KETAWA
SAMPAI TERKENCING
Kesah duit derma Tok Arab sebanyak 2.6 bilion ringgit ini tak habis-habis lagi. Bersambung-sambung. Meleret-leret. Bermula dengan berita saorang Putera Arab yang baik hati telah memberi derma kepada Mat Najib. Ini cerita awal sesudah akhbar jahat Wall Street Journal membocorkan berita duit sebanyak 2.6 bilion ringgit telah masuk ke akaun pribadi Najib.
Duit derma dari Putera Arab beralih kesah - tetiba beralih menjadi duit derma dari Raja Arab pulak. Gwa tak ambil pot - dari Putera Raja ke atau dari Maharaja. Yang gwa fikirkan bolehkan gwa berkenalan dengan Putera Arab itu? Itu saja dalam kepala gwa. Saje nak berkenalan. Mana tahu ada rezeki tersepak.
Kesah punya kesah rupa-rupa Tok Raja Arab didapati sudah mati awal. Jadi mustahil hantu Raja ini menderma kepada Najib. Malah gwa rasa tak ada hantu yang berani rapat dengan Najib kerana kuasa Guru Ji bomoh Rosmah lebih kuat. Hantu jembalang pun takut inikan pula manusia biasa.
Cerita duit dari raja ini beralih lagi. Kali ini dilaporkan datang dari beberapa ekor Tok Arab pulak. Tup tup saekor Putera Tok Arab banguan marah. Putera Arab ini menafikan duit ini tidak datang dari dirinya. Heboh sekali lagi. Gwa tak ambil pot.
Cerita asal usul duit derma ini kerap beralih-alih. Akhirnya Mat Najib dan Rosmah umumkan bahawa duit derma 2.6 bilion ringgit ini datang dari kerajaan Arab pulak. Bila Rosmah masuk campur semua jadi senyap. Semua akur. Alhamdulilah.
Putera Arab ke, Raja Arab ke, kerajaan Arab ke? Untuk gwa semua tak penting. Yang penting derma ini datang dari Arab. Arab ini satu bangsa yang beragama Islam. Tok Arab tak makan babi. Tok Arab hanya makan ayam bersembelih kecuali Ayam Siam di Bangkok. Atau Ayam China di Pudu. Tapi ini kesah lain. Jadi pada hemat gwa bila duit derma datang dari Tok Arab pasti duit suci dan halal. Duit kosher dalam bahasa Hebrew.
Gwa ingat semua dah selesai. Semua beres apabila Tok Arab yang baik hati buka cerita tentang duit derma bertimbun-timbun itu adalah hadiah untuk Mat Najib. Derma ikhlas kerana Najib ini budak baik.
Tok Arab itu berkata Mat Najib ini pengembang mazhab sunnah wal rasuah opps... maaf pengembang mazhab sunnah wal jamaah. Mat Najib tidak ada sangkut paut dengan sunnni wal rasuah. Mat Najib bukan penyokong Isis. Mat Najib adalah saekor pemimpin Islam contoh. Budak kelahiran dari Pekan anak Sarimah ini opps... anak Razak bin Hussein ini memang budak baik, jujur , ikhlas dan berjurus. Syukur alhamdulilah.
Tetiba budak baik ini membuat satu kenyataan. Mat Najib anak Lelaki Razak telah mengumumkan kepada dunia bahawa duit derma 2.6 bilion ringgit itu telah dipulangkan kembali kepada Tok Arab. Puuuh!
Aduh! Bila gwa dengar berita ini gwa hampir pengsan. Gwa rasa kalau Najib ada didepan gwa ketika itu pasti gwa sekeh kepalanya. Gwa tahu Najib ini budak baik. Tapi kenapa baik sangat hingga pulangkan kembali duit yang banyak ini. Ciiit... gwa ketawa sampai terkencing.
