Jumaat, 8 April 2016

TEATER BUKAN TEATER





INI BUKAN

WAYANG

BUKAN TEATER


Rafizi bukan ‘main wayang’ atau tagih simpati – Peguam

Arahan memegang pengelangan tangan adalah bagi membataskan pergerakan dan prosedur biasa untuk tertuduh bukan penjenayah tegar.

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak berlakon akan cuba menagih simpati apabila beliau meletak kedua-dua belah tangan dibelakang seolah-olah digari ketika diiringi polis di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mendapat perintah tahanan reman pada Rabu lalu.
Peguam Rafizi, Saiful Izham Ramli berkata, arahan memegang pergelangan tangan bagi membataskan pergerakan tangan sambil kedua- dua lengan dipegang kemas kiri dan kanan oleh pegawai polis merupakan amalan biasa polis bagi situasi di mana orang yang disyaki atau dituduh tidak bergari, terutamanya bagi tertuduh tidak dikatagorikan sebagai pesalah atau penjenayah tegar.
“Ia bukan perbuatan ‘lakonan’ atau ‘wayang’ atau ‘menagih simpati’ tetapi prosedur biasa pihak polis dalam membawa Orang Kena Tuduh (OKT) di dalam kategori ini ke mahkamah dalam mengawal pergerakan mereka. Semuanya atas budi bicara pegawai polis yang mengiringi,” katanya menerusi Facebook.

KAH KAH KAH

lu mana tahu

lu bikin cerita

gwa tahu

gwa selalu

kena tangkap

kah kah kah

tv3 buat auta

BUKAN TEATER



------------

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Bila laporan duit hilang rm50,000,000,000,000.00 nak di bentang .. tu lah masanya Rafizi di pasongkan .. ini batu lakhonan namanya.