.

Rabu, 24 Mei 2017

KENYATAN MEDIA PKR




KENYATAAN MEDIA

Biro Politik KEADILAN malam ini telah mendengar taklimat dari YAB Azmin Ali, Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden KEADILAN, berhubung situasi di Negeri Selangor ekoran keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membatalkan tahaluf siyasi di antara PAS dengan KEADILAN.

Biro Politik KEADILAN mengambil maklum penjelasan yang diberikan  Menteri Besar Selangor bahawa, walaupun mereka bukan sebahagian dari Pakatan Harapan, kesemua 13 Ahli Dewan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dari PAS telah bersetuju untuk terus menyokong dasar bersama Kerajaan Negeri Selangor berasaskan Buku Jingga, dan meneruskan keyakinan terhadap kepimpinan Azmin Ali.

Biro Politik KEADILAN turut bersetuju dengan pendekatan Y Menteri Besar Selangor untuk menjamin kestabilan Kerajaan Negeri menjelang PRU 14 dan meneruskan usaha membangunkan Negeri Selangor selaras dengan mandat besar rakyat pada PRU 13.

Biro Politik KEADILAN yakin terhadap kepimpinan  Azmin Ali untuk terus menerajui Kerajaan Negeri sebagai  Menteri Besar Selangor dan melaksanakan pembangunan negeri demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Selangor.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

23 Mei 2017





--------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

The gentlemen versus the desperadoes.