Khamis, 12 November 2020

CONTOH TERBAIK PEMIMPIN CINA MALAYSIA

 

 YB SIM

BUKIT MERTAJAM

CONTOH TERBAIK

PEMIMPIN CINA

MALAYSIA

AMIN

APA DALIL

TUNJUK BKTI

AMIN


Kalau syarat Puteri Gunung Ledang sekalipun, kerajaan kena setuju

ERAJAAN harus setuju waima “syarat Puteri Gunung Ledang” sekalipun sekiranya ikhlas untuk meluluskan Belanjawan Perpaduan, kecualilah jika kerajaan tak sampai hati bank “berkorban” semangkuk darah demi melanjutkan moratorium membantu rakyat dan perniagaan Malaysia.

Semalam di Dewan Rakyat, ahli Parlimen PAS dari Pasir Mas berkata bahawa syarat yang dikenakan kepada kerajaan, termasuk lanjutan moratorium secara automatik, untuk meluluskan Belanjawan 2021 bagaikan “syarat Puteri Gunung Ledang”, yakni “diminta dibuat jambatan daripada istana ke Gunung Ledang, tujuh mangkuk darah sekian tetapi syarat itu bukan dengan tujuan untuk pinangan itu diterima tetapi signal bahawa pinangan itu ditolak.”

Antaranya, beliau berpendapat bahawa bank akan menanggung beban kerugian kalau dibuat moratorium secara automatik.

Saya tidak setuju.

Malah saya bangkit ketika ucapan beliau untuk memberikan fakta berikut; bank-bank di Malaysia telah merekodkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM32 bilion pada tahun 2019, manakala moratorium 6 bulan sejak April 2020 hanya memakan kos RM6.4 bilion.

Justeru, saya berpendapat tiada masalah untuk bank-bank “berkorban” sedikit demi rakyat dan perniagaan Malaysia yang sedang menghadapi kesusahan yang amat sangat akibat krisis ekonomi pasca Covid-19.

Dalam Sejarah Melayu, Puteri Gunung Ledang meletakkan syarat-syarat berikut untuk pinangan Sultan Mahmud Syah; jambatan emas dan jambatan perak, hati nyamuk tujuh dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata satu tempayan, air pinang muda satu tempayan, darah anak Sultan satu mangkuk.

Sebenarnya Sultan Mahmud berkata: “Semua kehendaknya itu dapat kita adakan…”, kecuali anak darah raja semangkuk itu, tiada sampai hatinya.

Saya tidak rasa syarat yang pembangkang kemukakan, termasuk lanjutan moratorium, peningkatan bantuan kebajikan kepada RM1,000 sebulan, pemansuhan Jasa dan sebagainya ialah “syarat Puteri Gunung Ledang”. 

Namun, hakikatnya dalam keadaan luar biasa ini, kerajaan harus bersetuju dengan “syarat Puteri Gunung Ledang” sekalipun sekiranya betul-betul ikhlas hendak luluskan Belanjawan Perpaduan demi kebajikan rakyat.

Kecualilah kalau kerajaan tak sampai hati melihat bank “berkorban” RM6.4 billion selepas untung berpuluh-puluh bilion, tak sampai hati darah anak raja semangkuk. – 12 November, 2020.

 BIJAK GUNA

METAPORA  SEJARAH

TAMADUN

DIMANA BUMI

DIPIJAK DISITU

LANGIT DIJUNJUNG

AMIN

BUKAN RUJUK

METAPORA TAIWAN

ATAU CHINA MERAH

AMIN



Tiada ulasan: