Khamis, 12 November 2020

PERATURAN LONGGAR ATU ADA LENDIR

 


 PERATURAN 

LONGGAR

ATAU ADA LENDIR

Haldeli commented on 

"AIR SELANGOR KENA SABOTAJ ?"


1. Jemu dah baca laporan pencemaran bekalan disebabkan pembuangan bahan toksik ke dalam sungai yang dilakukan oleh tauke-tauke kilang. 2. Mereka ini majoriti bukan melayu dan bukan penganut agama islam. 3. Penguatkuasa yang meluluskan lesen dan pembinaan kilang tersebut tentu telah menyediakan syarat dan peraturan lengkap yang wajib dipatuhi oleh pemilik supaya kilang miliknya tidak menyebabkan kemudaratan kepada alam dan manusia di sekitarnya. 



4. Andainya syarat dan peraturan yang disediakan oleh penguasa itu lengkap dan sempurna maka sudah tentu penyeliaan rapi dapat dilaksanakan. 5. Oleh kerana insiden pencemaran sangat kerap dilaporkan bererti syarat dan peraturan yang ditetapkan sekarang adalah longgar atau ada kelemahan penguatkuasaan dari pihak penguasa. 



6. Andainya pencemaran berlaku disebabkan kelemahan perlaksanaan penguatkuasaan maka kerajaan hendaklah kenalpasti siapa mereka itu dan pastikan tindakan diambil ke atas mereka bersama-sama dengan pemilik kilang berkenaan. 7. Adalah disyorkan (jika belum ada) setiap kilang diwajibkan menyatakan bagaimana bahan buang dari kilang akan dilupuskan. Jika sistem pembuangan buangan yang dinyatakan itu baik maka bolehlah lesen diluluskan. 8. Berasakan sistem pelupusan yang diluluskan maka kilang diwajibkan menghantar laporan kepada penguatkuasa bila tarikh pelupusan hendak lakukan secara mingguan atau bulanan. 



9. Dengan pemberitahuan ini maka pihak penguatkuasa bolehlah menghantar wakil (setiap kali berlainan) untuk menyelia perlaksanaan kerja pelupusan dibuat dengan tepat dan betul. 10. Diyakini jika sistem ini diamalkan insya'Allah perbuatan suap menyuap dapat dihindarkan. Diharapkan kejujuran saja yang dapat melahiran hasil yang baik

Tiada ulasan: