemungkinan  mendominasi 
walau pun klim online dengan tuhan

Ulama PAS cadang kaji semula hubungan dengan PKR
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib (gambar) mencadangkan agar parti Islam itu mengkaji balik tahaluf siasi (kerjasama politik) yang dibuatnya dengan PKR.

"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Harun.


Cadangan itu dikemukakan beliau melalui ucaptama kepada Multaqa Ulama Semalaysia yang diadakan di Kota Sarang Semut, Alor Setar hari ini.

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

----------

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Elok PAs keluar dari PR daripada berkawan dengan sosiolis kominis. Ohhh..persepsi aku silap. Sepatutnya dlancau je kominis nie.

Tanpa Nama berkata...

Juruckp yugi pasumno nak test market. Nak mengolah psetujuan.

CAKAP MELAYULAH! Nyampah aku dgr tahalus siasi. Pgunaan istilah arab btujuan mberi persepsi yg kononnya mngikut ajaran Islam tp sbenarnya hanya bertujuan utk mraih undi dan sokongn.

Kalau nak kluar PR, tak perlulah beri alasan.

Utk ahli pas. Spt kata satu blog mm Tolak sapa yg sokong saranan ini. Sokong sapa yg perli.

Tanpa Nama berkata...

Saudara Hisham.....

Pertelingkahan itu adalah berpunca dari pengaruh siapa lebih kuat... Parti kamu atau parti aku ?

Orang yang dikenali secara mendadak dalam parti PAS diberi nama "DIN AYAM". Orang ini dikatakan mahu menguji kekuatan parti rakan dengan cara bersaing dalam pilihanraya dikawasan yang sama.

Jika calon yang diketengahkan itu menang sudah tentu suasana tidak seperti sekarang. Paling pasti Din Ayam akan dilihat sebagai ayam sabong dalam parti itu. Semua ulama akan terperasan bahawa cara pengkhianatan Din Ayam itu betul berlandaskan kebenaran.

Untuk mengkaji semula kerjasama antara parti PAS dengan parti pakatan yang lain memang patut diberi sokongan demi mencari jalan kemenangan yang sama-sama persetujukan.

Tapi jika tujuannya untuk berpisah...... Kita ucapkan alhamdulilah..... Akan kita hantar se lori pisang masak kepejabat UMNO Baru sebagai tanda kesyukuran.

Tanpa Nama berkata...

ketua ulamak ini sedang berusaha menggali sendiri kubur Pas.....

Tanpa Nama berkata...

Ustat ini patut dibuang saja drpd PAS.. ini jelas dia adalah ajen UMNO dlm PAS..

PAS ni bukan parti kuat pun, tapi perasan kuat sbb dia berasa malaikat bergentayangan datang menolong waktu dia susah.. target mereka bukannya tinggi sangat sampai nak memerintah Malaysia.. target mereka cuma dapat beramal ibadah, dpt kencing dan berak dan masuk syurga saja. Kalo takat target mcm ni, tak payah la turun ke jalan. Cukup UMNO bina masjid dan ahli2 PAS dpt bersolat dgn aman, dptlah syurga idaman dan berjimak dgn bidadari bermata jeli.

Biarlah rakyat hidup bersusah payah hingga makan siput babi sekalipun, asalkan dpt bersolat adalah penting. Gua sudah biasa hidup dikelilingi org agama.. ini adalah target hidup mereka, masuk syurga. Kene pijak dan kene tipu siang dan malam x henti2 pun xpa, sbb bila dianiayai, mereka akan dikadihi Allah dan dapat pahala bertimbun2 lalu dgn senang2 mereka dpt syurga, diulang janji dpt syurga. Jadi bodo piang pun xpa, janji Allah redho kpd mereka. Apa pun jika bodo berlapis2 sekalipun, janji dpt syurga. Sbb itu target untuk menghumban UMNO ni, pada pendapat gua, bukanlah niat dan impian mutlak PAS. Pemuda PAS ni, hidup mereka tidak perlu mewah atau bersenang2 sikit. Dpt rumah mcm reban ayam, dpt makan pucuk2 rumput dan kene tipu dgn UMNO hingga menjadi bodo berlapis2 sekalipun, mereka x kesah pun. Berbalik kpd tadi, asalkan dpt beribadat dan solat serta bertaubat. Sbb tu hidup mereka tidak memerlukan parti lain sbg survival hatta parti PAS hanya tinggal TGNA sorang pun, PAS x menjadi masalah untuk survive.

Sbb PAS ni parti xde tujuan keduniaan, gua pun x paham kenapa ia beriya2 benar nak join Pakatan utk humbankan BN? Patut dia jadi satu gerakan di masjid menuju ke syurga dan ingat Allah Taala semata2, bukan join PR utk bakul-sampahkan UMNO BN.

Tanpa Nama berkata...

Golongan ulama dalam PAS mula rasa tertekan dengan kemaraan pemimpin PAS yang berfahaman terbuka, sekular dan moden yang melihat perkara seperti mengurus tadbir negara pada zaman moden, tetapi majoriti ahli PAS mungkin masih termakan dengan kepimpinan konsevatif ulama PAS yang kureng ilmu moden mengurus negara atau negeri. Mudah saja jika ulama konservatif memainkan perkara seperti pemimpin berilmu dan sekular PAS tidak menekan hal-hal ritual atau amalan 'tulen' dalam kepimpinan mereka. Kumpulan sekular lebih menekan keadilan sosial, ekonomi dan politik mahupun perkara hak-hak demokratik rakyat untuk kesejahteraan rakyat yang ulama konservatif secara relatif kureng menekankan perkara seperti itu. Maka khuatir tidak diterima oleh rakyat yang semakin terbuka minda justeru ditimbulkan perkara seperti kena kaji hubungan dengan PKR yang lebih bersifat sekular. Pemimpin PAS seperti Buharnuddin el-Helmi dan Ustaz Fazil Noor adalah pemimpin PAS yang boleh bekerjasama dengan golongan sekular.

Sepulak berkata...

kalau PAS keluar dari PR entah berapa ribu la ahli PAS akan keluar PAS.

Tanpa Nama berkata...

Smells like UG spirit

Tanpa Nama berkata...

Pas,,pas,,pas,,,agak2 la,,dulu aku lebih kenal pakatan dari pas,,aku lebih kenal dap dr pas,,,dulu johor xde pas pun??tp bila pas masuk pakatan,.aku pergi dr warung ke warung, dr bas ke bas, dr kilang ke kilkang,,bercerita ttg konsep islam pas yg selama ni diseleweng media massa,,tp cukup sedih bila pas sibuk nak rebut kerusi dgn pkr,,betambah sedih bila ada pemimpin pas ckp pakatan merugikan pas,,wei poorah,,settlekan din ayam dulu, settlekan ahli pas yg pakai songkok tp perangai mcm setan dulu,,,pooorahh,,! - daniel_hadi

Tanpa Nama berkata...

TT, tanpa Tahaful Silasi aku rasa parti Pas akan terhapus dengan sendirinya. Pas kena ingat yang rakyat hanya bergantung kepada platform PAS, PKR dan DAP untuk menumbangkan parti Dajjal United Malays National Organisation yang kuat makan rasuah umpama kuat makan babi seperti kata Mahatdeyyy anak Iskandar kutty.

Sekiranya PAS keluar Pakatan, ini bermakna parti gerombolan akan berbahagia kerana PAS sudah dapat ditipu oleh parti yang makan babi, dari memperjuang kehendak rakyat yang sekarang hampir makan pasir gara-gara kebodohan mat monggol wal sewelesi! kah..kah..kah..

Tanpa Nama berkata...

Sayang seribu kali sayang makhluk macam Harun Taib,Harun Din dan Din Ayam tak akan faham,tak munkin faham apa itu "PERSEPSI".Kalau ulamak-ulamak tokoh ni tak faham persepsi,apa yg boleh diharapkan dari ulamak muda yg baru sekali jadi wakil rakyat.Prof.Aziz Bari pernah cuba menghuraikan tentang persepsi diTaman Melewar kpd ahli-ahli PAS.Dia dikecam hebat oleh Bakar Chik.Ini otak ulamak dlm.PAS - Bodoh tak boleh diajar,cerdek tak boleh diikut.Kalau yg datang dari Ganu,lagi teruk.

Tanpa Nama berkata...

anak johor.
Orang0orany yang mengaku ulama rasa mereka yang betul.Biarkan diri ditipu berkali-kali walaupun seringkali berkata orang Islam tidak akan dipatuk ular dari lubang yang sama.Sekarang kita nampak kenapa PAS boleh kalah di Terengganu dan masih gagal untuk menawan Terenggan.Rela ditipu berkali-kali,reda dengan penipuan.