.

Sabtu, 1 Julai 2017

LANGKAH BIJAK





LANGKAH

AMAT BIJAK

TANAH BESAR

MELAYU

ALU-ALUKAN

KESEDARAN

DAH SAMPAI

HIDUP

NASIONALIS

DAYAK IBAN



Perjanjian 1963: S'wak hantar peguam ke London  

Sarawak menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963) bagi menentukan hak-hak sebenar negeri ini yang termaktub di bawah perjanjian tersebut.

Ketua Menteri Tuan Haji  Amar Abang Johari Tuan Haji Openg berkata pasukan peguam berkenaan diketuai Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

“Memang kita teruskan usaha Tok Nan (bekas Ketua Menteri Allahyarham Tan Sri Adenan Satem) untuk medapatkan hak kita yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia. Sebab itu kita hantar Sharifah Hasidah dan kumpulan peguam ke London untuk melihat dan mencari rujukan,” katanya.

Berucap pada majlis ramah tamah Hari Raya Aidilfitri Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) malam tadi, Abang Johari bagaimanapun tidak menyatakan bila dan tempoh masa pasukan berkenaan berada di London.

“Perjanjian ini bukan sebarang perjanjian, kita mahu dapat fakta-fakta yang betul. Sebab apabila kita hendak menuntut hak, kita mesti buat ‘homework’, kalau tidak, kita tembak (tuntut) sebarangan, susah,” jelas beliau.

Pada masa sama, kajian yang betul perlu dibuat dan melihat mana-mana peruntukan yang harus dipertahankan, katanya.


BIJAK BIJAK

SELAMA INI

SABAH 

SARAWAK

GANGGU

UNDI

BAGI NAJIB

BERKUASA



-----------------------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hooreh!
hooreh!!
yip yip hoorey!!!

gasak MALAYA kaw kaw kaw sama dia!
sokong GASAK malaya, tendang sampai putar jaya terbalek!
sampai putar jaya KARAM terus............

1msia berkata...

hanya mainan peminpin2 komponen parti bn di sarawak utk raih undi pru14 dari PH. krn tdk blh lagi harap menang pru14 dgn bn yg tercemar 1mdb. dlm masa yg sama agar paksa dpt konsesi lebihan dari putrajaya. wahai rakyat sarawak jgn tertipu. rombongan meneliti & merujuk ke London olok2 je. lepas PRU14 akan tertinggal & dilupakan nanti. tujuan semata2 utk terus memimpin sarawak.

Tanpa Nama berkata...

1. Tolong jgn umumkan nama2 peguam ni.
2. Terbang ke UK jgn naik kapalterbang yg sama.

Tau la kan, ni malaysia bang, mcm2 boleh hilang kikiki.

Tanpa Nama berkata...

terbaru pemuda diseru mempertahankan parti presideng kah kah kah kena seru, kena rayu kena pujuk kena bagi dedak...parah ini kah kah kah level tong taik...busuk sampai akar umbi...ahli meluat luat...diam diam ambik dedak, diam diam terima kurma, diam diam ada. masyuk...nak pertahan apa? berlian ker atau intan? beg tangan atau cincin? bunuh atau rogol ? hari hari kena serang macam rimau kah kah kah...waspada apa mahathir cakap...piem 22 twhun...dia boleh baca langkah awal, langkah akhir... atau ada derhaka hang jebat bersama...bodoh hang tuah bunuh jebat...patut bunuh saja tuan punya angkara kah kah lah

Tanpa Nama berkata...

Pi siasat ke atau makan angin ? sampai kiamat tak akan ada perubahan melainkan tukar pemerintah .

Kualangi Pamilaan berkata...

Doris Jones dan Daniel John Jambun sudah pun ada dokumen asli labon pembentukan Grand scheme Unitarian sistem persekutuan Malaysia..