.

Jumaat, 29 April 2016

TABUNG HAJI






CEO TABUNG HAJI YANG BARU MESTILAH DARI LUAR DAN MELALUI PROSES SARINGAN PARLIMEN














Saya mengambil maklum berita yang disiarkan The Edge Financial Daily hari ini di capaian http://www.theedgemarkets.com/my/article/ismee-resigns-lembaga-tabung-haji mengenai keputusan Tuan Haji Ismee Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji yang akan meletakkan jawatan mengikut sumber akhbar kewangan tersebut.

Saya tidak terkejut dengan berita tersebut kerana saya memang telah mendengar ura-ura ini sejak sebulan yang lalu semasa persidangan Parlimen yang lepas pun.

Jika benar, ia merupakan satu kemenangan kepada rakyat dan secara tidak langsung mengesahkan bahawa kesemua isu bersabit tata kelola dan kedudukan kewangan Tabung Haji yang saya bawa sebelum ini ada kebenarannya.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya pengurusan baru Tabung Haji kelak meneliti kesemua isu yang saya bawakan dan memberi penjelasan yang telus kepada rakyat. Saya juga ingin menyatakan apabila isu-isu itu terbukti ada kebenarannya, maka wajarlah Tabung Haji menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap saya dan menggugurkan kes jenayah supaya satu tindakan saman di mahkamah sivil boleh diambil jika isu-isu yang saya bawa dikira memfitnah Tabung Haji.

Mengambil kira keterlibatan Tuan Haji Ismee Ismail di dalam 1MDB dan kemungkinan beliau juga akan disiasat tidak lama lagi, saya berpendapat kerajaan tidak boleh melantik beliau ke mana-mana jawatan dalam mana-mana agensi, badan atau syarikat yang dikawal oleh kerajaan sehinggalah siasatan selesai dan beliau disahkan tidak melakukan sebarang kesalahan atau kecuaian. Oleh itu, saya berharap sebarang usaha untuk melantik beliau menjadi orang nombor 2 di Sime Darby seperti yang dilaporkan tidak diteruskan.

Bagi memastikan sebarang langkah melantik beliau ke mana-mana jawatan di badan berkepentingan awam tidak diteruskan sehingga siasatan ke atas 1MDB selesai, saya akan memfailkan satu usul untuk dibahaskan di sidang Dewan Rakyat akan datang menghalang sebarang usaha ke arah itu.   

Saya juga mencadangkan perkara-perkara berikut berkenaan pengurusan baru Tabung Haji:

1.    CEO baru hendaklah disenaraipendek dan dipilih dari luar supaya beliau boleh bertindak secara objektif menilai segala masalah yang ada

2.    Calon CEO baru itu hendaklah melalui proses saringan yang dikendalikan oleh satu jawatankuasa khas Parlimen yang bertanggungjawab membuat pendengaran terbuka (“confirmation hearing”) bagi memastikan beliau benar-benar sesuai

3.    CEO baru melakukan audit khas mengenai kedudukan kewangan dan operasi kumpulan Tabung Haji sebaik dilantik dan dibentangkan sebagai kertas putih di Parlimen sebelum akhir tahun ini

Saya berharap rakyat akan terus bersama-sama memberi perhatian dan menjadi timbang tara kepada pengurusan badan-badan awam seperti Tabung Haji untuk mengelakkan perkara-perkara yang sama berulang.

Walaupun berita ini saya sambut dengan rasa syukur, saya akan terus menumpukan kepada analisa dan pendedahan berkaitan Tabung Haji bermula minggu ini.
  
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN



-------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

OH MY LOL

selagi ada BON BON HITAM pasti ada MAGIK

kena BERSIH dulu MAGIK MAGIK kira HARAM kan

WHY SO BENGAP , kata Winston Churchill

panglimo potaseh berkata...

Betul la tu CEO tabung hajee musti datang dari luar. Tak caya tgk je lah CEO yg ada skrg .. tenung betul-betul muka dia, kalau rasa nak termuntah muntah dulu, lepas tu tenong balik .. betol tak CEO ni orang luar. Ni belum cerita bab bau nye .. boleh buasir dibuatnya.

Tanpa Nama berkata...

fbi dah datang, tetiba sume wakil2 1mdb letak jawatan..ismee nak meyorok dlam kaabah ke dalam jubah..hadi taknak letak jawatan sebagai penasiehat ke..nnt disoal fbi mu ckap ikang yg salah...mung cakap ayam yang stress..apa punya punatsehat..