Rabu, 20 April 2016

KENYATAAN MEDIA DARI BERSIH





Reformasi Institusi bukan Intimidasi terhadap aktivis

 
BERSIH 2.0 menyelar tindakan pihak Polis yang terus melakukan intimidasi terhadap aktivis masyarakat sivil dan blogger yang mempromosikan petisyenDeklarasi Rakyat.

Hari ini, pemula petisyen Deklarasi Rakyat di laman Change.org Sdr Azrul Khalib disoal siasat dibawah Akta Hasutan 1948.

Difahamkan juga, 7 individu lain juga bakal disiasat termasuk wakil media.

BERSIH menyeru pihak polis untuk menumpukan perhatian ke atas penambahbaikan institusi kepolisan dan bukannya membazirkan masa dan mencampuri hal berkait politik. 

Pihak polis sepatutnya menumpukan perhatian ke atas siasatan skandal global rasuah terbesar di dalam sejarah Malaysia, iaitu  kes 1MDB.

BERSIH sekali lagi menyeru agar reformasi institusi harus dilakukan serta-merta agar segal menyalah-gunaan kuasa dapat dihentikan.


Intimidasi sebegini tidak akan berjaya menghentikan kuasa rakyat dan pengkritik-pengkritik terhadap rasuah.




------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Polis SATU malaysia baik baik.