SURAT AKU LAGI
kawan ku yang baik hati,
aku menulis lagi
kali ini satu jemputan untuk bersetia kawan
sabenarnya aku pun tidak tahu
apa pengisian malam setiakawan ini
anak anak muda dari bangsar telah mengatur
mereka telah meyusun - hari hari akhir
sebelum aku di hantar ke kajang
aku harap kau akan dapat datang
kawan ku yang baik hati,
aku pun tidak tahu apa yang akan terjadi
pada pagi senin 16 mei ini
hari keputusan rayuan aku
hari keputusan rayuan aku
ingin aku beri tahu kau
ketika ini - ketika aku menulis ini
aku bebas dengan jaminan 6000 ringgit
aduh! satu jumlah yang amat besar untuk aku
kau bayangkan dengan jumlah ini
aku boleh hidup berbulan bulan
kau pasti ingin tahu
apa yang sedang aku buat sekarang?
ketika ini aku mengurus itu dan ini
mengatur itu dan ini
menyusun itu dan ini
kerana jika aku ke kajang
maka aku akan direhatkan selama 9 bulan
jadi semua itu dan ini
wajib aku urusan seawal mungkin
kawan ku yang baik,
sembilan bulan ertinya
aku akan berpuasa
aku akan berhari raya
dalam penjara
kau tak perlu bersedih
kerana aku memiliki pengalaman
aku telah berpuasa
dua kali di kamunting
aku telah berhari raya dua kali
dalam penjara
semuanya indah
semuanya pengalaman
bayangkan jika semua ini tidak terjadi
apa jadinya pada aku?
apakah aku akan menulis surat
ini pada kau?
bayangkan aku
hanya menjadi warga sia sia
yang berperut gendut
yang mungkin berbini tiga
yang mungkin mengambil rasuah
untuk jadi kaya raya
atau aku jual negara
untuk dilihat pemimpin negara
dimulut ku muntah ayat ayat suci
yang aku hafal dari kitab kitab kuno
saban tahun ke saudi arabia
berdoa agar dimasukkan ke syurga
ah! kawan ku yang baik hati,
apakh kau msih teringat
saperti apa yang aku ingati
iya iya...
aku ingati segala janji janji
yang sama sama kita lafazkan
aku ingat lagi
muka kau di sudut pidatu
aku ingat lagi dewan kuliah
yang kita tinggalkan kosong
akau ingat lagi
ketika kita menyebar risalah
dalam malam gulita
untuk membuka kesedaran
ah! perjalanan hidup ini
jika kau ada masa
datanglah pada malam setia kawan
agar kita ikat kembali
janji janji setia
janji janji yang kita lafaz
satu ketika dahulu
ketika mata aku
jeling memadang alis mata
cewek kau yang kini
telah menjadi ibu kepada anak kau
kawan ku yang baik hati,
perjalanan kita masih jauh
tapi aku rasa telah hampir
aku merasa yakin bahawa
bila fajar itu menyising
bila pintu penjara itu terbuka
itulah hari yang kita nantikan
amin - wasallam
--------
4 ulasan:
apa ke bende nih TUAN GURU
STRESS nanti sakit jantung KIOK pulak
TUAN GURU kiok tak dapat Cuti Umum
Bazir saja
TT jangan la masuk penjara...nnti siapa lagi nk menyampaikan berita terkini hiburan sensasi kpd kami?
Jiji Dan zai serta kitten ngko sapa Jaga...hantaQ umah aku pun boLeh...
Jai dan Ezi dan lain2 kaum keluarga, kau dah urus kah kawan? Salam simpati dan setiakawan dari aku. Mudah2an kau jadi insan yg lebih baik setelah keluar dari Kajang :(
Catat Ulasan