Khamis, 12 November 2020

NAJIB REMBAT DUIT KWAP

 



 

WOIT 

AHLI PKR 

JANGAN LUPA

NAJIB KAKI REMBAT

AMIN

DUIT KWAP

DUIT TABUNG HAJI 

NAJIB REMBAT 

SAMPAI KERING

AMIN



Hutang RM14.66 bilion 

era Najib 

bebankan kerajaan

Putrajaya kini masih dibebani hutang berjumlah RM14.6 bilion yang diwarisi daripada era pentadbiran Najib Razak, ketika bekas perdana menteri itu dilihat berganding bahu dengan ahli Parlimen pembangkang mengkritik Belanjawan 2021 yang dikatakan tidak cukup untuk membantu rakyat terkesan akibat pandemik Covid-19.

Hutang itu termasuk projek bernilai RM1.5 bilion melibatkan SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat subsidiari yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga faedah pinjaman sebanyak RM1.7 bilion, menurut penelitian rekod kewangan oleh MalaysiaNow.

Pada Julai lalu, Najib didapati bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah (CBT), pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kedudukan yang membabitkan RM42 juta dana SRC.

Dana itu merupakan sebahagian daripada dua pinjaman SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) yang bernilai RM4 bilion.

Hutang lain yang turut warisi termasuk pinjaman untuk projek Transit Aliran Massa (MRT) dan Pan Borneo berjumlah RM 3.7 bilion, dan bayaran faedah pinjaman projek Transit Aliran Ringan (LRT) berjumlah RM1.5 bilion.

Malah, kerajaan turut dibebani hutang pembiayaan semula syarikat tujuan khas (SPV) Pembinaan PFI Sdn Bhd berjumlah sehingga RM2.66 billion.

Urusan pembelian saham Felda dalam syarikat gergasi peladangan di Indonesia, Eagle High Plantations turut meninggalkan hutang berjumlah RM1.7 bilion kepada kerajaan

Kerajaan juga perlu menanggung kos penstrukturan semula Tabung Haji dan Felda.

Turut dilaporkan syarikat milik kementerian kewangan, Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) perlu memperuntukan kira-kira RM20 bilion bagi memulihkan kedudukan kewangan Tabung Haji.

Semalam, Najib dalam ucapan perbahasan Belanjawan 2021 senada dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim menuntut sekurang-kurangnya dua pindaan dalam belanjawan.

Tuntutan itu termasuk membenarkan pengeluaran sekali beri atau “one off” berjumlah RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta melanjutkan tempoh moratorium selama enam bulan.


 BERAT BERAT

MACAM MANA

PEMIMPIN WARAK

JUJUR ISLAMIK

TUAN HAJI

ANWAR IBRAHIM

NAK KERJASAMA

DENGAN PENCURI

BERNAMA 

TUAN HAJI NAJIB

KAH KAH KAH

PELIK

KAH KAH KAH

MUNGKIN

SAI NASUTION

JO ABDUL

BOLEH TERANGKAN

KAH KAH KAH 

DUA TUAN HAJI BEKERJASAMA

KAH KAH KAH




6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan saje Nasution dan Jo Abdul. Ini kena tanya juga 30 lebih ahli Parlimen PKR samada sokong Anwar kerjasama dengan pencuri. Berpuluh ribu rakyat undi PKR masa PRU14. Gaji ahli Parlimen PKR juga duit rakyat, diamanahkan berkhidmat kepada rakyat dan negara, bukan berkhidmat kepada Anwar. Rakyat berhak dengar jawapan. Jangan bisu membisu. Sila jawab, PKR!

panglimo potaseh berkata...

Najib kan ko dah tak do doso ..dio dah poey Mokah woey ..dah jilat batu itam ..malah dah masok makam nabi, online lagi ..oghang tu dah boghosih ..somuo Allah susun ..

Arymanchino berkata...

Gua udah bilang.Penjenayah sondol belakang dan Bos ku Penyamun,dua2 kaki haprak.Dengar boleh tp jgn pakai nanti negara pokai..

Unknown berkata...

Untuk makluman Najib tak curi duit tapi pelaburan IMDB pembangunan tun Razak Excheng kat KL itu fakta dosa besar buat tuduhan cuba telitilah keterangan nya di mahkamah

Unknown berkata...

Betul...buat dosa kering kata orang mencuri...berat tuduhan tu esok makamah akhirat sila jawab... Berpada padalah nak criter politik...

Unknown berkata...

Betul...buat dosa kering kata orang mencuri...berat tuduhan tu esok makamah akhirat sila jawab... Berpada padalah nak criter politik...