AMAT PELIK
SALAWAT
PALING MAHAL
NAPA SPRM
BUAT DEK
BUAT BUAT
TAK TAHU
Bila SPRM nak siasat Exco Kedah beri tanah pada anak pinak, soal Bersatu
Agaknya bila lagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) akan bertindak terhadap salah seorang exco Kedah yang telah menyalahgunakan kuasa dengan meluluskan tanah kepada anak pinaknya di Merbok, Kedah.
Janganlah apabila begitu hampir dengan pilihan raya umum barulah tindakan sandiwara akan bermula.
Demikian pertanyaan yang dilontarkan oleh Ketua Pendaftar Keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Kedah, Mejar (B) Anuar Abdul Hamid ketika berucap dalam program isu semasa di Taman Ria, Sungei Petani kelmarin.
Malah katanya, isu ini telah pun didedahkan sebelum ini, namun begitu belum ada apa-apa tindakan yang diambil terhadap exco yang masih berada dalam kabinet kerajaan negeri Kedah.
"Tanah yang dianugerahkan kepada anak-anak exco ini adalah tanah berdekatan dengan Universiti AIMST di Merbok.
"Exco ini sepatutnya disiasat dan dibawa ke muka pengadilan bagi diadili.
"Namun begitu, sehingga kini, tiada apa-apa perkembangan yang menunjukkan bahawa kerajaan sedang berusaha untuk mengmabil tindakan terhadap beliau, " jelasnya lagi.
Katanya lagi, selain itu siasatan juga harus dilakukan keatas dakwaan yang mendakwa sebanyak RM5 juta telah digunakan untuk program Selawat Nabi.
"Apakah program yang melibatkan pimpinan Umno Bahagian di Kedah ini juga akan terlepas dari siasatan dan diadili.
"Masakan program selawat pun menelan belanja yang begitu besar sehingga mencecah RM5 juta.
"Kerajaan tidak harus mengamalkan sikap 'double standard' apabila ada isu yang melibatkan salah laku pimpinan Umno dan BN," tegasnya lagi.
Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri pimpinan Ahmad Bashah harus membuktikan bahawa kerajaan Kedah yang sedang dipimpin oleh beliau adalah sebuah kerajaan yang sifar rasuah dan korup.
Selain itu katanya terdapat beberapa lagi kes penyelewengan dan salah guna kuasa yang belum diselesaikan oleh kepimpinan Umno dan BN.
"Banyak projek pembangunan yang mereka rencanakan juga tidak memberi perhatian kepada keperluan penduduk.
"Kerajaan BN Kedah juga tidak mendengar rintihan rakyat dan suara hati mereka yang merayu simpati.
"Sebaliknya isu seperti pengambilan tanah di Bukit Pinang dan tambakan laut di Kuala Kedah sehingga menjejaskan pendapatan nelayan juga tidak diberi pertimbangan yang sewajarnya, " ujarnya lagi.
Dengan itu katanya, rakyat Kedah mesti bangkit dan membuat perubahan dengan segera tanpa memberi sedikit pun rasa simpati kepada Umno dan BN.
Tambahnya lagi, mandat juga tidak harus diberikan kepada mana-mana parti yang turut bersekongkol dengan Umno dalam pilihan raya umum ke 14 yang akan datang tidak lama lagi.
PASAL APA
SELAWAT
HARGA 5 JUTA
WOW...
SALAWAT DEPAN
KAABAH PUN
TAK SAMPAI
MACAM INI
---------------
5 ulasan:
Melayu Spesis Umngok ni hanya BERTUHANKAN DUIT SAJA.APA DIAORANG PEDULI.YANG PENTING DEPA NI BAHAGIA ATAS DUNIA.KUASA DUNIA DEPA PEGANG.TUNGGU JER LER BILA NAK MAMPOS BARU NAMPAK DOSA YANG DEPA BUAT BARU LER KENAL SIAPA TU ALLAH SWT.
Semua ada masyoookkkkkk lah
Mana ada yang puasa senin ahad....
Kenyang ajja bah
Inikah kesah selawat bangsawan, siapa yg berseliwat rawat masatuh
Kes duit pulohan juta berlambak atas meja apa kesudahannya.. Siapa pengarah sprm sabah masatu & masani
Patutla berselawat mcm nak rak. Ada masyuuukkkkk
Catat Ulasan