SATUKAN
TENAGA
SINGKIRKAN
NAJIB
'Pemimpin Umno sekarang tak boleh buka mulut'
SEREMBAN - Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menggesa orang ramai menyingkir Najib dan Barisan Nasional (BN).
Katanya, Umno dan BN kini sudah menjadi 'parti Najib' dan bukannya parti untuk memperjuangkan rakyat.
"Pemimpin dan wakil rakyat Umno sekarang tak boleh buka mulut dan tak berani cakap benar.
"Sebab itu saya berpendapat singkir Najib sahaja tidak guna, kita kena singkir parti yang dia pimpin.
"Parti yang dia pimpin sekarang bukan parti yang ditubuh dahulu dengan tujuan untuk agama, bangsa dan tanah air tetapi hari ini dengan tujuan Najib kekal sebagai Perdana Menteri," katanya dalam ucapan Jelajah Selamatkan Malaysia Bicara Rakyat Bersatu di Surau Hitam, Ampangan, di sini, malam tadi.
GARIS
UNITED FRONT
MAKIN JELAS
SATUKAN
TENAGA
---------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan