Rabu, 5 April 2017

LAGI DITANGKAP AKTA HASUTAN









FACE BOOK

Perkembangan Terkini Kes Ahmad Taufik Bin Mohd Ali (Akta Hasutan)

Saudara Ahmad Taufik belum didakwa dan penahanannya adalah untuk tujuan siasatan pihak Polis. Saudara Taufik telah dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan Reman di hadapan Majistret Dain Fazlin pada jam 11:30 pagi ini. Pihak polis telah memohon untuk mendapatkan reman 4 hari bagi menjalankan siasatan & mengambil keterangan. Majistret telah meluluskan reman selama 2 hari.

Saudara Taufik telah diwakilkan oleh Peguam Chan Yen Hui. Merujuk kepada peguam, penahanannya dibuat berdasarkan satu laporan polis yang telah dibuat terhadap Taufik atas dua kenyataannya di laman sosial Facebook dalam isu tiga kanak-kanak mati lemas di bekas lombong bauksit.

Saya dimaklumkan bahawa terdapat beberapa laporan polis yang telah dibuat di sekitar Malaysia terhadap Taufik atas isu yang sama (kenyataaannya di laman sosial Facebook). Ini bermaksud saudara Taufik mungkin akan ditahan bila-bila masa untuk siasatan laporan polis yang lain.

Angkatan Muda KEADILAN Pahang mendesak Kerajaan Barisan Nasional supaya mengotakan janji Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2012 dan memansuhkan Akta Hasutan 1948. Akta Hasutan bukan sahaja bertentangan dengan Artikel 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bahawa “setiap rakyat mempunyai hak kepada kebebasan bersuara” malahan kelihatan berunsur menyekat netizen daripada bersuara secara bebas.
Wong Chun Yuan
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pahang
010-9020925



-------------

Tiada ulasan: