.

Sabtu, 17 September 2016

DARI LIDAH PENGARANG








DARI LIDAH 

PENGARANG

hari ini khadem al-qubaishi
telah ditangkap di abu dhabi
ini bersangkut dengan 1MDB
ini berkait dengan  tindakan
DOJ yang  akan membuka 
kes mendobi duit ke amerika

pada bulan september 
tarikah belum ditetapkan
riza aziz anak najib
jho low kawan anak najib
akan di hadapan  ke mahkamah L.A
besar kemungkinan mereka berdua
tidak akan hadir

jho low diberita hilang di  tanah besar china
manakala anak najib telah kelihatan di kl

kes 22 ogos yang lalu ini ialah
untuk menjawab tuduhan DOJ
ini dialih ke bulan september
dimana harta lebih dari 1 bilion dolar
telah dimiliki melalui jalan gelap
melalui  curian duit 1MDB
malalui songlap
melalui rasuah

ini kes 1MDB yang dinyatakan 
oleh Puan Loretta Lynch Peguam Negara Amerika

di switzerland 
peguam negara swiss sedang
merancang untuk membuat tangkapan

jelas kelihatan kes 1MDB
telah masuk ke babak ke dua
tapi belum sampai  ke penghujung

persoalan ialah apa akan terjadi kepada najib

dalam laporan 136 muka surat DOJ
nama MALAYSIAN OFFICIAL 1
telah muncul sebanyak 36 kali
sosok MO1 ini pastilah najib
bukan Yang DiPertuan Agong
saperti tuduhan yb dari langkawi

najib sedang dikepong
najib sedang terdesak
bolehkah najib menyelamatkan diri?
apa yang akan najib lakukan?
jika berhenti dari menjadi Malaysian Official 1
najib akan ditangkap
najib akan didakwa
najib akan dipenjara

justeru untuk selamat najib wajib
terus menjadi Malaysian Official 1
najib wajib terus jadi PM

maka: 

1 - najib membuat piliharaya ke 14
sacepat mungkin

2 - najib akan tipu keputusan PRU14
untuk buktikan kepada amerika
pekada dunia dan rakyat malaysia
bahawa najib  dapat sokongan rakyat

atau

3 - najib  meminta suaka politik di saudi

4 - najib lari ke  kazakhtan


maka PRU14 bukan satu pilihanraya
tapi satu helah 
satu kerja politik
untuk menyelamatkan najib

sidang pengarang tukar tiub
tim tukar tiub sebulat suara
berpendapat najib akan menang besar
najib akan dibuktikan
mendapat sokongan besar dalam PRU14

kejayaan najib melalui jalan tipu
sama saperti yang berlaku dalam PRU13

ketika ini
semua jentera SPR sedang bergerak
semua jentera SPR sedang menyusun
segala tipu helah sedang diatur
untuk memastikan najib terus menang

sebaik sahaja selesai kerja-kerja SPR
maka najib akan memanggil PRU14

sidang pengarang tukar tiub
memberi ingatan awal kepada
pakatan harapan agar jangan bermimpi
jangan berangan-angan 
untuk menang PRU14
ingat dan sedarlah PRU14
adalah penyelamat najib
dari masuk penjara

amin




-----------------

8 ulasan:

Nazrio Dond DoLLa berkata...

Jangan fitnah
Riza Aziz bukan anak Najib

Tengok ko bin dah tahu
Dia anak Aziz bersama janda
Kemudian Aziz meninggalkan janda
Maka janda itu menjanda semuLa
Hidup menjanda memang banyak
Fitnah dan dugaan sehingga Lah
PangLima dan pahLawan Bugis
Membersihkan debu2 yg berada
tepi Lobang daLam Lobang fitnah
Suci dan berpahaLa Lah Najib
Kedua Laki isteri

Tanpa Nama berkata...

Kalau tuan pergi ke mekah
Boleh singgah di abu dhabi
Kalau tuan sayang tanah tumpah darah
Sama-sama tangkap penjenayah 1mdb

Kalau tuan singgah di abu dhabi
Boleh terpegun tengok kereta mewah
Jelas haram kalau makan babi
Lebih haramjadah makan rasuah

Kalau terpegun dengan kereta mewah
Lebih teruja bila polis naik ferrari!
Lebih celaka pemimpin pecah amanah
Tangkap cepat jangan biarkan lari!

Tanpa Nama berkata...