Tapi gwa mesti labon jujur. Kesah Mat Najib pulangkan kembali duit derma Tok Arab betul-betul buat gwa tak puas hati. Hingga sekarang gwa terus bertanya: Why Datuk .. why Datuk... Why pulangkan duit itu Datuk... why why...’
Nasib baik gwa tak pakai kasut tinggi tumit. Kalau tidak kasut gwa patah macam kasut Rafidah Aziz ketika terperanjat mendengar Mahathir hendak letak jawatan pada 22 Jun 2002 dulu. Ciit... Gwa ketawa sampai terkencing.
Bayangkan duit sebanyak 2.6 bilion ringgit ini kalau semua duit ini ditukar untuk menjadi keping 100 ringgit pasti boleh dijadikan payung untuk memayungi seluruh Kuala Lumpur. Bila hujan sampai kita semua boleh berpayung. Kalau keping 50 ringgit pasti boleh memayungi Selangor. Kalau keping 10 ringgit boleh memayungi Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Bayangkan. Bayangkan.
Kalau semua duit ini ditukar jadi keping 1 ringgit ianya boleh dijadikan jembatan dari Pontian ke Pekan Baru Sumatera. Itu pasal gwa jadi marah apabila gwa dengar Mat Najib pulangkan kembali duit derma Tok Arab ini.
Gwa rasa apabila Tok Arab itu sudah beri derma maka semua rakyat akan tutup buku. Kesah sudah jelas. Tok Arab hadiahkan 2.6 bilion pada budak baik. Ini bukan satu yang menghairankan. Semua ahli United Malays National Organisation percaya cerita ini . Yang tak percaya cerita ini hanyalah penyokong Anwar Ibrahim. Penyokong Mat Sabu. Penyokong Tian Chua. Penyokongh Mahfuz Omar. Dan juga penyokong Mukhriz Mahathir. Ini pun kerana Tim Bola Kedah hilang penaja bila Mukhriz tidak jadi MB Kedah lagi. Kalau tidak Mukriz dan penyokongnya semua percaya dengan Najib.
Untuk gwa kita tak perlu heboh heboh. Duit itu pemberian ikhlas - sedekah jariah dunia akhirat. Khalas bak kata Orang Arab. Khatam kogiya bak kata Orang Pakistan. Masyuuuuk bak kata Orang Melayu. Semua ngam bak kata Towkay China Doll di Pasar Pudu.
Tapi biar gwa royak dengan jujur. Sebenar-benarnya hati gwa jadi geram. Dalam geram geram ini tertiba muncul wajah muka Haji Hadi Awang. Gwa bertambah naik marah. Jangan silap faham. Jangan salah tafsir. Gwa marah pada Haji Hadi bukan kerana dia tidak suka Anwar jadi Perdana Menteri. Atau gwa marah Haji Hadi kerana dia tak sokong Dr Wan Azizah jadi Menteri Besar Selangor. Bukan. Bukan. Bukan.
Gwa marah dengan Haji Hadi kerana Haji Hadi ialah penasehat Mat Najib. Ini bukan fitnah gwa. Semua rakyat Malaysia tahu bahawa Hadi Awang telah melantik dirinya menjadi penasehat kepada Mat Najib anak lelaki Razak.
Hadi telah umumkan pekara ini akhir tahun lalu. Kalau tidak percaya sila tanya Din Ayam menantu dan juga pembantu pribadi Haji Hadi. Malah ada laporan muka depan akhbar Harakah tentang pekara ini. Pada 1 November 2015 portal Free Malaysia ada melaporkan berita yang sama. Hakikatnya gwa bukan bikin tohmah.
Secara terbuka Hadi mengumumkan yang dia tak berminat nak merampas kuasa. Tak berminat untuk ke Putrajaya. Parlimen, kuasa dan Putrajaya bukan perjuangan Parti Pas. Tuan Haji Hadi Awang hanya mahu menjadi penasehat Mat Najib. Khalas.
Mengikut fulussafah terbaru Tuan Haji Hadi Awang - Parti Pas hari ini hanya anti United Malays National Organisation tapi tidak anti ahli parti Ketuanan Melayu. Apa maknanya fulussafah ini gwa sendiri pun tak faham.
Beberapa ekor ahli Pas yang gwa kenal tertojeng-tojeng ke hulu ke hilir. Mereka tertanya-tanya apa makna fulusssafah terbaru Haji Hadi ini. Jawapan gwa hanya : walah hu alam bisawab ya aki...hanya Allah yang maha megetahui.
Gwa naik bengang dengan Haji Hadi ini kerana sebagai saekor penasehat peranan dia amat amat besar. Menasehatkan Najib satu tugas negara. Maka gwa bertanya - kenapa Haji Hadi tidak nasehatkan Mat Najib betul betul. Kenapa Haji Hadi buat kerja sampai lewa sahinggakan Mat Najib melakukan pekara yang amat amat bodoh lagi tidak senonoh.
Memulangkan duit hadiah Tok Arab ini adalah kerja bodoh. Kerja bodoh ini terlalu amat bangang hinggakan satu Malaysia ketawa. Sebenarnya amat ramai sekali orang mentertawakan Mat Najib. Kira punya kira gwa rasa seramai 36.5 juta orang sedang ketawa hingga terkencing bila mendengar berita Mat Najib memulangkan kembali duit derma Tok Arab.
Mana gwa dapat jumlah 36.5 juta ini?
Jawabnya senang sahaja. Tiga puluh juta rakyat Malaysia campur dua juta pekerja dari luar negara campur tiga juta pendatang haram campur 1.5 juta Mat Bangla yang akan datang - jumlah 36.5 juta. Inilah jumlah orang yang tidak pecaya Mat Najib telah memulangkan duit itu. Kerana ini gwa salahkan penasehat Mat Najib. Gwa salahkan Tuan Haji Hadi Awang. Pasal apa Tuan Haji Hadi tidak beri nasehat yang baik kepada Najib?
Gwa difahamkan sesudah Zionis APCO cabut lari - penasehat Mat Najib yang unggul ulung dan tunggul hanyalah Tuan Haji Hadi Awang. Justeru akhir-akhir ini kita semua melihat bahawa ucapan Najib ada terselit beberapa perkataan Arab, Urdu dan Parsi.
Malah gwa difahamkan ucapan akhir Najib di Amerika ketika hadir ke Persidangan Asean/Amerika bulan lalu digarap oleh Hadi Awang. Tidak boleh dinafikan keupayaan fikrah Tuan Haji Hadi ini. Cekap - malah lebih cekap dari fikrah sotong.
Gwa ada bukti tentang kecekapan fikrah Hadi ini. Gwa diberitahu pada ketika ini Hadi Awang sedang memasang stratiji untuk memperkukuh kedudukan Najib. Najib sedang diserang dari pelbagai penjuru. Berita telah terbongkar bagaimana pada 27 March ini ada perhimpunan anti-Najib sedang disusun. Dengan cekap lagi pantas saperti mencandat sotong Tuan Haji Hadi telah mengumumkan yang dia menolak rancangan perhimpunan ini.
Memang hebat pemikiran Haji Hadi Awang ini. Dengan satu kenyataan dia telah menyelamatkan Najib. Perhimpunan 27 March telah disabotaj oleh Haji Hadi. Kerana itu gwa marah. Kerana itu gwa tak puas hati kenapa Haji Hadi tidak nasehatkan Najib agar jangan pulangkan duit derma sebanyak 2.6 bilion ringgit itu.
Bayangkan kalau 0.0001% dari duit derma itu dapat oleh gwa - gwa akan ketawa terkencing menuju ke bank. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
-----------
1 ulasan:
SAPUMAN POWER tau
HADI di buat main macam SAMPAH saja
HADI pon BODOH
Dah tua tua nak NONGKAT LANGIT pulak
Bodoh SAJA
Catat Ulasan