.

Sabtu, 18 Februari 2017

LAPORAN KUTIPAN DANA BAKTI VAN DJKL





LAPORAN HARI INI
Laporan 1MDB. Laporan Audit 1MDB dah keluar atau belum? Kenapa laporan kewangan beli sebijik van roti 1800cc dah keluar? Hari pon belum siang. on LAPORAN DERMA BAKTI VAN DAPUR JALANAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 2/18/17

LAPORAN 

HARI INI

DANA MASUK

1,780 RINGGIT

TERIMA KASEH


DAPUR 

JALANAN

KUMPUL 

DANA NAK

BELI VAN

MEMINTA BANTU

DERMAWAN


Dana bakti Van Dapur Jalanan KL 2017
1. Setelah saban minggu, semenjak dari awal operasi tim DJKL kami sering menghadapi masalah logistic untuk urusan-urasan mingguan DJKL. Kini kami merasakan keperluan untuk kami memiliki pengangkutan  sendiri bagi melicinkan lagi urusan mingguan DJKL. 

2.  Banyak program-program lain yang sedang berjalan dan sedang dirancang. Antaranya seperti projek kelas tuisyen bersama anak masyarakat temuan di SK Bukit Lanjan iaitu kelas Jati, yang turut memerlukan bantuan pengangkutan untuk menggerakkan sukarelawan & melincinkan operasi kelas Tuisyen. 

3. Dari 11 februari hingga 30 April 2017. Durasi 79 hari kempen. Kami mensasarkan Van second hand (Jenama Hiace) dengan anggaran jumlah RM 50k untuk dikumpul. 
  
4. Setiap sumbangan untuk setiap pakej akan disertakan cenderamata seperti yang tertera dalam poster.

5. Transaksi hendaklah dilakukan melalui akaun bank rasmi DJKL – 
CIMB: SPKL collective  
Akaun: 800 172 7849

6. Emailkan bukti transaksi (resit) ke editorial.djkl@gmail.com berserta details NAMA PENUH, NO TELEFON, ALAMAT SURAT MENYURAT atau details ini boleh diisi di Google Forms #danaBakti 

https://docs.google.com/forms/d/1dg1FsBbo3li_3VwRiYt3Yc_IvAiu3hucGC19IlZWeR8/

7. Anda juga boleh membuat pendanaan terus dengan cara berjumpa kami setiap ahad dari jam 2 petang hingga 7 malam di Bangsar atau di Jalan Panggung. Menyumbang pada hari itu & terus boleh bantu sumbang tenaga.

8. Jika ada sebarang pertanyaan mengenai kempen ini boleh hubungi number tak rasmi kami – 0197982869 (sidikin) atau 0192671285 (ezzuandi) atau email ke editorial.djkl@gmail.com 

9. Banyak yang sedang dirancang, banyak yang sedang diatur. Van ini akan menjadi sebahagian dari gerak kerja utama kami nanti. Sokongan dari anak semua bangsa amat kami harapkan!

MENGGEMBLENG ANAK MUDA UNTUK MALAYSIA YANG CERAH

DAPUR JALANAN KUALA LUMPUR
15 FEBRUARI 2017


----------- -------------------

Tiada ulasan: