Jumaat, 28 Ogos 2015

JELEBU BUAT SEJARAH





FAKTA SEJARAH
pas bahagian jelebu
yang pertama 
meningglkan parti
sebaik sahaja muktamar tamat


TAHNiAH!

Harapan Baru ambil alih pejabat Pas Jelebu

JELEBU - Seramai 24 orang daripada 28 Ahli Jawatankuasa termasuk ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) kawasan itu  mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa hari ini.

Sehubungan itu, Pejabat Pas kawasan itu ditutup dan akan menjadi pejabat operasi Harapan Baru kawasan berkenaan.

Timbalan Pengerusi Harapan Baru Jelebu, Muhammed Zabidi Abdullah berkata, mereka akan menghantar surat perletakan jawatan kepada Pas Pusat minggu depan dan keahlian mereka juga akan terlucut selepas menyertai parti baharu.

"Setakat ini kita telah menerima keahlian seramai 180 orang dan dijangka akan lebih ramai lagi penyertaan.

"Kita menjangkakan seramai 500 keahlian Harapan Baru sehingga hujung tahun ini,"katanya pada sidang media diadakan di sini, semalam‎.

Hadir sama, Pengerusi Harapan Baru Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar dan Timbalan, Muhamad Taufek Abdul Ghani.

Menurutnya, tindakan itu diambil kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pas sekarang yang membiarkan 'mungkar fitnah' berleluasa semasa pemilihan di dalam Muktamar Ke-61 lalu.

ke jelobak ke jolobo
tuai padi tigo tangkai
dah kono komat jolobu
pas runtuh parti terbarai








--------------

2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Kenaboi, Kongkoi, Puom, Chenak, Kampai, Kerangai, Porogai, Potaseh ... jangan keliru ini bukan pokan negaro Kenya ... tapi tompek di Jolobu ... nama ini jauh sekali berunsur keislaman ... nanti kalau PAS perintah sudah tentu nama ini akan ditukar pada nama Arab yang lebih suci bunyinya.

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkah.. abeh jadi kapir belaker org Jolobu... presideng ngan mursyidul am ok ja.. Najib tercungap2 mmg nasa terbaik nak ngepow hudud boleh jalan di Kelantan..

Syok woo dpt hudud ni.. naik buraq x payah naik kete lagi..gi mana2, niat kat hati jer, maka berbondong2 unta yama keldai sekelip mata berada dpn mata.. stim woo dpt mcm ni.. hudud back door pun jadi la walau kene tipu dek olok2 najib.. janji syok dan stim.. hang apa tau!!! Tak ngaji agama, dok diam2..udah la..