Jumaat, 28 Ogos 2015

UNTUK NUR JAZLAN






SATU JUTA

343 JAM

K.LUMPUR


TANGGUNGJAWAB ANGGOTA POLIS DAN KESELAMATAN MELINDUNGI PERHIMPUNAN BERSIH4

Saya kecewa dengan kenyataan-kenyataan NurJazlan Mohamad, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang baru yang seolah-olah mahu menakut-nakutkan rakyat supaya tidak menyertai Perhimpunan BERSIH4. Kenyataan beliau yang dipetik media turut menyebut tentang kewujudan anasir yang kononnya ingin menimbulkan huru-hara.

Hari ini juga, saya terkejut dengan kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang akan menyekat laman-laman yang mempromosikan BERSIH4.

Ini ditambah pula dengan kenyataan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral  Zulkifeli Mohd Zin yang menyebut bagaimana pihak tentera akan mengambil alih sekiranya kerajaan mengumumkan darurat.

Tindakan dan kenyataan-kenyataan ini adalah keterlaluan dan tidak membantu memastikan satu perhimpunan rakyat yang aman sedangkan BERSIH4 adalah satu perhimpunan yang menepati hak rakyat seperti yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan. Malah, keputusan-keputusan mahkamah dengan jelas menegaskan berkali-kali bahawa Perhimpunan BERSIH adalah sah di sisi undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, saya menyeru supaya pihak berkuasa baik Kementerian Dalam Negeri, SKMM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya bertenang dan tidak membuat kenyataan atau tindakan yang boleh mengganggu kelancaran Perhimpunan BERSIH4. Pengalaman sebelum ini dari perhimpunan BERSIH yang pertama hingga BERSIH3 menunjukkan bahawa ratusan ribu rakyat akan tetap turun ke jalan raya di sekitar Kuala Lumpur untuk melahirkan pandangan mereka selaras dengan hak mereka di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak kira apa tindakan atau sekatan yang diambil oleh pihak berkuasa.

Oleh yang demikian, demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan peserta Perhimpunan BERSIH4 yang turun mengikut peruntukan undang-undang, adalah lebih baik sekiranya pihak berkuasa mengambil langkah membantu kelancaran perhimpunan ini. Kenyataan atau tindakan yang cuba menyekat rakyat dari turun tidak akan berkesan dan hanya menimbulkan ketegangan yang tidak diperlukan dalam keadaan rakyat sudah matang mengenai hak mereka berhimpun secara aman.

Saya juga ingin mengingatkan setiap anggota polis dan keselamatan yang bertugas sepanjang Perhimpunan BERSIH4 ini bahawa kami berhimpun demi memperjuangkan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak mereka juga:

1.    Supaya anggota polis/keselamatan dan anak-anak mereka tidak perlu dibebankan dengan cukai GST dan tekanan ekonomi yang mendesak kehidupan mereka

2.    Supaya anggota polis/keselamatan dan anak-anak mereka dapat hidup dalam sebuah negara yang menghormati undang-undang

3.    Supaya anggota polis/keselamatan dan anak-anak mereka berkerajaankan pimpinan yang tidak makan rasuah dan menyeleweng wang rakyat

Saya yakin sahabat-sahabat dari kalangan anggota polis dan keselamatan akan bertindak profesional sepanjang Perhimpunan BERSIH4 untuk melindungi keselamatan dan hak peserta seperti amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN




--------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sesungguh nya Bahalol Bahalol itu di jadi kan ber bagai perangai akan tetapi tetap bahalol lupa akan periok nasi mereka di tanggung oleh Rakyat Jelata

Apa kah bahalol bahalol itu tidak ber fikir dari mana datang makan minum mereka

Apa kah bahalol bahalol sedar BADAK dan MAT MONGOL AKA MAT BAHALOL HANYA MENIPU RAKYAT DENGAN BANTUAN BON BON ??????

Ada BON BON.

Chabut..... Chabut..... Chabut.....

Tanpa Nama berkata...

Tt...tolong kuar kan semula muka2 wanted orang PDRM - perusuh di raja mesia tu.....tq

Tanpa Nama berkata...

Penulisan yg bagus bila rafizi menyertakan peringatan kpd anggota bersenjata bahwa rakyat yg sanggup dtg dari jauh sanggup berarak dlm panas atau hujan sanggup bersatu suara ini, utk seluruh negara dan utk seluruh rakyat, termasuk utk org2 yg tidak dapat hadir, malah utk setiap anggota keselamatan serta anak-cucu mereka sendieu juga! Takkanlah anggota2 keselamatan yg berpegang twguh dan berikrar utk mempertahan negara dari elemen jahat dan menjaga rakyat dari kerosakan, sanggup pula memejam mata memekak telinga dan menghalang pemikiran dari mengiyakan bahwa setidak2nya sebahagian dari berbagai tuduhan tentang 42billion duit 1mdb dan 2.6billion duit yg telah akhirnya diakui masuk dlm akaun peribadi pm, serta keganjilan proses mahkamah yg mengenepikan persoalan motif dlm menjatuhkan hukum salah pada kawan seperjuangan, sirul dan azilah, adalah sekurang2nya tuduhan2 salahlaku dan salahguna kuasa itu ada benar? Takkan tidak ingin nasib kawan mereka diberi pembelaan dan proses perundangan yg lebih sempurna? Takkan sanggup kawan sendiri yg selama ini telah berbakti demi keselamatan org lain, kini diperlekeh keselamatan nyawanya pula? Takkan nak biarkan ini berlaku hingga berkemungkinan berulang lagi hingga diri sendiri, anak dan kwluarga pula dikenakan kezaliman serupa oleh pihak sama satu hari nanti? Takkan tak syak bila semua yg terlibat terus dlm penyiasatan 42billion 1mdb dan 2.6billion akaun peribadi, ditamat perkhidmatan yg telah disandang sekian lama, dgn serta-merta sedangkan ada pula yg lain ditukarkan ke jabatan yg duduk langsung bawah orgyg sepatutnya disiasat? Takkan tak syak sedikit pun, setelah sekian lama terbongkar, baru kini mengaku setelah diasak bertalu2, ada akaun peribadi dan ada 2.6billion dimasuk ke dalam akaun tersebut? Takkan tak syak, setelah ditanya bertubi2, baru kini cakap boleh bagitau cerita sebalik "derma" 2.6bilion itu, tapi hanya kepada ahli2 umno, sedangkan yg bersoal sekian lama adalah rakyat bukan setakat ahli umno? Takkan tak syak, ini hanya menunjukkan dgn sejelas2nya, ada perkara yg nak disembunyikan?? Takkan tak nampak, sudah sekian lama taktik digunakan hanya menafikan selama mungkin, kemudian setelah tidak mampu menafikan lagi, maka beralih pula pada menyorokkan kebenaran? Takkan anggota keselamatan yg bukan berdaftar sebagai ahli umno, dan yg juga adalah sebahagian rakyat negara ini, juga ingin tahu cerita sebenar? Kenapa pemmpin besar mahu bersembunyi di belakang ahli2 biasa umno? Bukankah jelas membayangkan cubaan menyorok??

Tanpa Nama berkata...

Terbaekk sdr rafizi!!! Tetapu pada masa sama pehak pakar undamg-undang pakatan juga mahulah menengok jika bolehlah mahu menyaman nur jazlan, ketua polis dan ketua askar atas kesalahan probokasi dan hasutan kerana ayat-ayat mereka berunsur hasutan supaya polis dan askar yang sepatutnya bertugas menjaga kedelamatannrakyat dan harta mereka tetapi ini supaya melaku kekerasan pada sebahagian rakyat