Ahad, 28 November 2021

INI BUKAN LAWAK - JANGAN KETAWA

 



Bersatu akan usaha kembalikan Muhyiddin sebagai PM – Afif Bahardin

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan berusaha untuk menjadikan  Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, sekali lagi.

Timbalan Ketua Penerangan II Bersatu Malaysia, Dr. Afif Bahardin berkata, Perikatan Nasional (PN) memerlukan kepimpinan Muhyiddin untuk menerajui pentadbiran negara. 

“Pemimpin parti lama saya dulu, Timbalan Perdana Menteri (Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim), pemimpin Bersatu pula mantan Timbalan Perdana Menteri (Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan sekarang bekas Perdana Menteri.

“Kita akan usaha untuk jadikan beliau sebagai Perdana Menteri kita semula. Muhyiddin ini orang ada prinsip dan dia melawan kebobrokan. Hari ini kita dapat lihat kepimpinan beliau tidak sekali lari demi hanya kerana nak pertahankan jawatan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada Persidangan Tahunan Bahagian Bersatu Shah Alam, di sini, hari ini.

Sementara itu, Afif yakin Bersatu dapat menggulingkan PKR di Shah Alam khususnya dan Pakatan Harapan umumnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Katanya, demi mencapai matlamat berkenaan, Bersatu perlu menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai pengalaman untuk menyusun strategi bagi berhadapan PRU ke-15.

“Bersatu Shah Alam bersedia berhadapan dengan PRU dan sedia untuk gulingkan Pakatan Harapan di Shah Alam.

“Kita kena terima PRN Melaka menang dua kerusi tetapi kita dapat lihat jumlah undi itu kita sebenarnya mempunyai sokongan baik dan besar di Melaka dan saya yakin sokongan itu ada di Selangor ini lebih-lebih lagi di Parlimen Shah Alam.

“Parti lama saya, PKR baru-baru ini di Melaka kosong. Saya yakin saya tahu sebab saya lama di dalam parti itu. Kalau kena strateginya, susun jentera dari sekarang tidak mustahil PKR juga dapat kita kuburkan di Shah Alam,” tambah Afif. – 

DR AFIF BUKAN

BUAT LAWAK

BERDIRI

KAH KAH KAH

DR AFIF BUAT

LAWAK TERGOLEK

KAH KAH KAH

DON PLAY PLAY

ABAH KAU

NAK JADI PM

SEKALI LAGI

KAH KAH KAH

USHA TANGGA

KEJAYAAN

AMIN

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan TT, kawan kita tu macam dulu dia masih dalam PKR la, mencium buntut abam bagi jadi PM. Jadi tak heran la sekarang dia cium buntut Mat Sembak untuk jadi PM dengan harapan dapat jadi calon, bila menang dapat jadi montori, gaji puluh-puluh ribu, lagi macam-macam elaun atas meja dan tak heran kalau ada bawah meja... macam-macam lagi.. pasal itu banyak yang tetiba jadi katak !

Arymanchino berkata...

Ape masalah klu Malikul nak jadi PM lg.Atok Kerala dah 2x jadi PM msh kuat stim lg nak jadi PM.Bosku Penyamun dah hampir dgn Sg Buloh pun msh kuat beratib nak jadi PM.Abam dok tak jemu2 bertahun tggu nak jadi PM lg.Safie Bebal dlm diam2 usaha nak jadi PM.Smail dah syok jadi PM pun usaha xnak turun.Soa ape isu pd Malikul.TT jgn jadi Bangang.Bangang pun tak berjangkt...

Tanpa Nama berkata...

Haha...jgn pulak terperanjat kalu abah kau jd PeeM skali lg. Madey jd PeeM dua kali ko sanjung abis tak lawak pun. Abah kau boleh je folo madey atau kalu bukan abah kau najib akan jd PeeM kali kedua. Madey takleh lah jd PeeM tiga kali. Ko ingat siti hasmah je boleh jd isteri perdana menteri dua kali? Mesia boleh.

Yeop sepet berkata...

Kahkahkahkah mamat nie saje sabotaj parti ke???PN pun nak jadik mcm pkr gak,elok le amik pkr reject