.

Selasa, 6 September 2016

BACA SENDIRI







LU BACA

SENDIRI LAH

APA TEORI 

UNITED FRONT




Isham: Penyatuan Dr M-Anwar ke arah barisan bersatu

Pertemuan semula bekas Perdana Menteri  Dr Mahathir Mohamad dan seterunya  Anwar Ibrahim bakal membuka jalan ke arah pembentukan 'barisan bersatu'.
Aktivis Hishamuddin Rais berkata 'penyatuan' itu dianggap bersejarah bagi meninggalkan beban masa lalu dan bergerak ke hadapan dengan matlamat yang sama.
"Ia mengembalikan kita kepada asas perjuangan dalam satu barisan bersatu," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.
Mahathir muncul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam untuk menghadiri prosiding permohonan Anwar bagi mencabar akta kontroversi Akta Keselamatan Negara 2016.
Mereka berdua menyambut antara sama lain dan berjabat tangan di mahkamah. Mahathir kemudian dilihat menepuk bahu Anwar.
Langkah itu dilihat mereka yang hadir di mahkamah sebagai sokongan moral Mahathir kepada Anwar dengan objektif sama menentang Akta MKN.
Mengulas mengenai perjumpaan itu, Hishamuddin berkata: "gambar Mahathir dan Anwar adalah simbol menyatukan semua kuasa dan usaha ke arah Malaysia baru.
"Matlamat sama adalah menjatuhkan (perdana menteri) Najib (Razak), untuk menangkap, menahan dan menyaman MO1," katanya.
Hishamuddin disoal siasat oleh polis pagi ini berikutan himpunan #TangkapMO1 pada 27 Ogos lalu bersama-sama Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, Datuk A Samad Said dan Rozan Azen Mat Rasip.
Maria dan Hishamuddin disoal di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, manakala dua lagi disiasat mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman.

GUA TAK MAHU

KOMEN APA2

MAMAT NI

CAKAP





--------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selain azmin sebagai contact person atau mediator, siapa lagi sorang sebelah dia yang beriya enter frame tu, yang macam mamak pakai tarbus tu??? Macam orang penting je rapat kat situ berbanding peguam surendran pun jauh di background...

Tanpa Nama berkata...

Hanya ANWAR DAN TUN saja dapat buat negara kita maju macam 1980-1990

Yang lain lahanat saja

ANWAR TUN dapat buat 1DOLAR 1RENGGET

Dah buat dulu pun , pasti boleh buat lagi

Tanpa Nama berkata...

kih kih kih...

dulu "Mahafiraun"...

sekarang "namoon lowbhang heydhong moo thathap manjadey phoojaann hatey koo"...

kih kih kih...

Tanpa Nama berkata...

tu teori politik samdol.....teori sebenar tuuuuut.....propa,propa....propa kau orang dah tahu samdol...sedar lah samdol....dunia ni kau nampak dedak sahaja