SPR harap tak buat kerja laknat. Tipu pilihanraya menang di dunia tp terbakar di akhirat. Najib pun bukan boleh tahan lama sgt. Soon dia akan mati, adakah berbaloi buat kerja tipu semata2 utk survival Najib . Fikirkanlah

usop ali berkata...

survival pegawai pengawai spr gak...sama spesis bagi anak bini makan reziki cam ni...konon nya demi melayu...ini la akibat kebodohan manusia..tak tahu buruk dan baiknya....hidup menyusahkan org jer...celaka la...manuasia manuasia begini...harapkan pagar pagar makan padi....peribahasa nenek moyang kita. jangan dilupa...kena batang idung nanti baru korang tahu....

Tanpa Nama berkata...

Tak boleh kira juga bang. Tak ada jaminan Najib boleh selamat dengan terus menjadi MO1. Ingat peristiwa tahun 1989 yang menimpa Presiden Manuel Antonio Noriega dari Panama, yang dituduh terlibat dengan pengedaran dadah. Apabila Noriega mengabaikan desakan US agar meletak jawatan dan menyerah diri, US telah melaksanakan sekatan ekonomi dan mengepung Panama. Setelah beberapa lama, bala tentera US akhirnya menyerang Panama dan menggempur bandaraya Panama City semata-mata untuk menangkap Noriega.

Jangan main-main dengan US bang. Saya tak kisah jika Najib diberkas kerana salah laku berkaitan 1MDB, AG ditangkap kerana melindungi Najib dan Rahman Dahlan akan ditahan bersama Salleh Said Keruak kerana bersubahat dengan Najib. Tetapi yang akan jadi mangsa terlebih dahulu ialah rakyat jelata. Bayangkan jika Malaysia dikenakan sekatan dan KL diserbu bala tentera US. Ahh, ngerilah! Malas nak cakap lebih-lebih...

Nazrio Dond DoLLa berkata...

Jangan Pengarang Ludah sudah Laaa

Tanpa Nama berkata...

Takat Obama ngan Clentit, sori la. Time tu Jorge Bush kaki perang, mmg cari nahas la.

Mengkala Trunk naik, pun x jadi jugak. Banyak polisi dalaman dia nak tackle dulu. Mungkin slps 7 tahun jadi Presiden, kot2 time ni baru nak bertindak. Sbb politik mileage successor dia.

Norega tu balaci US. Keje ngan CIA. Dia yg buat palat ngan Bush. Habis kuncu2 bisnes Bush dan CIA di Panama dipotong kepara. US terpaksa masuk guna alasan dadah dan rasuah juga kepentingan bisnes minyak, tanah dan air Keluarga Bush juga. Mcm kes Sadam Husein gak.

Bush ni otak mcm Madey jugak. Tapi Bush lagi cerdik 50x ganda Madey. Tahun lepas, dia beli tanah di kawasan separa kering Paraguay 300,000 ekar? Kowtim baik dari zaman Gonzales hingga ke Cartes. Haha.. untuk apa ya? Kalo nko dan gua, satu relung pun x terbeli, inikan pulak 1 ekar kawasan kering. Jangan sembang lagi bisnes minyak Bush di US.

Najib akan terus selamat selagi rakyat terus lena tidur. Y turun jalan raya tu, cuma x dpt melancap saja Sbb x dpt melancap tu la yg derang marah.

Tanpa Nama berkata...

Tapi kan bang, Ferdinand Marcos dulu lagi hebat. Dia dibenci rakyat kerana dianggap sebagai penyebab kemelesetan dan kemerosotan Filipina. Dia juga telah membunuh Benigno Aquino yang menjadi lawan politiknya. Namun dia menang juga pilihan raya Presiden, walaupun keputusan pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR Filipina itu diragui, terutama oleh badan bebas pemantau pilihan raya seperti NAMFREL. Hakikatnya Marcos kekal berkuasa kerana angkatan tentera masih menyokongnya.

Walaupun begitu, Marcos akhirnya jatuh juga apabila angkatan tentera berpecah, selepas dia bercadang hendak menangkap menteri pertahanan dan ketua turus angkatan tentera yang tidak lagi mahu menyokongnya. Apabila keadaan semakin tegang akibat kebangkitan rakyat, pihak US telah memujuk Marcos dan isterinya menaiki helikopter tentera udara dan menerbangkannya keluar dari Istana Malacanang. Selepas Marcos keluar, calon Presiden 'yang kalah' telah diisytiharkan sebagai Presiden baru.

Tidak mustahil Najib juga boleh menerima nasib yang sama seperti Marcos jika dia degil. Tidak mustahil Najib dan Rosmah akan 'diterbangkan' dari Putrajaya oleh tentera US ke Pulau Guam untuk menghadapi nasibya.