.

Sabtu, 22 Julai 2017

SOKONG PERJUANGAN RAKYAT SARAWAK






KITA

BERSAMA

SOKONG

PERJUANGAN

RAKYAT

KALIMANTAN 


Kuching bakal menjadi ‘lautan merah’


HARI ini, kawasan muzium Sarawak di Kuching – tempat perhimpunan Hari Sarawak - bakal berubah menjadi lautan merah.

Penganjur acara, Pergerakan Sarawak For Sarawakian (S4S) dan Persatuan Dayak Iban Sarawak meminta mereka yang merancang menghadirinya agar mengikut warna tema, kerana ia mewakili perpaduan dan "sebagai tanda kami masih melihat merah".

Jurucakap S4S, Peter John Jaban, berkata rakyat Sarawak masih melihat merah mengenai banyak perkara berkaitan hubungan kerajaan persekutuan-negeri, seperti ketidakpatuhan Perjanjian Malaysia 1963, hasil minyak dan gas, cukai pelancongan, serangan terhadap kebebasan beragama dan pengharaman tatu di kalangan anggota polis.

"Rakyat Sarawak mesti berdiri bersama untuk menunjukkan kita menyokong hala tuju kerajaan negeri. Kita tidak lagi menerima status quo."


Beliau meminta rakyat Sarawak "memakai pakaian berwarna merah ke kedai kopi, ketika berbelanja dan ke kebun".

Hanya satu kilometer dari kawasan muzium, upacara rasmi yang menandakan Hari Sarawak akan diadakan berhampiran waterfront Kuching.

Jaban meredakan kerisauan tentang apa yang berlaku pada 2015, ketika perarakan Hari Kebangsaan dan Kebebasan Sarawak 722 yang menimbulkan konflik dengan polis, mengatakan sudah memaklumkan mengenai acara tahun ini dan pihak berkuasa "menyokong perhimpunan".

Beliau adalah antara 13 individu yang disoal siasat pihak polis berhubung kejadian itu, yang berjaya menarik penyertaan 5,000 orang ke padang ragbi Song Kheng Hai di Padungan, tahun itu.

Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang ketika itu menjadi timbalan menteri dalam negeri berkata, walaupun majlis itu dijalankan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, pihak penganjur tidak meminta keizinan pihak polis untuk "menentukan tempat yang sesuai bagi acara itu".

Tiada seorang pun yang didakwa atas perhimpunan itu.

Bermula tahun ini, Hari Sarawak adalah cuti umum. – 22 Julai, 2017.

RAKYAT

KALIMANTAN

BERSATULAH





----------------------

3 ulasan:

DIDI KOTA BELUD berkata...

Tolonglah jemput jamal jamban kerana dia juga suka merah.. Ajar dia makan pisau cukur... Hehehehhe... Biar suara pondan dia keluar.. Pulis pukul saya.. Pulis pukul saya berulang....heheheheh

Tanpa Nama berkata...

mampos!
dulu MALAYA aksyen aje!!
skarang dah tukar GABRAH!!!


R.A.H.M.A.N. kian dekat......
Bila
RAHMAN sampai,
UMNO kubur,
BN kubur,
jasad pon tarak!!!!


"sembayanglah sebelum ko di-sembayang-kan"

Tanpa Nama berkata...

Sarawak for sarawakians. Lepas tu, Malayan parties out. Nampak macam ajenda tersembunyi najib-bn jer. Sebab di sarawak takde umno, takde mca, takde mic, takde gerakan, takde PPP, tapi tetap bn pegang sarawak, maknanya bn kuasai sarawak guna parti2 non-malayan. Jadi bn tetap selamat walaupun s4s ni memekak melaungkan slogan sarawak for sarawakians. Yang jelas kena hambat adalah pakatan yang diwakili oleh parti2 malaya iaitu dap, pkr dan lain. Sebab itulah walaupun sabah jugak nak menuntut hak lebih adil untuk mereka, tapi di sabah tak dengar pulak kumpulan pejuang sabah for sabahan, sebab di sabah bn diwakili jugak oleh parti malaya iaitu umno! Sarawak for sarawakian kunun! Kantoi!