.

Rabu, 3 Ogos 2016

SIAPA DIA MO1 DI CARI FBI


 





 M.O1




SIAPA MALAYSIA OFFICIAL NO 1
Tetiba dengan tak semena-mena Rosmah Mansor tidak lagi mengakui dirinya sebagai FLOM - First Lady of Malaysia. 

Pasal apa  ini terjadi? Apa sudah jadi? Betulkah berita ini? Atau ini satu fitnah? Mustahil  dan tidak masuk akal Siti Gedebab ini mahu melepaskan glamour First Lady. Mustahil Minah Botox ini tidak lagi dipanggil First Lady. Apakah kucing sudah   mula pakai gincu?

Sabar dulu. Biar gua buka surah agar kita semua dapat tahu kesah dibelakang kesah. Surahnya  panjang macam saher Siti Zubaidah. Lebih ajaib dari Jula Juli Bintang Tujuh. Lebih menakutkan dari Tok Tok Kai Serondong Batang. Lebih lawak dari Gambir  Serawak.  Surah ini  akhirnya memberi pencerahan untuk kita  semua memahami geopolitik dunia.  Amin.

Kesah bermula pada Rabu 20hb Julai 2016 di Washington DC. Seorang Minah telah membuat sidang akhbar. Minah ini telah diapit oleh  tiga   sosok. Sosok pengapit ‘ orang gagah’ ini tidak ada apa-apa hubungan dengan Gedebe New York. Adalah tidak benar berita mengatakan pengapit tiga orang ini berdiri sebagai pengawal pribadi kerana Minah ini  takut kena simin macam  yang telah  terjadi kepada Kevin Morais. Tidak benar. Semua ini hanya kentut dan khabar angin.

Minah ini wanita paling dihormati - paling berkuasa di Amerika Syarikat. Minah ini menjadi Minah ini kerana dilantik oleh Presiden Obama dari Rumah Puteh. Manakala sosok-sosok pengapit itu adalah    wakil Lembaga Daulah Amerika.

Minah ini bernama Loretta Lynch. Minah ini ialah Peguam Negara Amerika - sama macam Ghani Patail. Cuma  Loretta Lynch   membuat kerja tanpa disuruh  arah oleh Obama. Atau buat kerja kerana  dedak.

Sosok yang  mengapit ialah Pegawai Besar  dari  FBI.  Seorang lagi Pegawai Besar dari Jabatan Kehakiman Negara Amerika. Dan hadir sama ialah  Pegawai Siasatan Jenayah. Saya ulangi - Pegawai Siasatan Jenayah - Trial Attorney Criminal Division. 

Ada yang tak faham apa itu jenayah ke? Kalau tak faham sila tanya Ketua Twitter Negara atau Noh Omar. Mereka berdua ini amat  arif dalam hal jenayah menjenayah.  Noh Omar ada seorang adik bernama Mat Suka Buat Jenayah Susahkan Politik Abang. Manakala Ketua Twitter juga ada  seorang  adik yang bernama Mat Suka Nak Jadi Gebebe Macam Abang.

Rabu 20 Julai yang lalu menjadi satu sejarah dalam kes jenayah dunia telah dicatit. Jabatan Kehakiman  Amerika (JKA) telah mengeluarkan   Waran Rampas. Sila baca sekali lagi - waran rampas. 

Sidang akhbar Loretta Lynch ialah untuk mengumumkan kepada dunia tentang waran rampas yang telah disediakan oleh JKA. 

Faham atau tidak apa ertinya rampas? Rampas ialah mengambil sesuatu tanpa kebenaraan tuan yang empunya barang. Hebat. Cukup hebat JKA ini  - berani mengeluarkan waran rampas. R-A-M-P-A-S.
Kenapa rampasan ini menjadi sejarah dunia? 

Rampasan kali ini menjadi sejarah dalam dunia kerana  belum pernah dalam sejarah dunia harta bernilai 1 bilion dolar atau 4 bilion ringgit Malaysia akan dirampas dan disita oleh kerajaan Amerika. Belum pernah terjadi rampasan sabagini besar. Satu rekod dunia. Orang Belgium kata - jamais.

Malah harta Pablo Escobar ketua geng dadah kokain  Cartel Medellin dari Colombia yang dirampas di Amerika tidak sampai  berbilion dolar. Hebat. Gila babi kes  rampasan kali ini.

Juga  TIDAK pernah dalam sejarah Amerika - Peguam Negara datang ke sidang akhbar bersama pegawai  anti-jenayah, pegawai FBI dan pegawai kehakiman  negara. Kalau di Putra Jaya sidang akhbar   pada 20 Julai Rabu lalu  dihadari oleh Tan Seri Gani Patail, oleh Datuk Hamid  Bador dan Tan Seri Abu Kassim. Gila babi punya gempak.

Apa cerita sebenaranya? Apa kesnya. Apa sangkut paut dengan FLOM? Apa sangkut paut dengan  Mufti Pahang?  Ada apa dengan Najib?

Jabatan Kehakiman Amerika  akan merampas harta  yang pada ketika ini dimiliki oleh seorang  China Tembam  bernama Jho Low yang berasal dari Pulau Pinang. Harta milik Riza bin Aziz juga akan dirampas sama. Arahan JKA untuk merampas harta ini bukan hanya di Amerika malah diseluruh dunia.

Adalah dimaklumkan kepada saentaro alam bahawa rampasan tidak akan berlaku  dalam dua buah negara - Korea Utara dan Malaysia.

Belum pun sempat  Loretta Lynch duduk memanaskan kerusi pulang dari sidang akhbarnya - polis Switzerland telah merampas tiga lukisan milik China Tembam ini. Dua hasil  lakaran Monet dan satu kerja seni   Van Goh. Pihak berwajib Swiss merahsiakan dari mana mereka merampas lukisan ini.

Biasanya orang jahat atau orang  jahat menyamar baik akan menyimpan lukisan-lukisan dalam  peti besi milik bank. Ini dilakukan untuk keselamatan. Lukisan lukisan ini bernilai berjuta juta dolar dan harganya terus meningkat. Lukisan jenis ini dijadikan cagaran pelaburan oleh orang jahat  yang mengaku baik. 

Selesai berita lukisan - tetiba meletup  berita dari Temasik pulak. Harta Jho Low dan harta ayah China Tembam ini telah dibekukan oleh kerajaan Singapura. Harta  yang dibekukan berjumlah 240 juta dolar Singapura. Gila kaya China Tembam ini.

Bagaimana satu sidang akhbar di Washington DC  boleh merebak  ke seluruh dunia. Kenapa ianya berlaku sabagini rupa?

Semua ini ialah kes Najib. Semua ini kes  1MDB. Kes ini telah lama berjalan.  Sebelum Anwar Ibrahim masuk  penjara. Si Anwar ini pernah menimbulkan tentang ‘ kucar kacir’ dalam 1MDB dalam Parlimen. Ini lama dulu.

Kucar kacir putar belit dalam 1MDB ini telah lama berjalan. Anwar menimbulkan pekara ini  sebelum Justo ditangkap  di Bangkok. Ini sebelum Sarawak Report membuat pendedahan. Ini sebelum  wartawan The Edge dan MalaysianInsider ditangkap. Ini sebelum The Edge diharamkan dan MalaysianInsider dibedil.

Sila putar ingatan - dua tahun dahulu Minah bernama  Louise Story dari  The New York Times telah menerbitkan satu laporan panjang lebar tentang Najib, Jho Low, Riza dan putar belit ‘rompakan’ dalam 1MDB. Ramai kurang sedar tentang laporan ini. Sebenarnya ialah permualan keterlibatan kerajaan Amerika dan usaha untuk membedil  Najib.

Berita New York Times ini selari dengan laporan Portal Sarawak Report yang  berpusat di London. Portal  ini   telah berkali-kali membocorkan salah laku yang telah terjadi dalam 1MDB. Di Parlimen Tony Pua dan Rafizi telah berkali-kali menimbulkan salah laku yang telah, yang sedang dan yang akan berlaku dalam 1MDB. Malah Parlimen telah menubuhkan satu jawatan kuasa khas untuk menyiasat  kes  1MDB ini.

Pada 2013 - filem Wolf of Wall Street telah dibuat. Dana pelaburan membuat filem ini datang dari Riza Aziz dan Jho Low. Mereka berdua ini memiliki syarikat membuat filem di Los Angles. Duit  modal Riza  dan Jho Low ini datangnya dari 1MDB. Duit 1MDB ini diluluskn oleh Najib kerana Najib Menteri Keewangan. Sebagai Menteri Keewangan Najib mengendalikan dan mempengerusikan semua pelaburan negara. 1MDB ialah lembaga pelaburan negara. Khalas.

Wajib diberitahu kepada dunia bahawa Riza pula  ialah anak Rosmah.  Rosmah ialah suami Najib. Tapi Riza bukan anak bioloji Najib. Maka terbonggenghlah kesah  dan  cerita  Si Rosmah ini telah kahwin berkali-kali. Riza ini sah anak tiri Najib. Anak dari isteri pertama Rosmah.

Tapi ini  bukan gua buat fitnah. Semua ini  gua pungut dari isi  sidang akhbar Loretta Lynch. Semua yang gua tulis ini telah menjadi rahsia umum. Apa yang dituturkan oleh oleh Loretta Lynch hanya mensahehkan apa yang diketahui oleh rakyat dunia.

Bezanya  antara gua dan  Loretta Lynch  hanya dalam penggunaan kata sifat. Gua gunakan China tembam. Loretta Lynch tidak menggunakan kata sifat ini. Sebagai Peguam Negara Amerika si Loretta ini berhati-hati  dalam pemilihah kata sifat. Si Loretta  takut dianggap rasis dan politically incorrect. China Tembam ialah kata sifat dari gua bukan dari Peguam Negara Amerika. Jangan silap.

Gua nak beritahu bahawa KES RAMPAS - harta Riza dan Jho Low ini termuat dalam sebuah buku satebal  139  muka surat.  Buku ini adalah isi hujah awal dari JKA. Dari ucapan media  Loretta Lynch - siasatan telah lama berjalan. Mengikut kata Perguam Negara Amerika ini harta-harta saperti kondo  dan bunglow di Los Angles, apartment di London, dana pelaburan filem di Los Angles  - semuanya hasil dari duit  curi.

Kunci perkataan ialah DUIT CURI. Apabila Peguam Negara Amerika menuduh duit curi  maka siapakah  si Pencuri itu. Tidak dapat tidak dua orang yang terawal dituduh oleh JKA ialah China Tembam dan anak tiri Najib.

Ada orang lain ke yang terlibat dalam rompakan terbesar ini? Jawabnya ada. Satu  lagi nama telah muncul sebanyak 36 kali dalam buku satebal 139 muka surat ini. Nama yang disebut ialah Malaysian Official 1 - MO1. 

Malaysian - semua orang tahu ialah warga  negara Malaysia. Tetapi Malaysian Official 1?  Siapa? Ini yang menjadi tanda tanya. 
Pelik  binti Hairan - apakah kerana Loretta Lynch menyebut nama Malaysian Official 1 maka Rosmah Mansor merasa dirinya sedang dicari oleh FBI.  Ini kerana Rosmah ialah  FLOM -  Fat Lady of Malaysia... ooops silap ... First Lady of Malaysia. First ialah One. Apakah First Lady itu ialah Malaysian First? Jika betul  apakah Rosmah sedang dicari oleh FBI?  Tunggu minggu depan. Jeng jeng jeng. (TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45


----------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak cerita pasal MAT LOL dan SI BADAK panjang ber jela jela macam UTUSEX pulak

Kentut Kentut Ber Kentut Kentut pun tak habis baca

Apa kah NAJIS aka TAIK aka SHIT begitu penting dalam ILMU KENTUT ????

Kalau tak pening Mat LOL aka Mat Bahalol

OBAMA pasti dapat STROKE kalau gelumang dengan NAJIS ini

Tanpa Nama berkata...

Budaya kleptokrasi dah dieksport ke negara luar?