.

Selasa, 13 Jun 2017

KES CHINA TEMABM






KES 1MDB

KES CHINA

TEMBAM TIPU

MELAYU
DoJ juga memfailkan saman pada Julai 2016 untuk merampas lebih kurang AS$1 bilion (RM4.4 bilion) aset- seperti hasil seni dan hartanah di New York dan Los Angeles- yang dipercayai dibeli menggunakan wang yang dirompak daripada 1MDB, menjadikan ia kes terbesar menerusi Inisiatif Penyitaan Aset Kleptokrasi (KARI).

Low, menurut DoJ, ialah susuk utama dalam sebuah plot yang didakwa merompak berbilion wang daripada dana pelaburan Malaysia itu. Dia dipercayai menjadi orang kepercayaan Perdana Menteri Najib Razak yang didakwa individu di sebalik gelaran “Malaysian Official 1” yang disebut DoJ dalam saman yang difailkan Julai tahun lepas.

Pejabat di Mayfair, yang dibeli dengan nilai £42 million pada 2014, ialah ibu pejabat Myla, syarikat pakaian dalam Britain yang dimiliki Low, kata jabatan itu.

“Low membeli kepentingan di kondominium mewah dan pangsapuri Stratton menggunakan dana 1MDB,” kata DoJ.

“Low menggunakan dana yang dikenalpasti berpunca daripada 1MDB yang disalah urus untuk membeli pejabat di Stratton,” WSJ memetik kenyataan pemfailan itu.

April lepas, penyelesaian timbang tara antara 1MDB dan dana Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) berjaya dilakukan di London.

“Menerusi terma penyelesaian itu, IPIC akan menerima AS$602.7 juta menjelang 31 Julai 2017 dan bayaran seterusnya sebanyak AS$602.7 juta menjelang 31 Disember 2017,” kata IPIC.

Kedua-dua pihak akan meneruskan perbincangan sehingga Disember 2020 tentang AS$3.5 bilion yang berkaitan dengan dua bon, dan tiada tindakan undang-undang akan dilakukan.

Juga dilaporkan bulan lepas yang bekas ketua syarikat minyak milik Emiriah Bersatu IPIC sedang berusaha sedaya upaya untuk mencari mereka yang bertanggungjawab mendedahkan maklumat mengaitkannya dengan skandal 1MDB.

Khadem Al Qubaisi yang merupakan pengarah urusan IPIC dilepaskan daripada jawatan serta merta pada April tahun lepas selepas kerugian 1MDB tidak dapat disembunyikan lagi daripada pengetahuan Abu Dhabi pada 2015.

Di bawah pentadbiran Khadem, IPIC memberikan jaminan bon 1MDB bernilai AS$3.5 bilion pada 2012. IPIC sejak itu sudah berjaya mendapatkan penyelesaian timbang tara dengan 1MDB di London.

Tetapi bagi Khadem pula, semuanya bermula pada 2015 apabila dia sedaya upaya mencari dua lelaki yang cuba memeras ugutnya supaya membayar AS$60 juta sebagai balasan mereka tidak mendedahkan maklumat tentang 1MDB.

Bagaimanapun, menurut laporan Intelligence Online, dua lelaki tersebut, bekas setiausaha peribadinya berketurunan Perancis-Algeria Racem H dan bekas pekerja Khadem rakyat Perancis-Israel Albert L sudah memfailkan aduan di Paris dan Algiers menuduhnya cuba mendiamkan mereka. – 13 Jun, 2017.

MELAYU

MASIH TAK

SEDAR CHINA

SEDANG 

REMBAT 

TANAH BUMI

MELAYU



----------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Menerusi terma penyelesaian itu, IPIC akan menerima AS$602.7 juta menjelang 31 Julai 2017 dan bayaran seterusnya sebanyak AS$602.7 juta menjelang 31 Disember 2017, kata IPIC.
Ooooooo....patutlaaaaa... Sekarang depa letak syarat baru kenakan cukai bila duduk hotel... Dan nazri samseng ego tak jadi tidak mau jugak mulakan 1 julai ni... Sebijik sama macam gst dulu, tak jadi tidak menteri umno mau jugak mulakan 1 april... Kalau lambat lepas 1 julai baru mulakan, tak sempat la kutip secukupnya nak serah kat ipic rm2.5bilion hujung tahun!! Ok, masa matematik! Ada 270 ribu bilik hotel seluruh malaixia. Purata kadar penggunaan bilik hotel cuma 60%. Ada 180 hari dari 1 julai ke hujung tahun. Katakan purata cukai bilik hotel yang dikenakan ialah rm10 setiap bilik setiap hari. Jadi jumlah kutipan cukai dari 1 julai ke hujung tahun dianggarkan = 270,000 x 0.60 x 180 x 10 = rm300 juta. Ummmm....taklah banyak sangat untuk cover keseluruhan jumlah nak serah pada ipic...tapi banyaklah tuuuu...sebab tu baru 1 komponen, sebagai pencukup kuota je, banyak lagi komponen lain boleh rembat...

Dragonfly berkata...

Cina tembam ni anak jibby dgn siapa pulak??? Siapa yg kandungkan dia, bertuah badan. Sampai bankrap hingga nak terlondeh Mesia angkara dia, Reza & makbonda Rossy