Jumaat, 4 September 2020

SEORANG LAGI PEMIMPIN ISLAM DIFAINAH








PEMIMPIN ISLAM

DIHINA DIFITNAH

AMIN

KALI INI FITNAH 

PEMIMPIN ISLAM

BUKAN SAJA

WARAK BERIMAN

PEMIMPIN

YANG AMAT BIJAK

DAPAT POINTER

3.85 

AMIN

BIJAK BISTARI

AMAT BIJAK

3.85 

POINTER UKM

KAH KAH KAH



Bicara kes Ahmad Maslan gagal isytihar RM2 juta bermula 16 Oktober

PERBICARAAN kes Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan yang didakwa atas dua pertuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akan bermula 16 Oktober ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Azman Ahmad menetapkan empat hari iaitu 16 dan 23 Oktober; 6 November serta 24 Disember untuk perbicaraan, semasa sebutan kes, hari ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar manakala peguam Hamidi Mohd Noh mewakili Ahmad, 54.

Hamidi memaklumkan mahkamah bahawa permohonan semakan untuk membatalkan dua pertuduhan itu telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Pada 14 Ogos lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Aslam Zainuddin menolak permohonan Ahmad untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan beliau dibebaskan daripada dua pertuduhan itu selepas mendapati tiada kesilapan oleh Mahkamah Sesyen.

Pada 24 Julai lalu, Mahkamah Sesyen menolak permohonan bekas timbalan menteri kewangan untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya selepas berpuas hati permohonan tersebut adalah pramatang.

Ahmad didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar berjumlah RM2 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri itu kepada LHDN dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Beliau dituduh menerima wang tersebut, yang dipercayai sebagai hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang, melalui cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013, dan cek itu telah ditunaikan sendiri oleh Ahmad, pada hari yang sama.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, pada 30 April, 2014.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Ahmad didakwa telah memberi penyataan palsu kepada SPRM semasa percakapannya dirakam oleh pegawai penyiasat SPRM iaitu Ketua Penolong Kanan Penguasa Mohd Zairi Zainal, berhubung isu itu di bilik sidang media, Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di Kuala Lumpur antara 2.45 petang hingga 3.30 petang pada 4 Julai 2019.

Pertuduhan mengikut Seksyen 32(8)c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – Bernama, 4 September, 2020.


INILAH NASIB 

ORANG BIJAK

SELALU DIFITNAH

SELALU DITOHMAH

TAMBAH LAGI

DAPAT IJAZAH

3.85 POINTER

DARI UKM

KAH KAH KAH



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

org cerdik cap ayam,
pointer 4.0 ini dari gaya dah tau,
hasil nukilan UITM,
untung mereka masuk tanggung berak berlari,
kenapa tak sambung study?
lah kah kaj