Ahad, 28 November 2021

TAHNIAH ZURAIDAH - BIJAK & TEPAT

 



Premis kerajaan, pejabat kementerian disaran utamakan seni ukiran kayu tempatan, kata Zuraida

KEMENTERIAN Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyarankan seni ukiran kayu tempatan diberi keutamaan dalam dekorasi dan seni binaan di premis kerajaan dan pejabat kementerian-kementerian.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata langkah itu penting dalam memantapkan kembali industri seni ukiran kayu negara yang kini semakin suram dan terpinggir ekoran arus kemodenan.

“Saya akan berbincang kaedah bagaimana kita boleh laksanakan untuk mempromosikan seni ukiran kayu di pejabat-pejabat kerajaan seperti digunakan pada plak nama, pintu pejabat dan sebagainya. Kalau ada ‘mass order’ insya-Allah kumpulan mereka (pengukir) boleh buat dan bekalkan.

“Memang ada (pejabat) yang guna ukiran tetapi mengikut kementerian atau individu masing-masing, tidak ada satu arahan atau polisi yang keseluruhan (penggunaan seni ukiran kayu tempatan). Jadi mungkin sebagai menteri komoditi (KPPK) saya minta mereka mempertimbangkan menggunakan kayu-kayu ukiran ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Mesin kepada Pengusaha Bumiputera Dalam Industri Pembuatan Bot dan Pelancaran Pelan Strategik Pembangunan Industri Ukiran Kayu Negara (2021-2030) di Desa Ukiran Kayu, hari ini.

Zuraida berkata cadangan itu juga dapat membantu meningkatkan hasil pendapatan 850 pengukir kayu di seluruh negara, termasuk 300 pengukir di Terengganu.

Dalam pada itu katanya, Pelancaran Pelan Strategik Pembangunan Industri Ukiran Kayu Negara (2021-2030) hari ini dirangka untuk memartabatkan industri ukiran negara dan ia dihasilkan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, usahawan industri perkayuan dan Persatuan Penggiat Seni Ukir Kayu Malaysia (Pengukir).

Pada majlis itu, Zuraida turut mengumumkan kelulusan peruntukan bernilai RM1.5 juta bagi keperluan mesin dan jentera pengukiran kayu perabot dan bot kepada penggiat seni ukiran di Besut, yang merupakan hab ukiran Melayu Terengganu.

“Sekarang mereka (pengukir) mengukir secara manual dan kalau manual ia lambat untuk dihasilkan. Ada perkara-perkara tertentu yang kita boleh buat dengan mesin jadi dengan adanya jentera pengukiran kayu ini ia dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil seni ukiran kayu,” katanya. – Bernama, 28 November, 2021. 


 PANDANGAN &

SARANAN TEPAT

AMIN

UTAMAKAN

PRODUK SENDIRI

ESTETIKA SENDIRI

AMIN

ZURAIDAH WAJIB

NASEHATKAN

SABRI 114

AMIN

SEPATUTNYA 

KERETA RESMI

KERJAAN

IALAH PROTON

AMIN

KALAU MENTERI

SENDIRI

TAK CAYA PADA

PRODUK SENDIRI

BAGAIMANA

RAKYAT NAK CAYA

AMIN

NASIONALISMA

BEMULA DALAM

KEPALA BUKA

DALAM POKET

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kak Su pakai kereta apa ya ? Mesti Proton, Myvi atau Axia kan ? Ini lah contoh pemimpin sejati, patut jadi ikon negara, mengutamakan polisi produk tempatan, syabas Kak Su antara idea cemerlang, jangan pulak pakai Audi Welfire Alphard tahu ? Nanti orang ludah atas muka, takut takut lah lot selalu nampak naik Welfire, janji kereta buatan Malaysia tulin, tak ada import import punya, beg tangan selalu dok galas tu buat kat Sg Buloh kah Kak Zu? Saja tanya jangan marah ya kah kah kah