BAYANGKAN
INI SALAH
GUNA KUASA
DUA RIBU $$$
NAJIB REMBAT
DUA BILION
BERAPA LAMA
AKAN KENA
PENJARA
'Harap hukuman ini menjadi kifarah' - Hakim
PENGETUA sekolah menengah dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM40,500 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini, atas tuduhan salah guna kuasa membabitkan RM6,591, tahun lalu.
Hakim Rozilah Salleh memutuskan hukuman itu terhadap Norliza Mat Radzi, 49, selepas membuat penilaian maksimum dan mendapati pihak pendakwaan membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang juga Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Raja Zarina, Pelabuhan Klang, didakwa memilih syarikatnya iaitu Orean Collection untuk membekalkan bahan bantu mengajar berjumlah RM2,091 melalui pesanan sekolah.
Bagi dua pertuduhan berikutnya, Norliza melakukan kesalahan sama membabitkan bekalan tuala kecil berjumlah RM500 dan bekalan lima pakej hamper, set fail dan alat tulis, medal perasmian serta dokumentasi berjumlah RM4,000.
Semua perbuatan itu dilakukan di sekolah berkenaan antara 12 Februari hingga 13 April tahun lalu.
Justeru, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Ketika membaca penghakimannya, Rozilah berkata tertuduh menyalah gunakan jawatannya sebagai penjawat awam dan elemen berkaitan suapan sememangnya wujud di dalam kes berkenaan.
"Matlamat tidak menghalalkan cara. Tertuduh sebagai pengetua seharusnya memberi tauladan kepada anak bangsa supaya mengikut peraturan.
"Saya harap hukuman ini menjadi kifarah kepada tertuduh. Saya mengadili kes ini berdasarkan segala hujahan dan fakta yang ada," katanya.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman penjara terhadap tertuduh sementara menunggu proses rayuan.
Namun, tertuduh dikehendaki membayar denda RM40,500 serta ikat jamin sebanyak RM20,000.
Norliza diwakili peguam bela Mohd Tajuddin Abdul Razak manakala kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Hazirah Azman.
PELIK TAPI
BENAR
CIK GU
KOPERAL
OPIS BOY
SELALU KENA
HUKUM
KES NAJIB
KES BAGINDA
KES BUNUH
KES CURI
BILION BILON
TAK PERNAH
MASUK
MAHKAMAH
OH MALAYSIA
-----------------
5 ulasan:
ini semoa kabel karat ponya fasal!
nenek moyang pakai kabel besi...
atuk nenek pakai kabel besi....
mak bapak pakai kabel besi....
anak anak pakai kabel besi...
cucu cicit pakai kabel besi...
makin lama makin karat....
makin lama makin rapuh....
makin lama makin nipis...
entah bila akan putus??????
Memang begitu la negara yang mengamalkan rasuah...si ikan bilis selalu jer kena...pembesar pembesar hakim hakim besar yang bela...apa sudah jadi dgn hakim ni...belajar jer tinggi...amalan puak penjajah dia patuh...amalan demokrasi hakim hakim lupa ker...tidak takut ke pada Allah....Memang celaka...la
Pelik. Macamana nilai suap melonjak ke rm8ribu? Nilai denda 5x nilai kena suap, denda rm40ribu. Yang dilapor nilai projek rm6.5ribu, sahaja. Tak sampai pun rm8ribu. Itu pun kira nilai projek. Bukan nilai kena suap. Nilai kena suap bukankah nilai masuk poket dia (atau untuk separuh orang lain, masuk akaun dia) maknanya tak kira nilai kos projek dan nilai lain seperti keuntungan pada syarikat yang dapat projek (OK la dalam kes ni syarikat tu pun dia sendiri punya jadi semua keuntungan bersamaan nilai suap masuk poket dia tapi keuntungan je, tak masuk kos barang dan upah pekerja). Mana la datang rm40ribu tu? Pelik. Tapi benar?
Di dalam dunia yg suci bersih drp korupsi mmg patut cikgu, koperal atau kerani kena hukum atas perbuatan rasuah atau salahguna kuasa. Tapi dlm suasana peg eksekutif, ceo, pengerusi sykt, menteri hingga ke pm pun songlap jg, kesian asyik org2 bawahan sj kena hukum. Bgmn conscience ketua sprm? Allah akan tanya kamu. Kes kem. KJ 100 juta ada siapa kena hukum? 1mdb tak payah sebut
Barang suppLy ikut spek, Barang antar ikut time, tak payah Lah suci dan sakraL Serta Christ sangat., Ampong kan Saja, pop Benedict pun ampun umat Roman Catholic
Catat Ulasan