KHAMIS 12/11/2020
KITA MASUK KE HARI 240
BERKHALWAT
BERKHALWAT
ADALAH BOHONG
KALAU KITA NGAKU
KITA SEKARANG SELESA
ADALAH PURA PURA
KALAU KITA TERIMA
DENGAN HATI TERBUKA
NORMAL BARU INI
GUA SENDIRI RESAH
KADANG KALA BOSAN
GUA TERINGAT
2015 2016 2017
CISS
INI PROJEK
CHINA MERAH
PROJEK NAK
BAGI DUNIA HURU HARA
KEMUDIAN MASUK
PERLAHAN LAHAN
UNTUK ROMPAK
SEMUA HARTA
PAGI INI
HOKKIEN DAH CERAH
MATAHARI DAH KELUAR
AWAN DI LANGIT
BEROMBAK OMABK
JIKA BERKUMPUL
MUNGKIN HUJAN
PAGI NI TERKUKUR TAKDA
GUA DENGAR JANTAN BERKOKOK
AMAT JAUH ATAS BUKIT
BILA GUA LINTAS POKOK ARA
SEMAU SENYAP
TAKDA SAPA
KELMARIN SIBUK
MACAM NAK RAK
ERTINYA TAK ADA BUAH
MAKA GUA RASA
POKOK ARA INI
PASTILAH PARLIMEN UNGGAS
MEREKA BERSIDANG KELMARIN
APA AJENDA
GUA TAK TAHU
MUNGKIN
ADA UNGGAS MUHYIDIN
NAK UMUM DARURAT
ATAU
NAK HALAU GAGAK
DARI DATANG KE HOKKIEN
KAH KAH KAH
BRO
TUMPUKAN PADA SATU ARAH
CAHAYA MATAHARI
HANYA AKAN MEMBAKAR
JIKA TERPUSAT KE SATU ARAH
BRO
CIK GU TIJAH DISEKOLAH
BOLEH BUKA PINTU
TAPI KITA KENA SENDIRI MASUK
BRO
SOSOK YANG BIJAK
BUAT KEPUTUSAN SENDIRI
MAT BEBAL IKUT
CAKAP ORANG RAMAI
BRO
JANGAN RISAU
JIKA BERDIRI TAK TEGAK
WAJIB TAKUT
KALAU KAKI TAK BERGERAK
BRO
CAKAP BANYAK INI
TAK SAMPAI KEMANA
SAMA
MACAM KITA PANJAT POKOK
NAK CARI IKAN KELI
BRO
JIKA MERANCANG SETAHUN
TANAM PADI
JIKA MERANCANG 10 TAHUN
TANAM POKOK
JIKA MERANCANG UNTUK NEGARA
BUAT SEKOLAH
BILA TIUPAN ANGIN BERTUKAR
ADA MAMAT BUAT TEMBOK
ADA MAMAT BUAT MEMALING ANGIN
ADA BANYAK JALAN
NAK KE PUNCAK GUNUNG
DIATAS
SEMUA PANDANGAN SAMA
NAK TAHU APA DIHADAPAN
TANYA ORANG
YANG DAH PULANG
KITA YANG BERTANYA
DILIHAT BEBAL SELAMA 5 MINIT
SOSOK YANG TAK BERTANYA
AKAN BEBAL SEPANJANG HIDUP
LEBIH BAIK PASANG PELITA
BILA LETERIK PADAM
TAK PERLU MENYUMPAH
PADA LLN-TNB
BRO
SEMUA PEKARA
MEMANG SUSAH
SEBELUM
IANYA JADI SENANG
JANGAN DUDUK TERCONGOK
TEPI TASIK
HARAPKAN IKAN AKAN DATANG
BALIK RUMAH
BUAT JALA
MASANYA HARI INI
KETIKANYA SEKARANG
AMIN
SELAMAT BERKHALWAT
1 ulasan:
bro..
lu sembang ber degau2
Catat Ulasan