Jumaat, 4 September 2020

BERKHALWAT HARI KE 171






KHALWAT 171
JUMAAT 4/9/2020
KITA MASUK KE HARI 171
BERKHALWAT
PKPP MASIH BERJALAN
KITA BACA ADA KLUSTER BARU
YANG LAMA PADAM
YANG BARU MENYALA

JIWA MASIH GELISAH

PAGI INI GUA KELUAR
DARI FLET GUA TERNAMPAK
MATAHARI DAH KELUAR
DARI  CERMIN TANGGA
FLET GUA TINGKAT 9
SELARI DENGAN BUKIT
HOKKIEN

KELMARIN HUJAN LEBAT
PETIR DAN KILAT
PAGI INI HOKKIEN BASAH
TAPI
UDARA SEGAR BERSIH

GUA DISAMBUT OLEH
SIMPONI CENGKERIK
LEPAS HUJAN
BUMI BASAH CENGERIK
KENDURI MACAM NAK RAK

GUA TERDENGAR
KUUUR KUUR KUUUR
TAPI TAK BANYAK
GUA JUGA DENGAR
CHIP CHIP CHIP
INI SUARA PIPIT
JUGA TAK BANYAK

RUMPAT YANG BASAH
TIDAK  MENARIK
UNGGAS UNTUK BERMUSIK

BILA KITA NAIK BENGANG
KERANA SALAH ORANG LAIN
MARI KITA  SELIDIK
KELEMAHAN KITA SENDIRI
LEPAS ITU 
MARAH AKAN HILANG

JANGAN CARI
KULIT YANG BAIK
CARI ISINYA
YANG WUJUD  PADA DIRI

SOSOK YANG BIJAK
BERWASPADA DENGAN
 NIKMAT DUNIA
SOSOK  BEBAL
JADI HAMBA PADA
 NIKMAT DUNIA


AWASILAH 
APA BAYANGAN
APA IMEJ
APA IDEA
YANG KITA BENARKAN MASUK 
KE DALAM KEPALA

MENCARI PENCERAHAN
JADI SUSAH
BILA KITA FIKIR
KITA DAH TAHU SEMUA

JANGAN MENGHARAP
BENDA ITU AKAN TERJADI
SAPERTI YANG KITA HARAPKAN
BIAR IA BERLAKU
SAPERTI IANYA BERLAKU
MAKA KITA AKAN GUMBIRA

YAKINLAH
DUNIA INI 
AKAN MEMBUKA JALAN
UNTUK SESIAPA SAHAJA
DENGAN SYARAT
KITA TAHU TUJUAN KE MANA
AMIN

SELAMAT BERPUASA



Tiada ulasan: