Ahad, 28 November 2021

PAKATAN MEMIKUL BIAWAK BUNTING

 



Pandangan Loke berkenaan Anwar bukan mewakili Pakatan, kata Fahmi

CADANGAN Anthony Loke supaya Pakatan Harapan (PH) mempertimbangkan calon perdana menteri lain selain Anwar Ibrahim adalah pandangan setiausaha penganjur kebangsaan DAP itu sendiri dan tidak mewakili gabungan itu, kata Fahmi Fadzil.

Pengarah komunikasi PKR itu berkata walaupun Loke berhak menyatakan pandangannya tetapi keputusan dibuat oleh Majlis Presiden PH.

“Tidak mengapa, ia bukan isu (pandangannya). Saya fikir apabila bercakap mengenai PH, akhirnya keputusan akan dibuat oleh Majlis Presiden PH,” kata Fahmi yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai kepada The Malaysian Insight.

Setakat ini isu berkenaan bagaimanapun tidak dibawa dalam perbincangan di peringkat itu, katanya.

PH sebaliknya memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan diadakan pada 18 Disember ini.

Fahmi juga mengingatkan PH mempunyai “musuh” yang juga mahu pengerusi PH dan presiden PKR Anwar keluar dari arena politik, oleh itu gabungan itu perlu berhati-hati.

“Sekarang ini apabila bercakap mengenai kepimpinan kita, musuh politik kita mahu Anwar dipecat sepenuhnya. Kita kena berhati-hati.

“Sekiranya ada keputusan yang perlu dibuat, kita mesti menyusun semula strategi dan menimbang semula bagaimana kita berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) memandangkan apa yang berlaku di Melaka,” kata Fahmi merujuk kepada PRN Melaka baru-baru ini yang menyaksikan PKR hilang semua kerusi yang ditandingi.

Ini membawa kepada gesaan untuk Anwar berundur. Ahli Parlimen Port Dickson itu juga mempertahankan keputusan PH untuk menyerap dua Adun Melaka yang menyebabkan kerajaan negeri tumbang dan seterusnya pilihan raya diadakan dengan membenarkan mereka bertanding atas tiket gabungan berkenaan walaupun mereka kalah. 

PH bertanding di semua 28 kerusi tetapi hanya menang lima kerusi. PKR kalah kesemua 11 kerusi yang ditandingi manakala DAP menang empat dan Amanah menang satu.

Barisan Nasional (BN) memperoleh 21 kerusi (75%) manakala Perikatan Nasional mendapat dua kerusi.

Loke dalam temubual dengan The Malaysian Insight berkata PH tidak boleh lagi terus menamakan Anwar sebagai satu-satunya calon perdana menteri bagi gabungan itu selepas kalah teruk pada PRN Melaka lalu.

Beliau mengulangi apa yang diperkatakan dalam program televisyen Mandarin dengan penganalisis politik minggu lalu.

Setiausaha DAP Pahang Lee Chin Chen turut meminta PH mencari calon perdana menteri baharu dan tidak bergantung semata-mata kepada Anwar, 74.

Pada PRU 2018, PH berkata Anwar akan berada dalam barisan untuk menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri. Kerajaan PH bagaimanapun digulingkan melalui Langkah Sheraton tahun lepas.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah berkata gabungan itu harus berpendirian dengan apa yang dipersetujui atau berisiko menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengundi.

“Kita harus mengikut apa yang dipersetujui PH, jika tidak ia akan menjadi sangat mengelirukan. Apabila kita mula menamakan Anwar sebagai ketua, jadi kita harus berpegang padanya,” katanya.

Daripada memikirkan siapa yang patut menjadi perdana menteri, PH harus memberi perhatian kepada hala tuju politiknya, tambahnya.

“Apa yang paling penting ialah kita mesti mempunyai hala tuju ke mana ia akan dituju. Sekarang adalah masanya kita perlu bersatu dengan pembangkang lain untuk bersama-sama melihat bagaimana kita boleh bekerjasama,” katanya. – 28 November, 2021.

FAHMI CAKAP

BETUL  TEPAT

AMIN

PANDANGAN LOKE

BUKAN PANDAAGAN

PAKATAN

AMIN

PANDANGAN LOKE

ADALAH PANDANGAN

98% PENYOKONG

PAKATAN 

YANG MAHU

SELAMATKAN

PAKATAN RAKYAT

AMIN

 PAKATAN SEKARANG

SEDANG MEMIKUL

BIAWAK BUNTING

KAH KAH KAH

UNTUK SELAMAT

ANWAR IBRAHIM

WAJIB DIUNDURKAN

SEBERAPA SEGERA 

AMIN

SILAP SILAP

PAKATAN TERBARAI

KERNA BIAWAK

 BUNTING

 AMIN

BUNTING 

NAK AJDI PM

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Musuh pada anwar Ibrahim adalah anwar Ibrahim. Kalau anwar Ibrahim tak mahu lihat pkr dapat telur ayam anwar Ibrahim wajib mendesak anwar Ibrahim supaya letak jawatan.

zaki berkata...

Pakatan harapan pernah berjaya menawan Malaysia tanpa Anwar Ibrahim,

pakatan harapan kekal berjaya tanpa Anwar Ibrahim

pakatan harapan akan terus berjaya tanpa Anwar Ibrahim