Jumaat, 4 September 2020

TANAH MELAYU AKAN HANCUR






TANAH MELAYU

 TERGADAI

PADA 

CUKONG CINA

KERANA POLITIKUS

MELAYU ISLAM

MAKAN RASUAH

AMIN 


Kegiatan terbesar rasuah di negara ini dipercayai kalangan orang politik – Abu Kassim

PUTRAJAYA – “Jika hendak mereformasi negara daripada terus bebas rasuah, kita perlu lakukannya bermula dari ahli politik terlebih dahulu.

“Ahli politik di negara ini perlu bebas rasuah sebagai langkah permulaan untuk mencapai negara bebas rasuah.”

Begitulah kata-kata Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), Abu Kassim Mohamed ketika menyampai ucapan sempena Forum Anti Rasuah Malaysia ke-2 anjuran Institut Strategik Antarabangsa (ISI) di sini hari ini.

Kata Abu Kassim, Malaysia sebenarnya antara negara yang begitu konsisten dalam memerangi rasuah sejak Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia di perkenalkan pada 1995.

“Ketika itu boleh tahan pencapaian kita, kita dapat capai sehingga 5.2 mata, namun menurun pada tahun-tahun selepas itu.

“Pada 2019 dalam usaha memerangi rasuah ini kerajaan seperti terkandung dalam Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 (NACP) telah memperkenalkan 115 inisiatif perangi rasuah di negara.

“Kita berani dedahkan, berani memberikan nasihat yang mana ianya menjurus kepada itegriti ahli-ahli politik ini sendiri, antara subjek paling susah dan sukar ialah ‘political donation’. Sumbangan politik ini kita perlu tahu apakah sumbernya, bagaimanakah ianya digunakan.

“Kerana itu juga kita mohon supaya semua ahli politik ini dedahkan aset-aset mereka. Sebenarnya kegiatan rasuah terbesar dalam negara dipercayai melibatkan ahli politik selain berlaku dalam kalangan pengurusan parti politik itu sendiri.

“Yang perlu kita ubah dan lakukan transformasi pertama adalah ahli politik,” katanya.

Pada penghujung Januari lalu, Transparency International (TI) mengumumkan CPI Malaysia meningkat kepada 53 mata pada 2019 berbanding 47 mata pada 2018, sekali gus menduduki tangga ke-51 daripada 61 pada 2018.

Dalam pada itu, dalam isu berbangkit yang lain, Abu Kassim pada pendapat peribadinya mencadangkan supaya pegawai kerajaan dilantik membarisi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan bukannya di ketuai oleh ahli politik yang masih aktif.

Malah kata beliau, sememangnya insiatif untuk tidak melantik golongan berkenaan  ke dalam GLC sudah ada dalam NACP ketika ianya dilancarkan pada zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

“Ianya masih lagi di amalkan malah saya sudah beritahu kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sendiri telah bersetuju yang dilantik ke dalam GLC itu sepatutnya lebih profesional dan memiliki integriti tinggi.

“Dengan melantik pegawai kerajaan yang memiliki pengalaman serta integiriti tinggi, sememangnya pelantikan seperti itu juga akan di yakini oleh umum termasuk pemain industri dengan membawa hala tuju GLC dengan betul dan telus.

“Ramai dalam kalangan pegawai kerajaan atasan yang sebenarnya sangat tegas dalam menangani isu-isu berkaitan integriti dan rasuah ini sebenarnya. –MalaysiaGazette



AWAS 

WASPADA

PUSAT RASUAH

TERBESAR

CHINA MERAH

AKAN DATANG

MERASUAH

POLITIKUS MELAYU

AMIN

HANCUR 

TANAH MELAYU

KALAU KITA

TAK MUSNAHKAN

POLITIKUS

MALAYU ISLAM

YANG RASUAH

AMIN

2 ulasan:

zaki berkata...

The power is corruption, absolute power is absolute corruption, walaupun kedengaran parti komunis china berusaha menghapuskan rasuah tetapi parti komunis china memegang kuasa sepenuhnya di Negara China, rancangan menghapuskan rasuah di Negara China dalah wayang matlamat sebenar adalah untuk mengukuhkan kedudukan Xi Jinping dan hegemoni parti komunis China. hakikat sebenar Negara China dikuasai perasuah terbesar dunia

Tanpa Nama berkata...

What's the use of power if not to be abused.
Apa guna kuasa kalau bukan untuk di salah guna.