SALUT
ANAK MUDA BERANI
SANG SAKA BENDERA RAKYAT MALAYSIA YANG BARU
Bersempena dengan malam Tahun Baru tengah malam ini. Kami mewakili seluruh Anak Muda menuntut kepada pihak yang bertanggungjawab agar menulis sejarah dengan telus dan mengiktiraf pejuang-pejuang gerakan kiri sebagai pejuang kemerdekaan sebenar. Di kesempatan ini juga kami menegaskan sekali lagi, bahawa kami tidak mewakili mana-mana pertubuhan mahupun parti politik. Kami Anak Muda hanya ingin pejuang kemerdekaan sebenar diiktiraf dan dihargai pengorbanan mereka dan bendera yang kami kibarkan hari ini adalah simbolik kepada perjuangan mereka.
Ramai sedia maklum akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.
Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. PKMM mempunyai dua saya iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai oleh Ustazah Shamsiah Fakeh.
Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua. Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Perjuangan PKMM adalah jelas pada waktu itu adalah bertujuan ingin membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah British dengan slogan perjuangan Mereka ketika itu “Merdeka” dan perjuangan UMNO ketika Itu dengan Slogan Hidup Melayu.
Selepas tamat Perang dunia ke-2, British kembali ke Tanah Melayu selepas tentera Jepun mengaku kalah dalam peperangan tersebut. perkara ini menyaksikan panji "Union Jack" kembali dikibarkan di Tanah Melayu. Ini bermakna Tanah Melayu kembali menjadi Tanah Jajahan British. Sumber ekonomi seperti Getah, Bijih Timah kembali menjadi alternatif untuk menyelamatkan ekonomi British pada ketika itu. selepas perang Dunia ke-2 Tanah melayu menjadi wilayah bebas dan tidak terikat dengan undang-undang kolonial pada ketika itu. Pada ketika itu juga muncul sebilangan anak muda dan kesatuan yang mahukan perubahan hasil dari semangat perjuangan Tokoh-tokoh dari Indonesia seperti, Soekarno, Bung Tomo dan Tan Melaka. Muncul juga beberapa pertubuhan seperti Malayan Democratic Union (MDU), Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU)dan Parti Kebangsaan Melyu malaya (PKMM) yang membela nasib rakyat ketika itu. Perkara ini mengusarkan penjajah British, Lalu British mengagaskan Malayan Union pada 1 April 1946.
Namun Malayan Union mendapat tentangan hebat pada ketika itu dari rakyat ditanah Melayu. Beberapa faktor yang membawa penentangan kepada Malayan Union adalah kerana Raja Melayu bakal kehilangan takhta dan kewarganegaraan Jus Soli kepada imigran asing. Oleh sebab itu, British membuat rundingan bersama Garbenor Malayan Union, Raja Melayu dan UMNO untuk mengagaskan pula Perlembagaan Persekutuan yang terus membantu British untuk mencengkam Tanah Melayu dibawah Tanah Jajahanya. Raja Melayu dan Umno ketika itu menyokong Perlembagaan Persekutuan demi menyelamatkan kedudukan mereka supaya terus berkuasa ditakhta selain slogan perjuangan umno ketika itu "Hidup Melayu" dan bukan bermotif kemerdekaan.
Perkara ini telah menimbulkan kemarahan Pejuang Kiri ketika itu yang ingin melihat Tanah Melayu Bebas dari kuasa asing dan membantah perlembagaan persekutuan. Perkara ini menyebabkan pertubuhan-pertubuhan kiri bergabung dibawah All-Malaya council of Join Action (AMCJA). dan pertubuhan kiri paling berpengaruh PKMM membuat gabungan sendiri bersama sayapnya iaitu API, AWAS dan GERAM dibawah gabungan Pusat Tenaga Ra'ayat (PUTERA). Akhirnya dua gabungan ini menjadi satu selepas menilai motif perjuangan yang sama iaitu membubar Perlembagaan Persekutuan dan menuntut kemerdekaan Malaya. gabungan ini digabungkan dengan nama PUTERA-AMCJA.
Setelah PUTERA-AMCJA sedar mereka perlu membuat sesuatu untuk menidakkan agenda British ini, satu rundingan telah diadakan antara pertubuhan dibawah AMCJA-PUTERA. Pertubuhan yang hadir adalah,PKMM, PMFTU, API, AWAS, BATAS, MIC, MNDYL, GERAM, MPAJ-ESCU, 12- STAE WOMEN'S FEDERATION, MDU (sebagai general secretary) dan Tan Cheng Lock dan Ishak Hj Mohamad (Pak Sako) sebagai pengerusi. dalam perbincangan ini, semua gabungan sepakat untuk menubuhkan Perlembagaan Rakyat sebagai mekanisme untuk menentang perlembagaan Persekutuan.
Dalam Perlembagaan Rakyat Singapura termasuk dalam persekutuan, tidak dalam perlembagaan persekutuan milik British. Kewarganegaraan dengan rupa bangsa Melayu iaitu Melayu, cina dan India adalah sebangsa. kewarganegaraan bagi semua rakyat malaya berbanding warganegara ketat bagi bukan Melayu dalam perlembgaan persekutuan . Hak mengundi 18 Tahun Keatas dalam perlembgaan rakyat manakala tiada pilihanraya dalam perlembagaan persekutuan. Hak Politik Samarata dalam perlembagaan Rakyat, tiada Hak politik dan Perlembagaan Persekutuan. Majlis Kaum-Kaum untuk menapis diskriminasi dalam perlembagaan rakyat manakala tiada badan penapis diskriminasi dalam perlembagaan persekutuan. Malaya negara Baru dalam perlembagaan rakyat, dalam perlembagaan persekutuan Malaya kekal koloni British. Malaya kearah negara sendiri dan merdeka dalam perlembgaan Rakyat manakala perlembagaan persekutuan hanya meletakkan Malaya dibawah naungan British. Perlembgaan rakyat telah dicipta pada 10 Ogos 1947 manakala Perlembagaan Persekutuan dicipta oleh British, UMNO dan Raja-raja Melayu pada 19 Disember 1946.
British melihat penentangan terhadap Perlembgaan Persekutuan semakin mendapat tentangan rakyat. Oleh itu, British menubuhkan semula "Societies Ordinance" menyekat kebebasan berpersatuan dan "Registrar of societies" bertindak menolak pendaftaran pertubuhan. Namun perkara ini sedikitpun tidak melemahkan perjuangan AMCJA-PUTERA.
Walaupun pada mulanya perkara dalam perlembagaan Rakyat iaitu kewarganegaraan rupa bangsa malaya iaitu semua bangsa adalah Melayu bakal difikirkan mendapat tentangan kaum lain yang berpendidikan namun perkara ini dipersetujui semua tanpa perbahasan. Rapat umum, Risalah terus diedarkan kepada rakyat untuk memperkenalkan perlembagaan Rakyat. Perkara ini mendapat sambutan hangat rakyat yang ingin melihat kemerdekaan 100%. Perjuangan merealisaikan perlembagaan Rakyat semakin giat dengan PUTERA-AMCJA bercadang untuk mengadakan bakal Hari Hartal pada 20 OKtober 1947 dari jam 6 pagi sehingga 12malam . media cetak ketika itu memainkan peranan dalam menyampaikan manifesto hartal kepada rakyat. Hartal adalah mogok rakyat berhenti dari membuat sebrang aktiviti harian rakyat sepanjang Hari Hartal. pada 16 Oktober wakil PUTERA-AMCJA di London, Lim Hong Bee menghantar perlembagaan Rakyat kepada ahli Parlimen British.
Tanggal 20 Oktober 1947, Hartal berlangsung dengan jayanya. ketika itu dikatakan seluruh Malaya lumpuh tanpa sebrang kegiatan harian atau kegiatan ekonomi. Hartal mendapat sokongan seluruh Rakyat ketika itu. Rakyat terus menolak perlembagaan Persekutuan dan mengangkat Perlembagaan Rakyat. Namun perintah darurat dikeluarkan British pada 18 Jun 1948 atas alasan membanteras komunis. 29,857 orang ditahan dan 10,000 orang daripada jumlah itu adalah orang Melayu. Lihatlah betapa manis perjuangan ini. sayangnya saya tidak pernah terbaca dalam mana-mana buku teks akan cerita ini. Ayuh terus kita raikan tanggal 20 Oktober ini akan tarikh keramat yang memperlihatkan rakyat bangkit, semua rakyat bersatu menentang penjajah.
Perjuangan PKMM dan PUTERA-AMCJA sangat sinonim akan Bendera Sang Saka Merah Putih atau dikenali juga dengan nama bendera rakyat. Di Tanah Melayu Sang saka Merah Putih telah menjadi lambang kemegahan kerajaan melayu Melaka dengan menjadikan panji itu sebagai simbol kerajaan. Namun selepas kejatuhan kerajaan Melayu Melaka pada 1511, kerajaan kepulauan Indonesia pula menjadikan Sang saka Merah Putih sebagai simbol.
Pada abad ke-17 kerajaan majapahit telah menggunakan warna merah putih sebagai lambang kerajaan mereka. Selepas lenyap kerajaan Majapahit, kerajaan mataram turut menggunakan motif panji yang sama.
Pada Jun 1947, PKMM telah mengisytiharkan Sang Saka Merah putih sebagai lambang perjuangan mereka seperti dilaporkan majalah kenchana pada tahun tersebut. Namun pada 10 Disember tahun yang sama PKMM bersama dalam komponen PUTERA-AMCJA telah mengisytiharkan Bendera Rakyat atau Bendera Sang saka Merah Putih dengan 12 bintang berwarna kuning sebagai bendera perjuangan mereka.
12 bintang pada bendera tersebut melambangkan 9 negeri Melayu dan 3 negeri selat di Tanah Melayu. Manakala warna kuning pada bintang melambangkan keadilan dan kedaulatan rakyat, perlembagaan rakyat yang diiktiraf dan membayangkan semua negeri dalam keadaan aman dan makmur.
Bintang berbucu lima pada bendera pula melambangkan ketuhanan, kedaulatan rakyat, keadilan sosial, kebajikan, dan kebangsaan. Warna merah pada bendera melambangkan keberanian dan kuasa rakyat untuk menentang imperialis penjajahan dan diskriminasi kaum agar tertegak keadilan dan demokrasi di Malaya.
Warna Putih pada bendera pula melambangkan perjuangan yang didasarkan kepada kejujuran dan kesucian untuk mencapai kebebasan dengan cita-cita yang satu iaitu kemerdekaan sendiri dengan berpaksi rakyat.
Setelah mengamati perjuangan KMM hingga tertubuhnya PUTERA-AMCJA, kami melihat mereka adalah pejuang sejati kemerdekaan. Oleh itu, kami barisan Anak Muda berharap agar semua pihak membuka mata akan sejarah ini dan mengiktiraf perjuangan mereka. Pengibaran Bendera Rakyat pada Malam ini adalah simbol Anak Muda mengiktiraf perjuangan PUTERA-AMCJA dengan berharap pihak bertanggungjawab menilai sendiri akan perjuangan yang jelas menentang kuasa Imperialis dan menuntut kemerdekaan tanah Melayu.
5 ulasan:
heeeeeeeeeeee..... semakin hari semakin meroyan lah umno. bendera kesayangan umno yang di ciplak dari bendera amerika. rakyat mahu tukar. sudah 50 tahun rakyat di paksa beriman pada bendera yang di ciplak itu. kali ni rakyat betul betul mahu murtad dari umno parti jahat macam syaitan.
nak tumpang beritahu disini. pada pengisi kemeriahan blog gerai 3 abdul yang telah di padam baru baru ini. blogger utamanya kandis sudah muncul dengan blog barunya, http://astanakandis.blogspot.com/
jadi selepas ini jangan lah ada lagi yang sibuk bertanya di sana di sini kemana hilangnya blog itu.
salam ikhlas dari:
nadia
tahniah tulisan membantu pencerahan untuk sejarah kemerdekaan dan sejarah moden malaysia.tapi sejarah kuno janganlah salah pula.
pembetulan fakta tulisan:
kerajaan Majapahit pada abad ke 17
INI SALAH
Majapahit adalah sebuah kerajaan yang pernah ditubuhkan sekitar tahun 1293 hingga 1500 M dan berpusat di Jawa Timur
TAPI TETAP FAKTA
MERAH PUTIH BENDERANYA MAJAPAHIT
SEBELUMNYA
MERAH PUTIH ADALAH LAMBANG SRI VIJAY (KERAJAAN BERSATU ASIA TENGGARA YG PERTAMA) MULA ABAD ke 7 hingga abad ke 11
Video rakaman Sang Saka merah putih versi bendera rakyat 1947 berkibar di dataran merdeka.
http://www.youtube.com/watch?v=CHmDmoMjbIk
saka tak saka...sesiapa diantara korang yang berani hapuskan SAKA ROSMAH MANSOR....kalau takat bendera bendera je boleh blah....hapuskan saka ROSMAH MANSOR DULU baru kita cerita pasal bendera....apalah..makin sebok korang berbendera..rosmah mansor makan aiskrim strawberry kat rumah sedap sedap.....apalah..halau lah ROSMAH MANSOR DARI SRI SATRIA KALAU BERANI...apalah....
ini baru betul bendera rakyat sang saka merah putih & bintang 12.
yang sang saka merah putih ada bulan bintang bendera apa??? jadi kalau nak cite bab sejarah yg betul bendera bintang bulan tu tak pernah wujud pun...
saka lak maksudnya pusaka, dipendekkan panggil saka
jadi janganlah lepas agamawang PR kelam kabut lak ckp tahyul ke apa.
parti pertama kat malaya PKM 30april 1930. harus ditulis juga itu fakta sejarah. jgn jadi mcm geng2 PAS bila isu mat indera dah kelam kabut, klu bukan komunis sokong, klu komunis tak sokong.. fakta sejarah mat indera adalah komunis dan PKM. itu fakta.
bagus le anakmuda buat ni tapi kena byk membaca sikit jgn jadi keliru antara fakta sejarah dan ideologi. apa yg dibuat harus kosisten jgn bermusim dah le..jgn gilakan populariti nak cool & like byk kat fb...
Catat Ulasan